Kes teringin nak makan aiskrim kopi ni boleh kira cerita basi. Cerita tahun lepas. Entah kenapa teringin sangat nak makan aiskrim perasa kopi. Setiap kali pergi shopping beli barang dapur, mesti akan ke bahagian dingin beku, inspect deretan aiskrim semata-mata nak cari flavour kopi. Nak dijadikan cerita, sikit punya banyak aiskrim yang ada, macam-macam saiz, macam rasa, satu je perasa yang tak ada. KOPI! Sepanjang bulan Disember saya memburu aiskrim kopi saya tetapi tak ada rezeki.
Akhirnya, Bott yang saran suruh buat aiskrim homemade. Ting! Geliga jugak otak si Bott ni. Kenapalah saya tak terfikir? Dah susah-susah cari tak jumpa, kita bikinlah aiskrim kopi sendiri :)
Dalam simpanan saya, ada dua resepi aiskrim homemade yang mudah, easy peasy. Satu menggunakan susu pekat dan ovalette manakala satu lagi menggunakan susu full cream dan Coffeemate. Untuk percubaan yang pertama ni, saya pilih resepi susu + Coffeemate.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Susu Full Cream (Saya gunakan susu Full Cream Dutch Lady). Boleh juga guna susu perasa lain seperti coklat atau strawberi. Nanti lain kali, nak cuba guna susu coklat + Nescafe. Kita buat perisa Mocha.
- Coffeemate
- Satu sudu teh serbuk kopi segera. Saya guna Nescafe. Larutkan dengan dua sudu besar air panas. Dek kerana teringin sangat aiskrim kopi ni, saya tambah satu sudu teh coffee oil. Demi rasa kopi berganda.
- Coffee chips dan chocolate chips secukupnya
Cara-cara penyediaan:
- Sukat susu dan Coffeemate mengikut nisbah 1:1. Maknanya kalau anda gunakan 2 cawan susu, maka Coffeemate pun perlu 2 cawan. Untuk hasil seperti di bawah, saya hanya guna 1 1/2 cawan.
- Masukkan ke dalam blender. Kisar sebati sehingga adunan yang foamy dan gebu terbentuk. Saya kisar lebih kurang 5 ke 7 minit.
- Tuangkan adunan ke dalam bekas. Masukkan air bancuhan kopi dan gaul hingga semuanya sekata.
- Sejukkan di dalam freezer selama dua ke tiga jam. Setelah itu keluarkan. Gunakan sebatang garpu untuk pecah-pecahkan aiskrim kita. Tak silap saya tujuan kita lakukan proses ni untuk hapuskan kristal ais yang terbentuk. Jadi, aiskrim kita nanti lebih smooth texturenya.
- Masukkan semula ke dalam blender dan kisar lagi selama beberapa minit. Tuang kembali ke dalam bekas. Kali ini taburkan dengan cip coklat dan kopi. Sejukkan lagi sehingga aiskrim membeku sepenuhnya.
Inilah hasilnya!
Nikmati dengan senyuman! =)
Untuk resepi ini, saya tidak tambah gula. Tak mahu manis sangat. Rely pada manis susu dan Coffeemate sahaja. Jika mahukan sajian aiskrim yang manis berperisa, bolehlah ditambahkan gula atau susu pekat ikut citarasa dan kisar bersama bahan-bahan lain tadi.
sedapnya..yum yum! bak sikit..
BalasPadamAbis sudah!
Padamrajinnyer buat eskem kopi tuuhh., ;)
BalasPadamTeringin punya pasal, wak...
PadamFuh..menggiurkan la kak..betul juga kan..banyak2 aiskrim x jumpa yg perisa coffee..idea bt sendiri ni bernas tp nak bt mcm x ada masa plak..huhu..
BalasPadamSusah kan nak jumpa yang kopi ni. Haaa kiv dulu idea ni. Nanti ada masa, buat ye :)
PadamSedapnya..
BalasPadamSAlam kak farrah terliur pulak tgk kak farah buat .
BalasPadamFirah selalu guna yang susu pekat dan ovalette ni... lepas ni boleh try guna full cream and Coffeemate..
BalasPadamsedapnya nampak....
Semestinya nyummm nyummm :)
PadamEhh.. nak buat jugak lah.. ada ovallete dalam peti ais... pakaii resepi lama dulu lah.. hehe
BalasPadamHehehe dah buat kan? Amacam? Best dak aiskrim kopi?
Padamice cream coffee..memang best!
BalasPadamDap dap dap rasanya!
PadamMacam dah terasa2 di tekak..adoi..
BalasPadamHihihihi terasa2 di tekak ye ;)
Padamsaya pernah buat ais krim homemade cuma perasa kopi blm pernah cuba ...
