Jumaat, Januari 08, 2016

Teringin Aiskrim Kopi!

Kes teringin nak makan aiskrim kopi ni boleh kira cerita basi. Cerita tahun lepas. Entah kenapa teringin sangat nak makan aiskrim perasa kopi. Setiap kali pergi shopping beli barang dapur, mesti akan ke bahagian dingin beku, inspect deretan aiskrim semata-mata nak cari flavour kopi. Nak dijadikan cerita, sikit punya banyak aiskrim yang ada, macam-macam saiz, macam rasa, satu je perasa yang tak ada. KOPI! Sepanjang bulan Disember saya memburu aiskrim kopi saya tetapi tak ada rezeki.

Akhirnya, Bott yang saran suruh buat aiskrim homemade. Ting! Geliga jugak otak si Bott ni. Kenapalah saya tak terfikir? Dah susah-susah cari tak jumpa, kita bikinlah aiskrim kopi sendiri :)

Dalam simpanan saya, ada dua resepi aiskrim homemade yang mudah, easy peasy. Satu menggunakan susu pekat dan ovalette manakala satu lagi menggunakan susu full cream dan Coffeemate. Untuk percubaan yang pertama ni, saya pilih resepi susu + Coffeemate.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Susu Full Cream (Saya gunakan susu Full Cream Dutch Lady). Boleh juga guna susu perasa lain seperti coklat atau strawberi. Nanti lain kali, nak cuba guna susu coklat + Nescafe. Kita buat perisa Mocha.
  • Coffeemate
  • Satu sudu teh serbuk kopi segera. Saya guna Nescafe. Larutkan dengan dua sudu besar air panas. Dek kerana teringin sangat aiskrim kopi ni, saya tambah satu sudu teh coffee oil. Demi rasa kopi berganda.
  • Coffee chips dan chocolate chips secukupnya 

Cara-cara penyediaan:
  1. Sukat susu dan Coffeemate mengikut nisbah 1:1. Maknanya kalau anda gunakan 2 cawan susu, maka Coffeemate pun perlu 2 cawan. Untuk hasil seperti di bawah, saya hanya guna 1 1/2 cawan.
  2. Masukkan ke dalam blender. Kisar sebati sehingga adunan yang foamy dan gebu terbentuk. Saya kisar lebih kurang 5 ke 7 minit.
  3. Tuangkan adunan ke dalam bekas. Masukkan air bancuhan kopi dan gaul hingga semuanya sekata.
  4. Sejukkan di dalam freezer selama dua ke tiga jam. Setelah itu keluarkan. Gunakan sebatang garpu untuk pecah-pecahkan aiskrim kita. Tak silap saya tujuan kita lakukan proses ni untuk hapuskan kristal ais yang terbentuk. Jadi, aiskrim kita nanti lebih smooth texturenya.
  5. Masukkan semula ke dalam blender dan kisar lagi selama beberapa minit. Tuang kembali ke dalam bekas. Kali ini taburkan dengan cip coklat dan kopi. Sejukkan lagi sehingga aiskrim membeku sepenuhnya.
Inilah hasilnya!



Nikmati dengan senyuman! =)


Untuk resepi ini, saya tidak tambah gula. Tak mahu manis sangat. Rely pada manis susu dan Coffeemate sahaja. Jika mahukan sajian aiskrim yang manis berperisa, bolehlah ditambahkan gula atau susu pekat ikut citarasa dan kisar bersama bahan-bahan lain tadi.

69 ulasan:

  1. rajinnyer buat eskem kopi tuuhh., ;)

    BalasPadam
  2. Fuh..menggiurkan la kak..betul juga kan..banyak2 aiskrim x jumpa yg perisa coffee..idea bt sendiri ni bernas tp nak bt mcm x ada masa plak..huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Susah kan nak jumpa yang kopi ni. Haaa kiv dulu idea ni. Nanti ada masa, buat ye :)

      Padam
  3. SAlam kak farrah terliur pulak tgk kak farah buat .

    BalasPadam
  4. Firah selalu guna yang susu pekat dan ovalette ni... lepas ni boleh try guna full cream and Coffeemate..

    sedapnya nampak....

    BalasPadam
  5. Ehh.. nak buat jugak lah.. ada ovallete dalam peti ais... pakaii resepi lama dulu lah.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe dah buat kan? Amacam? Best dak aiskrim kopi?

