Ahad, Julai 18, 2021

Si Bujur Sireh yang Menyentuh Hati

Pernah dengar atau tidak lagu Si Bujur Sireh dendangan Ustaz 3 Beradik?

Lagu-lagu Ustaz 3 Beradik biasanya padat dengan mesej yang mengangkat tema kekeluargaan. Sebelum ini, lagu Terakhir menceritakan tentang harapan sang ibu agar tidak dikasari anak apabila mencecah usia tua. Touching sangat. 

Lagu Si Bujur Sireh pula berkisar tentang penerimaan seorang bapa terhadap anak istimewa anugerah Allah sebagai amanah yang perlu dijaga sebaiknya. 

Lirik lagu ini sangat menyentuh hati. Bermula dengan ungkapan perasaan si ayah yang seperti ibu bapa lain mahukan cahaya mata yang sempurna, sebaliknya dititip anugerah paling istimewa. Kemudian, si ayah mengubah persepsi dan akur yang kurniaan Allah itu merupakan rencana yang terbaik buat diri.

Si ayah juga berharap agar orang keliling turut menerima dan memahami keadaan si anak. Cuba memandang si anak dari lensa pandangan yang sama sepertinya. 

Kredit Imej - Youtube Ustaz 3 Beradik


Lirik Lagu Si Bujur Sireh - Ustaz 3 Beradik

Lagu: Fadzli Fareast, Amy Bong

Lirik: Hazalinda Harun

Melilau mataku mencari yang sempurna
namun Tuhan anugerahkan yang teristimewa
hadiah ini bukan sembarangan Pengirimnya
kerna itu kuubah rasa hiba kepada rasa bahagia

Jari-jemari si bujur sireh aku genggam
dalam hati ku berkata
sampai mati engkau kujaga

Pasti Tuhan Yang Maha Ada
Dia punyai rencana
si bujur sireh
kupangku nyenyak di riba

Pandanglah dia 
seperti ku memandangnya
lihat senyumnya yang berbeza
terus dari jiwa
tiada agenda

Andai terkeliru 
dengan tuturnya
dengarlah kata hatinya

Aku pandang matanya 
seolah berkata
terima kasih mama papa
kudoa kepadamu
nikmatnya syurga.


Doa untuk Adik Bella

Mendengar lagu Si Bujur Sireh mengundang sayu di hati. Tambahan pula, belakangan ini kita digemparkan dengan nasib malang yang menimpa adik Bella. Tak terjangkau dek akal apabila mengenangkan ada yang sanggup mendera atau mencederakan anak-anak istimewa. Kita pun tidak pasti apa yang sebenarnya berlaku. Mudah-mudahan siasatan dapat dijalankan setelus mungkin. 

Apa yang menyedihkan, hari ini masih ada lagi golongan yang tiada belas dan nilai empati terhadap anak-anak istiwewa. Tidak senang dengan kehadiran insan istimewa kelainan upaya dan bertanggapan bahawa insan-insan ini tidak layak bergaul atau mendapat layanan baik dalam masyarakat. 

Malah, lebih teruk lagi apabila ada yang bertanggapan kelahiran anak-anak ini ke dunia adalah rentetan dosa lampau ibu bapa, menyusahkan dan sewajarnya dikurung di rumah sahaja. Sedih dengan mentaliti sebegini. Spesies ini tak guna kita cuba ubah persepsi atau ajak berfikir ikut waras. Doa jelah semoga suatu hari Allah akan buka mata dan hati mereka.

Berbalik pada Si Bujur Sireh, naskhah indah karya Fadzli Fareast, Amy Bong dan Hazalinda Harun telah dilancarkan awal Disember tahun lalu bersempena dengan Hari OKU Sedunia. Jika ingin dengar, jengahlah saluran Youtube Ustaz 3 Beradik dan tonton muzik videonya.



27 ulasan:

  1. Pasal adek Bella tu, moga mendapat pembalasan yang setimpal pada pelakunya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harapnya begitulah. Si pelaku perlu dipertanggungjawabkan.

      Padam
  2. SAyu hati ikut perkembangan cerita adik bella tu. kenapa lah masih ada manusia yang tergamak dan tak perikemanusiaan mcm tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kan… tergamak buat begitu pada anak yang tak ada daya 😭

      Padam
  3. Xpenah dengar lagi. Kena dengar nt ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti ada kelapangan boleh cuba dengar 😊

      Padam
  4. tak pernah dgr lagi lagu ni kak farrah..jap nk dgr dulu..

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. Betul tu, wak. Mereka sepatutnya dibela, bukan diperlakukan sedemikian rupa.

      Padam
  6. Semoga adik bella mendapat keadilan yang sewajarnya. Sedihhh tengok keadaan dia lepas didera hmmm.

    BalasPadam
  7. Tak pernah dengar lg lagu ni tp kes adik bella tu harap dpt keadilan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, mudah-mudahan siasatan kes ini berjalan lancar dan keadilan dapat ditegakkan.

      Padam
  8. ustaz 3 beradik... first time tau ada group ni..
    lps ni bole layan laaa ..

    BalasPadam
  9. Tak pernah dengar pulak Lagu Si Bujur Sireh dan ustaz 3 beradik ni. Nanti boleh dengar. Apapun semoga nasib adik Bella terbela dan pesalah dapat balasannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selama mendengar, Fiza. Aamiin. Hanya Allah yang mampu memberikan kesudahan baik untuk Bella.

      Padam
  10. sedihnya dengar lagu ni..
    xtau pasal lagu ni since hari ni la..mujur dengar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedih kan... Akak masa first time dengar sekali lalu je. Bila dengar betul-betul lirik, ya Allah sedihnya!

      Padam
  11. Tak pernah dengar..
    Tak sbr nk tunggu update pendera adik Bella.. Sedih tengok Bella lagi2 tengok gambar sebelum dan selepas. Hati apalah si pelaku tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah. Saya pun tak sabar nak tunggu update kes Bella ni.

      Padam
  12. Apabila dihayati senikatanya memang rasa meruntun jiwa pula. Sayu!

    BalasPadam
  13. Sedih sangat dgn kisah adik bella ni. Kejam betul manusia sekarang. Boleh try dengar lagu ni nanti.

    BalasPadam
  14. Lirik daripada pandangan ayah untuk anak istimewa.

    BalasPadam
  15. SEDIH BILA DENGAR ADIK BELLA KENA DERA TERUK JUGAK TU , CCL ADA TENGOK VIDEO DALAM FB ,

    BalasPadam
  16. harap sgt pendera bella akn dihukum selayaknya

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.