BalasPadampenah makan ice cream coffee kat mana ntah.. tapi x sedap..
BalasPadamMeh kita buat sendiri, Nina. Confirm puas hati!
PadamPandainya Farrah buat aiskrim kopi, tak pernah dengar lagi aiskrim kopi ni, pasti sedap sebab sata penggemar kopi :) ada sepupu duk buat aiskrim
BalasPadamguna ovelette tu. Tak pernah cuba
lagi.
Guna resepi yg guna ovalette tu pun boleh, BP. Tambahkan je perasa kopinya ;)
Padamteringat masa dulu pernah juga try buat aiskrim sendiri, yummy
BalasPadambuat sediri ek sis... aduiii meleleh yum yum...
BalasPadamBuat sendir sebab dah puas cari tak jumpa, Sis Sheila :)
Padamdapnyee kak farah... nampak segar plak dimata ku..hihi
BalasPadamLebih segar di dalam tekak, yang :)
Padamahaaaa mmg semudah ABC lah Farrah..tapi coffee oil kiranya berminyak lah ek
BalasPadamCoffee oil tu macam vanilla essence je, Sis JM. Dia cair-cair gitu. Tapi bau kopinya kuat!
Padamsis JM mmg suka mkn aiskrim..tp rasa x puas mkn yg beli di kedai tu so leh la try buat sendiri
BalasPadamMemang lebih puas hati kalau buat sendiri,Sis JM :)
Padammemang nampak memikat.. jarang juga jmpa aiskrim coffee. kalau teringin boleh cari di new zealand natural :)
BalasPadamOh, diorang ada perasa coffee eh? Thanks for the info, Nina :)
PadamNyum nyum
BalasPadam.. mari kita bukak bisnes kak..
Hikhikhik setengah hari jelah bukak kedai, dik. Tak larat ;)
PadamSedapnya Farah....aiskrim kopi...
BalasPadamMD tak pernah lagi buat ais krim sendiri...InsyAllah ada masa nak juga try buat...
BalasPadamSelamat mencuba, MD :)
PadamKlau d jual laku ni hihi
BalasPadamHihihi kena rajin buat banyak2 la :)
PadamFeveret lya plak aiskrim stoberi
BalasPadamStoberi pun sodapppp!
Padamcoffee oil tu mcm mn rupanye ekkkk....mcm minyak eh farrah??? hihih
BalasPadamDia macam vanilla essence gak, Sis D. Dalam botol2 kecil tu :)
Padamsy suka eskrem vanila.....hihihi
BalasPadamSaya suka kalau aiskrim vanila tu betul2 creamy :)
Padamwahh...sedapnya.. tak pernah try eskrim kopi..
BalasPadamtak manis sangat, baru besttt kan..
Manis2 manja gitu, Cik Hani :)
Padamakak buat lagi senang sebab tak guna ovallte kan
BalasPadamDua dua senang, antara rajin dengan tak je sebenarnya :)
PadamI am coffee lover but langsung tak pernah lagi makan aiskrim perasa kopi
BalasPadamJom cuba, Intan. You should try at least once :)
Padamthanks for sharing Farrah. lepas ni mana tahu boleh cuba
BalasPadamNampak sedap...! Ros pum coffee lover. Hihi.. boleh try la.. senang je ek caranya.. hihi... tq kak Farrah!
BalasPadamU r most welcome :)
PadamSenang je kan buat aiskrim.. :) sedapnya..
BalasPadamdulu rajin la nak buat...skrg ni beli je...hahaha
BalasPadamwarrghhhhhh time panas2 dpt semangkuk best nyerrrrrrrrrrrrrrrr
BalasPadamDua mangkuk pun boleh! :)
PadamCara kita buat sama cuma buh kopi 3in1 xguna nescafe sbb xprnh minum nes,huhuu....
BalasPadamNanti akak nak cuba buat style Cikna tulah :)
Padamnampak menyelerakan betol :D
BalasPadamaik nampak macam senang pula ye. selama ni gaya macam susah nak buat eksrim nya
BalasPadamYg ni version senang :)
Padampuas ati dpt jugak mkn eskrim kopi
BalasPadamlagi puas bile dpt buat sndiri ye
Semestinya!
Padammcm mudah ja.. simpan dulu nnt buat
BalasPadamSedap...aiskrim perisa kopi terbaik..
BalasPadamCoffeemate tu blh gantikan dgn bahan lain ke?
BalasPadamKalau nak ganti, boleh ganti dengan krimer jenis lain sebab resepi yang ini memang kena guna serbuk krimer. Jika tiada, boleh cuba cari resepi aiskrim yang tak guna krimer.
Padam