Kertas Kraf Peddy

Isnin, Jun 20, 2016

Hari ini nak tunjuk kertas kraf yang saya beli di Mr. DIY. Dah lama beli tetapi tak sempat nak update. Kertas Kraf Peddy ini berharga RM5.50 satu pek. Saya beli dua pek dengan design yang berbeza. Satu pek bertemakan pink stripes manakala satu lagi temanya yummm yummm, cupcakes and coffee :)


Kertas Kraf Peddy
Saiz: 6" X 6"
Berat kertas 160gsm
Kuantiti: 50 helai (10 designs

Pek yang pertama. Pinky pink! Sis JM dan Mummy Julia kalau tengok nih,... ;)


Pek kedua. Ini pek jatuh cinta pandang pertama saya! Memang dari jauh dah nampak. Terus berkenan dan grab. Kalau ikut hati, nak ambil 2 atau 3 pek sekaligus, tetapi Bott dah keluarkan amaran. "Kertas-kertas kat rumah tu?!" Itu ayat keramat buat saya beringat. Hihihi saya memang kena bawa Bott time shopping barang kraf. Selalu dia yang kena tadah telinga bila saya complain kertas saya banyak,..dah terlampau banyak,..oh dah habis duit banyak beli kertas! Bazir! Siap ingatkan Bott, jangan bagi saya beli kertas selagi kertas-kertas yang ada di rumah ni tak jadi kad atau scrap page ;)

Tapi, yang kat bawah ni cantik sangatttt!



Buat kad hari lahir bertema cupcakes. Cupcakes di luar, cupcakes di dalam.



Salivating just by looking at the card! ;)

Jadi, sesiapa yang berkenan bolehlah cuba dapatkan pek kertas ini di Mr. DIY. Secara peribadi, bagi saya kertas kraf Peddy ini sangat berbaloi dibeli. Harga murah, corak rekaannya cantik. Sesuai sangat untuk projek-projek kraf kertas!

41 ulasan

  1. Balasan
    1. Utk kategori kertas, kira keraslah 160gsm :)

      Padam
  2. Seperti biasa, kak Farrah sentiasa hasilkan sesuatu yang kreatif dan cantik :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe kertas tu yang dah sedia cantik, Siqah :)

      Padam
  3. Cantik ! Kertas niih mmg kertas keras macam kadboard tuu ke ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sampai sekeras itu. Bayangkan 2 kertas A4 80gsm ditindan. lebih kurang begitulah :)

      Padam
  4. Alamak ! tengok entri ni teringat kad raya and sampul raya tak buat lagi.. huk2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sempat lagi ke Cik Firah? Dah nak raya ni heheheh

      Padam
  5. Balasan
    1. Cari, Eyda. Jangan tak cari :)

      Padam
    2. hahaha, harap nanti ada kerajinan cari dan hasilkan hasil kreativiti sendiri..

      Padam
  6. wow canteknya itu pink! I like..

    BalasPadam
  7. Kertas-kertas ni macam art card ea.. atau wrapping paper tu.. ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan bukan dan bukan. Art card berqat lagi rasanya, Mummy. Yang ni 160gsm je :)
      SS, kalaulah sticker, saya beli 5 :)

      Padam
  8. Habis semua paper ni tuk buat card ker..? banyak ker..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. SS siap kira ker mummy tu... ha ha ha..

      Padam
    2. Heheheh tak semua buat card, ada yang buat hiasan utk kad atau buku skrap. Selebihnya simpan untuk stok :)

      Padam
  9. kalo hero2 mummy jumpa ni, confirm dorang amik buat surat chenta tuk bakal isteri..ehhhh ! hahha :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bakal isteri bermakna bakal menantu mummy laa kan... ha ha ha...

      Padam
    2. Cepatlah nampak gayanya mummy berbesan hahahaha

      Padam
  10. cantik-cantik pilihan yang ada

    BalasPadam
  11. aik ada ye dekat Mr DIY. x pernah perasan lak. kita suka warna putih hehehehe

    BalasPadam
  12. Pernah nampak kertas craf ni... Tapi tak tahu nak buat apa...

    BalasPadam
  13. akak.. Daiso oso have something like this kak.. rambang mata but idk what to do dengan benda2 ni tapi tngk tu memang tingat akak ehehe..

    BalasPadam
  14. kalau yang Daiso tu banyak2 kaler 1 pek.. hehe..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.