Makluman: Ini entri lama yang secara tidak sengaja statusnya jadi draf. Saya terbitkan semula.
Pernah cuba cold brew coffee?
Ini percubaan pertama saya. Selama ini, setiap kali teringin menikmati kopi bru sejuk (cold brew coffee), saya akan fikir dua tiga kali. Kononnya malas hendak menunggulah, kena ada kesabaran tinggilah ... Hahaha, jikalau hendak seribu daya, bukan? Okey, sebelum itu, mari kita belajar sedikit apa itu cold brew coffee dan mengapa proses bru yang ini berbeza dengan hot brew coffee.
Kopi Bru Sejuk |
Ini percubaan pertama saya. Selama ini, setiap kali teringin menikmati kopi bru sejuk (cold brew coffee), saya akan fikir dua tiga kali. Kononnya malas hendak menunggulah, kena ada kesabaran tinggilah ... Hahaha, jikalau hendak seribu daya, bukan? Okey, sebelum itu, mari kita belajar sedikit apa itu cold brew coffee dan mengapa proses bru yang ini berbeza dengan hot brew coffee.
Kebiasaannya, apabila kita hendak bancuh atau bru kopi kita akan guna air panas. Ini kita panggil hot brew. Haba panas yang kena pada serbuk kopi akan keluarkan minyak pada serbuk kopi tersebut. Dari situlah datangnya rasa pahit-pahit kopi. Sifatnya akan jadi berasid. Jadi, itulah sebabnya sesetengah orang alah pada kopi sebab tak tahan dengan keasidannya.
Cold brew coffee berbeza kerana kopi dibru menggunakan air sejuk atau air pada suhu bilik. Tetapi, proses penyediaan kopi bru sejuk mengambil masa lebih kurang satu hari satu malam! Kita bru kopi dalam tempoh 12 - 24 jam. Maknanya, kalau tiba-tiba rasa teringin cold brew coffee, bertindak segera rendam kopi hari ini supaya dapat minum pada esok hari.
Satu keistimewaan cold brew coffee ialah kadar keasidan yang rendah. Serbuk kopi tidak dibru dengan air panas malah rasanya lebih lembut. Kaedah cold brew ni sesuai untuk kopi-kopi yang ada perasa. Maksud saya, serbuk kopi yang dipanggang dengan flavour seperti karamel, kayu manis, vanila dan hazelnut. Rasanya akan lebih ketara.
Cold brew coffee BUKAN iced coffee atau kopi ais. Hati-hati ya, jangan terkeliru pula. Sebab kalau nak buat kopi ais, dua-dua kaedah - bru sejuk atau bru panas boleh guna.
Perbezaan Antara Kopi Bru Panas dan Kopi Bru Sejuk
Di bawah ini ada carta untuk menerangkan perbezaan antara kedua-duanya dengan lebih lanjut.
Credit |
Cara Menyediakan Cold Brew Coffee (Kopi Bru Sejuk)
Untuk penyediaan kopi bru sejuk, sebaiknya guna serbuk kopi jenis coarse grind kerana jika guna medium atau fine, dikhuatiri
(1) kopi akan terlebih infused menjadikan rasanya terlebih pahit dan
(2) sisa kopi tidak dapat ditapis sepenuhnya kerana terlalu halus, akan terlepas masuk ke dalam larutan bru.
Dari segi komposisi air dan serbuk kopi, saya menggunakan sukatan cawan dan buat dalam satu jag besar untuk sepanjang minggu/beberapa kali minum.
#1 Menggunakan sukatan cawan
- 1 cawan serbuk kopi
- 4 cawan air
*Saya beritahu awal-awal, larutan kopi bru ikut nisbah di atas agak pekat ya. Apabila hendak bancuh kopi, saya akan turut tambah sedikit air. Kemudian disusuli dengan susu atau pemanis.
Bilangan sukatan cawan kopi dan air boleh diubah mengikut kesesuaian.
#2 Menggunakan sukatan metrik
- 100 gram serbuk kopi
- 1 liter air
Larutan kopi bru mengikut sukatan di atas agak cair dan sesuai digunakan dalam penyediaan kopi sejuk. Tuang larutan kopi ke dalam gelas panjang, tambah susu dan pemanis pilihan untuk dapatkan bancuhan yang sesuai dengan cita rasa.
Kaedah penyediaan kopi bru sejuk amat mudah. Masukkan serbuk kopi di dalam jag atau botol berpenutup yang berisi air. Kacau sehingga larutan sebati. Tutup botol dan simpan di dalam peti sejuk semalaman, antara 12 sehingga 24 jam.
Setelah direndam kira-kira 12-24 jam, keluarkan. Tapis larutan kopi menggunakan penapis halus atau kain muslin. Sekali lagi, simpan kopi yang telah dibru di dalam jag atau botol yang bertutup. Pati kopi bru sejuk ini boleh bertahan sehingga hampir dua minggu di dalam peti sejuk.
Mudah, bukan?
Ingin bru kopi dengan lebih bergaya? Dapatkan Hario Mizudashi Cold Brew Coffee Maker di bawah.
Hario Mizudashi Cold Brew Coffee Maker |
Pembuat kopi ini sudah sedia berpenapis. Jadi, masukkan serbuk kopi di ruangan yang disediakan. Masukkan air. Cukup masa, apabila hingga hendak nikmati kopi bru sejuk, tinggal tuang sahaja.
Selamat menyediakan kopi bru sejuk!
Selamat bereksperimen dengan pelbagai rasa kopi!
ohh ada perbezaan antara keduanya.. kalau teringin nak minum cold brew coffer kena buat selewatnya sehari sebelum laa kan..
