Saya memang suka akan produk-produk Farm Fresh. Dari susu segar, susu kurma, susu coklat, yogurt, soya sehinggalah ke cafe latte. Selalu yang ada stok di rumah on regular basis ialah susu segar atau skinny low fat milk untuk buat kopi dan overnight oat. Yang lain tu, beli secara berkala, ikut selera apabila teringin je.
Cafe latte ni Cekengah yang beri. Dia beli satu kotak, separuh untuk rumah dia manakala selebihnya untuk saya dan Bott. Punyalah happy saya ada kopi sejuk beratur dalam peti ais! Waktu cuaca panas atau menjelang petang apabila badan dah mula lemau, minum cafe latte sejuk ini memang boleh terus celik mata. Saya suka sebab rasa kopinya kuat. Tidak ditenggelamkan oleh susu.
Lama juga stok cafe latte bertahan dalam peti sejuk. Pandai berjimatlah konon-kononnya. Lagipun, selalu saya minum kopi panas untuk mulakan hari. Tetapi, ada satu hari ni tekak teringin nak something sejuk dingin gitu. Buka peti sejuk nampak cafe latte ni terus grab. Ambil ais sedikit, letak dalam smoothie blender, tadaaaaaaaa! Jadilah ice blended cafe latte.
Inilah ice blended Farm Fresh cafe latte saya. Ya Allah, sedap betul lalu dekat tekak. Definitely a great quench thirster! Kali pertama buat, saya lebihkan ais, masuk susu low fat sedikit so rasa dua shot espresso tu dah tone down. Jadi lebih kepada latte ice blended. Percubaan seterusnya, saya letak serbuk koko dan kayu manis. Pun sedap juga! Senang cerita, pelbagaikan sahaja ikut cita rasa kita, cafe latte ini memang dap dap dap!Kena sangat dengan selera saya.
Nanti saya nak cuba buat dengan susu kurma Farm Fresh pulalah. Masa bulan puasa hari tu, saya buat kuih sagu untuk moreh. Instead of makan dengan santan atau susu sejat, saya makan dengan cafe latte. Yummyyyy! Nanti lain kalilah saya kongsi dalam entri lain.
Oh, lupa pula! Selamat menempuh fasa baharu PKPP. Alhamdulillah, kita sudah hampir ke garisan penamat dalam usaha memerangi wabak yang melanda ini. Saya harap kehidupan kalian semua bertambah baik sekarang ini. Apapun, jaga diri baik-baik ya!
Suka juga cafe latte Farm Fresh. Minum terus takde buat/tambah apa-apa.
BalasPadamMemang best kan?! Rasa kopinya kawwww!
PadamAssalamualaikum.. product farm fresh ni memang tidak menyecewakan. Saya dah rasa semua dah.. hehehhe. done follow #645
BalasPadamWaalaikumussalam. Memang range product Farm Fresh best2. Terima kasih sudi follow. Nanti saya datang balas kunjungan ye.
Padamassalamualaikum... hi everything! ;-) sihat ke tu? maaflah... baru laa ni dapat memunculkan diri. bukan sebab kuarantin tapi... err malaslah nak cakap hahaha... tak tau nak cakap apa. just harap lepas ni kita dapat bertegur sapa lagi macam dulu2... jgn lupa jenguk2 blog sy tu. sy dah bersihkan segala habuk dan sawang2 hahaha...see ya!
BalasPadamHi hi hi! Lama tak dengar berita Anies. Maaf saya ni pun tak sempat nak berblogging & blogwalking. Inshaa Allah, nantikan kunjungan saya ye 😘
PadamSedapnyaaa! Nani pun suka susu farm fresh ni, selalu beli banyak banyak buat stock dekat rumah.
BalasPadamMemang berbaloi utk dibuat stok!
PadamWah.. nice resepi..
BalasPadamSha kurang suka rasa cafe late farm fresh nie.. Nak cuba cara kak farah lah..
susu farm fresh sedap!
BalasPadamXsempat lagi try air ni. Wuu
BalasPadambrand ni mmg x dinafikan mmg 👍👍👍👍👍
BalasPadambest kan susu Farm Fresh.. tapi saya boleh minum
BalasPadamyogurt yang perisa buah. yang kurma paling xleh telan..