Resepi Biskut Cornflakes Kopi

Ahad, Jun 19, 2016

Asalnya, ini resepi biskut cornflakes SOS saya. Kenapa SOS? Kalau tiba-tiba saya atau Bott craving nak makan biskut, memang saya akan bake biskut cornflakes ni. Sebab resepinya senang! Diulangi ... senang banget! Tak perlu pakai mixer, tak perlu masukkan telur. Kacau-kacau begitu sahaja, bakar ... siap!

Cuma baru-baru ni, saya melayankan Cekebon buat projek Ramadannya dengan serbuk kopi. Adalah lebihan stok serbuk kopi. Jadi, saya masukkan sedikit dalam adunan. Fuhhh! Aromanya masa dibakar ... asyikkk! Berebut-rebut satu rumah makan.


Resepi Biskut Cornflakes Kopi

(Ini adunan kecil. Jika hendak buat banyak, gandakan adunan.)
Bahan-bahan:
  • 150g mentega
  • 50g gula halus
  • 150g tepung naik sendiri
  • 65g cornflakes (diramas sedikit, tetapi jangan hingga halus)
  • 1/2 - 1 sudu teh serbuk kopi segera. (Boleh guna Nescafe)
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • secubit garam halus


Langkah-langkah penyediaan:
  1. Gunakan whisk atau senduk kayu untuk adun mentega dan gula hingga sebati. 
  2. Masukkan esen vanila dan serbuk kopi. Gaul lagi. Amaun serbuk kopi yang dimasukkan kena agak-agak kerana bergantung kepada serbuk kopi yang digunakan. Jika 1/2 sudu dah cukup, tak perlulah guna hingga satu sudu teh. Saya guna satu sudu teh! Memang nak rasa kopi yang ketara.
  3. Setelah itu masukkan tepung sedikit demi sedikit, diikuti dengan garam. 
  4. Akhir sekali, masukkan cornflakes yang telah diramas. Gaul kesemua bahan hingga sekata.
  5. Sudukan adunan ke atas dulang. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 18 - 20 minit.

Sesudah dibakar. Tengah tunggu sejuk sedikit sebelum dipindahkan ke atas redai.

Cornflakes Kopi di atas loyang.

Dah boleh dimamam!

Biskut sedia untuk dimakan.



Selamat Mencuba! Selamat Omnomnommm!

76 ulasan

  1. Balasan
    1. letak atas penimbang leww...;p

      Padam
    2. Hehehe nasib baik ada yang tolong jawabkan,..Ikhwan, nak buat biskut ni tak payah pakai mixer, bukan tak yah pakai penimbang :)

      Padam
    3. Diri atas mesin timbang pegang bahan... He he he

      Padam
  2. wow sedapnya... mummy suka bau kopi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. suka bau je..minum suka tak ahakss

      Padam
    2. Yes. Bau kopi sedap. Tapi rasa dia kureng. . hehe

      Padam
    3. suka jugak minum.. tapi gigi dah kuning. En Doc encem tak galakkan minum kopi..sob sob sob

      Padam
    4. Mentang-mentang doktor encem,..lekat pesan doktor ye Mummy :)

      Padam
  3. Mesti waktu masak bau semerbak kopi.. sedapnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kannn... lagi sedap kalau orang yang bagi..hahaha :P

      Padam
    2. Yes, masa bakar biskut tu yang seronok. Baunya semerbak!

      Padam
    3. kalau orang yang bagi, biskut sedap pun jadi marvelous! :)

      Padam
  4. Menarik ni nanti bole test buat..

    BalasPadam
  5. Berkopi ye.. mesti sedap kan..tu la bau pun sedapkan..