BalasPadamHaah, ada beza,...kena rendam sekurang-kurangnya 12 jam :)
PadamHurmm baru faham... Thankz share info ni..
BalasPadamMy pleasure :)
Padamsalam..
BalasPadamohh baru tau..jado cold brew ni lagi sedap la kan..
xpernah try lagi, ingat same je mcm ice coffee lain..
nk kne try la len kli ^_^
W/salam, Cik Yaya,
PadamMemang cold brew ni lagi sedap dan berasa. Nanti ada kelapangan boleh cuba :)
salam jumaat kak!
BalasPadamSalam Isnin by the time akak balas komen ni :)
Padamouh panjang lebar penerangan akak , boleh jadi pakar kopi..
BalasPadamcoffee lover sangat nih!
hihihi takla pakar sangat,...suka bangat sama kopi je :)
Padamyana yalah yang keliru tu hehehehe ...
BalasPadamnampak gambaq macam iced je
hehehehe keliru mende kecik camni tak jadi hal lah :)
PadamNak tunggu kak farrah buat pulak.. :)
BalasPadamAkak dah buat banyak kali dah. Nak tulis entrinya tu yang tak sampai seru lagi :)
PadamSB ni penggemar kopi setia..sehari boleh minum hingga 3 cawan kopi O
BalasPadamSamalah kita, SB. Saya kadang-kadang terpaksa bersusah-payah tahan diri supaya tak overdose minum kopi :)
Padamxpernah lagi buat n dengar ni
BalasPadamNanti cubalah ye :)
Padamkena ada tahap kesabaran yg tinggi ya..
BalasPadamsaya main minum je asal sedap. ahakss..
BalasPadamSambil tnggu semalaman, saya minum a cup of iced coffee dulu
BalasPadamHaa bagus gak kalau buat camtu, boleh terus compare apa beza rasa
BalasPadamSelama ni biasa minum iced coffee je, hehe malas nak buat beli kat kedai je
BalasPadamCamner komposisi (ratio) jumlah gram kopi & air ? Blh share kan? 10gram serbuk kopi, berapa nisbah mililiter air?
BalasPadamKalau serbuk fine, medium dan coarse camner pulak?
Untuk cold brew, sebaiknya guna coarse grind kerana jika guna medium atau fine, dikhuatiri rasa kopi akan (1) terlebih infused menjadikannya over pahit dan (2) sisa kopi tidak dapat ditapis sepenuhnya kerana terlalu kecil, terlepas masuk ke dalam larutan brew.
PadamDari segi komposisi, boleh cuba 1: 4. Saya gunakan sukatan cawan kerana buat cold brew dalam satu batch besar untuk sepanjang minggu/beberapa kali minum.
#1
1 cawan serbuk kopi
4 cawan air
Setelah direndam 12-24 jam, tapis dan simpan kopi di dalam jar atau botol bertutup. Pati kopi ini boleh bertahan sehingga hampir dua minggu tanpa rasa stale.
Apabila hendak bancuh kopi, boleh dilute kopi yang telah dibrew dengan air atau susu dan pemanis utk dapatkan bancuhan yang sesuai dengan cita rasa.
Wah.. New info. Selama ni tau minum je. Nice. Boleh cuba dengan kopi 434.
BalasPadamSilakan... silakan. Masa minum tu ingat akak tau hahah
Padamooo..baru tau. tq tq.. ingat kan brew coffee tu sama je cara penyediaannya but chilled. oooo
BalasPadamcold bru ni makan masa sedikit nak buat Ayu, tetapi hasil akhirnya memang marvelous!
Padamfaham.
BalasPadamtq for sharing, farrah.
ilmu baru.
coffee ni all time favourite abah aida.
but now, abah tak boleh dah num kopi o.
masalah prostat. org tua, mcm2 alahan baru muncul.
Oh ye ke... kena berpantang kopilah ye. Mudah-mudahan abah Aida kembali sihat sepenuhnya.
PadamFaham faham..kena ambil masa larutan kopi nak larut dalam air sejuk. Memang kena prepare awal lah kalau nak minum kopi cold brew. huhu...
BalasPadamMenarik gak coffee maker untuk cold brew tu dah siap penapis.
Terima kasih share kak Farrah :)
Menarik, kan? Akak pun tengah aim je jug cold brew tu. Tetapi sebab nak beli benda kopi yang lain, yang ini tangguh dulu.
Padambaru nampak kat tiktok day before..ammi masa tu mcm ehhhh masak ke kopi tu pakai air sejuk pastu orang tu letak dalam fridge..sok pagi baru jadikan minuman.
BalasPadamsedap rupanya ye...ammi nak cuba gaklah
Selamat mencuba, Ammi. Memang ada beza rasanya kopi yang guna air panas dengan kopi yang guna air sejuk.
PadamUwhh baru tahu ada beza. Selama ni tahu minum je 🤣🤣 patutla simpan kopi dlm peti ais lg sedap
BalasPadamHehehe betul tu :)
Padamkena sabar bebetul ini.. tapi demi kopi, boleh dicuba.. hehehe
BalasPadamYes, demi kopi hahaha
PadamTumpang tanya boleh sis? Kan kita simpan kopi ni dalam 12-24 jam, slepas dari tu berapa lama pula dia boleh bertahan? Ada kemungkinan rosak atau basi atau rasa bertukar?
BalasPadamBiasanya cold brew coffee boleh bertahan dalam 7-10 hari disimpan di dalam peti sejuk. Insya-Allah, tidak rosak dan rasa stale kopi tu tiada.
PadamSampai dua minggu pun boleh. Tetapi, lazimnya bagi yang gemar minum kopi… cold brew coffee tu tak sempat sampai seminggu dah habis 😊
PadamIni antara kelebihan cold brew, kopi lambat stale.