Kerepek Ngaku yang Rangup dan Sedap, Tak Henti Mengunyah

Rabu, Januari 12, 2022

Tahun ini hendak buat sendiri kerepek ngaku banyak-banyak! Biar puas makan. Itulah hasrat saya setelah beberapa tahun tidak berpeluang makan kerepek ngaku. Kerepek ngaku ni mudah sahaja cara membuatnya. Tetapi, hendak dapatkan ngaku itu yang sukar. 

Ngaku, tangku atau turut dikenali sebahai China arrowhead ni kira buah bermusim. Setahun sekali je jumpa. Waktu raya Cina beginilah.

Semalam pergi beli barang dapur, berkobar-kobar semangat ingin beli ngaku. Malangnya tiada rezeki. Jangankan buahnya, tonjet (tangkai) ngaku pun tak nampak bayang! Bagi yang kurang jelas bagaimana rupa buah ngaku, ini saya kongsi gambar lama.


Ngaku | Tangku | China Arrowhead 

Terbantut hasrat nak buat kerepek ngaku. Ni tengah survey, nampak kat Tesco Online ada stok lagi. Kalau ada rezeki, dapatlah saya teruskan projek ngaku. Jika tidak, cari jelah yang dah siap di Shopee atau Lazada nanti.


Cara Mudah Buat Kerepek Ngaku

Sudah alang-alang sembang tentang kerepek ngaku, saya kongsi semula resepi kerepek ngaku di bawah. Mana tahu ada antara kalian yang hendak cuba buat. 

Resepi Kerepek Ngaku (Arrowhead Chips)

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Ngaku
  • Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng

*Pemarut - Yang ini penting, kita perlukan pemarut tajam yang matanya kecil supaya boleh parut ngaku menjadi hirisan-hirisan nipis.

Langkah-langkah Penyediaan:

  1. Kupas kulit ngaku tetapi jangan buang tangkainya. Ini untuk memudahkan kita memarut ngaku dengan memegang pada bahagian tangkai. Kemudian, cuci sehingga bersih dan biarkan kering.
  2. Parut ngaku menjadi hirisan kecil dan nipis. Proses ini penting. Kalau tebal hirisan ngaku nanti kerepeknya tak rangup. Setelah itu, gaulkan dengan sedikit garam agar hirisan-hirisan ngaku tidak melekat antara satu sama lain. Bagi yang sudah mahir, boleh sahaja parut ngaku terus ke dalam kuali apabila minyak sudah panas. Saya jenis cepat gelabah 😂.
  3. Panaskan minyak masak di dalam kuali.
  4. Seterusnya, masukkan hirisan-hirisan ngaku ke dalam kuali. Pastikan hirisan-hirisan tidak bertindan antara satu sama lain. Terbalik-terbalikkan apabila perlu. 
  5. Angkat dan tuskan apabila kerepek ngaku bertukar warna menjadi kekuning-kuningan. Taburkan sedikit garam. Gaul sekata.
  6. Sejukkan seketika dan masukkan dalam balang kedap udara. 


Tips Dapatkan Kerepek Ngaku Rangup

Di bawah ini pula ada beberapa tips yang boleh dipraktikkan agar kerepek ngaku yang digoreng rangup dan sedap dimakan.

  • Pastikan ngaku dihiris nipis. Gunakan pemarut atau mandoline slicer yang sesuai. Jika hirisan ngaku agak tebal, kerepek ngaku memang tidak akan jadi rangup.
  • Gunakan minyak yang banyak untuk menggoreng. Seeloknya pakai kuali besar dengan minyak yang banyak. Konsepnya sama macam kita goreng kerepek ubi atau kerepek pisang.
Jika guna minyak sedikit, tidak dapatlah kita goreng banyak hirisan ngaku sekali gus. Kalau terlalu banyak atau sesak, nanti ada yang jatuh mendap ke bawah kuali, ada yang bertindan-tindan dan gorengan jadi tidak sekata.
  • Angkat gorengan, tuskan minyak lebihan dengan penapis atau tisu dapur. Apabila kerepek dah betul-betul kering, barulah digaramkan.

Insya-Allah, kerepek ngaku kalian akan rangup, sedap dimakan, tak berhenti mengunyah selagi ngaku tak habis. 😊

Kerepek ngaku idaman kalbu


Maaf, mampu kongsi gambar lama je buat masa ni. Moga ada peluang saya buat kerepek ngaku nanti.



27 ulasan

  1. cam sedap kerepak ngaku ni... boleh ralit makan tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap, Kak Shiela. Sekali makan memang susah nak berhenti :)

      Padam
  2. Tak pernah makan. Tapi selalu tengok time CNY berebut rebut orang beli ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul... kalau kat pasar raya tu diorang kerumun ngaku macam kerumun apa je :D

      Padam
  3. fav kepek ngarku ni...lama nya tk buat..ralit ngunyah ni kalau ada dpn mata

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang kalau dah mula makan, susah nak berhenti.

      Padam
  4. harap kak Farrah berpeluang menikmati keropok Ngaku CNY tahun ni. Aminnn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aaamiiinnnnn! Mana tahu berkat doa Sal, merasalah akak makan kerepek ngaku nanti :)

      Padam
  5. Sedap ni. Tak sempat penuh botol dah licin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang betul, Cici. Yang masuk mulut lagi banyak daripada yang masuk botol haha

      Padam
  6. tak pernah dengar buah ni. teringin juga nak cuba rasa kerepek dia..

    BalasPadam
  7. ok dah tiba masa ngaku ni muncul hahaha...
    ni mau berbotol2 klu kita makan :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah masalah utama yang sukar dibendung kahkah

      Padam
  8. Dah lama teringin buat tapi jarang jumpa ngaku ni. Biasa nampak di Tesco je lah banyak kan. Sedap tu makan rangup rangup.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang kat Tesco selalu berkotak-kotak tapi agak mahal sikit berbanding tempat lain. Itulah, Fiza ... akak jadi teringin bebenor nak makan kerepek ngaku tahun ni :)

      Padam
  9. Memang sedapkan kerepek ngaku ni Farrah. Nak buat tu kena bercintalah pulak ahahaa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaah betul, kak. Nak buat tu memang kena bercinta sikit. Lebih sedih kisah cinta kalau yang buat tu kita seorang, yang tukang mengunyah tu ramai :D

      Padam
  10. aida x pernah buat sendiri.
    ngaku pun x pernah jumpa depan mata (maybe tak kenal).
    but kerepek nya pernah merasa di rumah saudara.
    aida ni peminat kerepek, farrah.
    hulur la pe pon, krup krap dlm mulut ni :) hi hi hi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita, Aida. Apa jenis kerepek pun, laju je masuk mulut kan...

      Padam
  11. prnah dgr kerepek ngaku.. tp xprnah mkn..
    mesti sedap! ralit kalo mkn kerepek.. sedar2 abs 1 balang.. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap lemak-lemak gitu. Betul, bab-bab kerepek ni kan... kita ralit makan tak sedar bila balang kosong hahaha

      Padam
  12. Mungkin pernah makan, tapi tak tau nama.. haha.. kerepek2 ni mmg bahaya. Buat kita mengunyah tak berenti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Memang sulit sangat nak berhenti hahaha

      Padam
  13. Pernah buat tapi sekarang ini tak berapa rajin.. kikiki..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.