    BalasPadam
  6. wau ! baru pas buat semalam.. tapi, tak de kopi lah... yummeh !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Firah pun pandai buat biscuit..rajin nyaa...bak sini sebalang

      Padam
    2. Si Firah memang rajin buat biskut, SIs JM. Si Yana ni pun rajin bake :)

      Padam
  7. wah..sedap dibuat jajan. ngap..ngap masuk mulut kejap je habis

    BalasPadam
    Balasan
    1. minum lak ngan air kopi Bak Belalang..perghhhh..terangkat

      Padam
    2. leh guna nescafe (halus n licin) dari Harith Iskandar tu eh

      Padam
    3. guna satu sudu teh? patutlah warna tak HITAM..ce guna satu bungkus..kih kih..dah jadi biscuit kopi

      Padam
    4. Kak JM minum kopi kalau warna pink .. Hoho

      Padam
    5. hahha ade erk kopi warna pink boleh try buat inovasi ni

      Padam
    6. Haippp! Jay Emm mana leh minum kopi... iskksss

      Padam
    7. Sis JM memang tak leh minum kopi. Dia boleh pandang dan hidu bau je :)

      Padam
    8. Yes, Sis JM. Kita guna satu sudu teh je. Kalau guna sebungkus, tak jadi biskut,..dah jadi air kopi utk jemaah masjid moreh ;)

      Kim Chaa tak suka kopi ke?

      Padam
    9. Sal, memang sedap dibuat kunyah2! Tau2 je habis!

      Padam
  8. errr raya nnt ada x biskut ni? sy nk serang nnt ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat ni belum buat apa2 biskut untuk raya lagi, Anies. Kalau tak de biskut, tak nak serang ke?

      Yana tak nak try test buat ke?

      Padam
  9. Wahh biasa coklat aje kali ni kopi pulak :)

    BalasPadam
  10. sedap ni..biskut cornflakes..all time favourite..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Biskut ni memang all time favourite kan kak :)

      Padam
  11. salam kak farrah amboi sempat sempat je baking!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sambil2 je, Yana. Sebab teringin nak makan :)

      Padam
  12. Balasan
    1. Kak yana nanti buat pos kedah satu balang. Hohoho

      Padam
    2. hahah lepas raya la jawabnya sebab akak start buat sehari dua sebelum raya

      Padam
  13. First time dengar tambah kopi dalam biskur cornflakes. Menarik.

    BalasPadam
  14. mesti sedap.. boleh bayangkan rasanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh bayang rasa tu camne? he he he...

      Padam
    2. bayang macam biskut tu dah dikunyah2 di dalam mulut.. hahaha..

      Padam
  15. oh, ingatkan yang memang cornflakes tu. rupanya biskut macam ni. kalau makan time malam-malam, memang xley tdo la gamaknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi dont worry, Amy. Sikit je kita pakai kopinya. Insya Allah, tetap boleh tido lena :)

      Padam
  16. Kalu kasi Yuri dia akan ingat wiskas tak? he he eh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yuri ni jenis blur sikit. Dia kenal makanan biji dia je,.. Kalau saya tayang ikan ke ayam ke keropok ke, sikit pun dia tak heran. Inikan pula biskut kopi,...hihihi nanti rugi sekeping. Dia sniff lepas tu dia buay tak peduli ;)

      Padam
  17. marjerin lagi healthy dari butter ? betulkah ? i tot butter lagi healthy..

    BalasPadam
  18. akak !! macam mana nak kejar komen2 mereka yang lain2 ni.. nak jugak nama kembali dalam carta.. sedih !!

    BalasPadam
  19. ok ok.. akak daku gigih !! akan daku berusaha !!!

    BalasPadam
  20. akak mesti tngh sibuk prepare nak berbuka.. tu tak approve lagi..
    nebes ni nak tngk ranking =P

    BalasPadam
  21. kalau sukatan cawan macam ner akak... ekin tak ada penimbang la

    BalasPadam
  22. hasrat ari tu nak buat 2 kuih raya.
    bahan da beli tau, farrah.
    tapi tak buat.
    2 weekend dlm bulan ramadhan aida demam :(
    aduhai nasib. may be nanti weekend akan dtg aida buat kot.
    sebab bahan semua da standby.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.