      Padam
  6. saya pernah buat ais krim homemade cuma perasa kopi blm pernah cuba ...

    BalasPadam
  7. penah makan ice cream coffee kat mana ntah.. tapi x sedap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Meh kita buat sendiri, Nina. Confirm puas hati!

      Padam
  8. Pandainya Farrah buat aiskrim kopi, tak pernah dengar lagi aiskrim kopi ni, pasti sedap sebab sata penggemar kopi :) ada sepupu duk buat aiskrim
    guna ovelette tu. Tak pernah cuba
    lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Guna resepi yg guna ovalette tu pun boleh, BP. Tambahkan je perasa kopinya ;)

      Padam
  9. teringat masa dulu pernah juga try buat aiskrim sendiri, yummy

    BalasPadam
  10. buat sediri ek sis... aduiii meleleh yum yum...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat sendir sebab dah puas cari tak jumpa, Sis Sheila :)

      Padam
  11. dapnyee kak farah... nampak segar plak dimata ku..hihi

    BalasPadam
  12. ahaaaa mmg semudah ABC lah Farrah..tapi coffee oil kiranya berminyak lah ek

    BalasPadam
    Balasan
    1. Coffee oil tu macam vanilla essence je, Sis JM. Dia cair-cair gitu. Tapi bau kopinya kuat!

      Padam
  13. sis JM mmg suka mkn aiskrim..tp rasa x puas mkn yg beli di kedai tu so leh la try buat sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang lebih puas hati kalau buat sendiri,Sis JM :)

      Padam
  14. memang nampak memikat.. jarang juga jmpa aiskrim coffee. kalau teringin boleh cari di new zealand natural :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, diorang ada perasa coffee eh? Thanks for the info, Nina :)

      Padam
  15. Nyum nyum
    .. mari kita bukak bisnes kak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hikhikhik setengah hari jelah bukak kedai, dik. Tak larat ;)

      Padam
  16. MD tak pernah lagi buat ais krim sendiri...InsyAllah ada masa nak juga try buat...

    BalasPadam
  17. Feveret lya plak aiskrim stoberi

    BalasPadam
  18. coffee oil tu mcm mn rupanye ekkkk....mcm minyak eh farrah??? hihih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia macam vanilla essence gak, Sis D. Dalam botol2 kecil tu :)

      Padam
  19. Balasan
    1. Saya suka kalau aiskrim vanila tu betul2 creamy :)

      Padam
  20. wahh...sedapnya.. tak pernah try eskrim kopi..
    tak manis sangat, baru besttt kan..

    BalasPadam
  21. akak buat lagi senang sebab tak guna ovallte kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dua dua senang, antara rajin dengan tak je sebenarnya :)

      Padam
  22. I am coffee lover but langsung tak pernah lagi makan aiskrim perasa kopi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom cuba, Intan. You should try at least once :)

      Padam
  23. thanks for sharing Farrah. lepas ni mana tahu boleh cuba

    BalasPadam
  24. Nampak sedap...! Ros pum coffee lover. Hihi.. boleh try la.. senang je ek caranya.. hihi... tq kak Farrah!

    BalasPadam
  25. Senang je kan buat aiskrim.. :) sedapnya..

    BalasPadam
  26. dulu rajin la nak buat...skrg ni beli je...hahaha

    BalasPadam
  27. warrghhhhhh time panas2 dpt semangkuk best nyerrrrrrrrrrrrrrrr

    BalasPadam
  28. Cara kita buat sama cuma buh kopi 3in1 xguna nescafe sbb xprnh minum nes,huhuu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti akak nak cuba buat style Cikna tulah :)

      Padam
  29. aik nampak macam senang pula ye. selama ni gaya macam susah nak buat eksrim nya

    BalasPadam
  30. puas ati dpt jugak mkn eskrim kopi
    lagi puas bile dpt buat sndiri ye

    BalasPadam
  31. Sedap...aiskrim perisa kopi terbaik..

    BalasPadam
  32. Coffeemate tu blh gantikan dgn bahan lain ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak ganti, boleh ganti dengan krimer jenis lain sebab resepi yang ini memang kena guna serbuk krimer. Jika tiada, boleh cuba cari resepi aiskrim yang tak guna krimer.

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.