Khamis, Mac 24, 2022

L’ Artiste de Monin untuk Conteng Kopi

Hari ini tengah leka menonton televisyen sambil buat kad, tiba-tiba Bott masuk beri bungkusan yang baru sampai. Akhirnya, barang yang saya tunggu-tunggu tiba. Produk kopi Monin.


L’ Artiste de Monin, Sirap untuk Conteng Kopi

Monin Flavoured Sauce

Alhamdulillah, senyum lebar saya apabila dua botol L’ Artiste de Monin selamat sampai ke tangan. Ini barang terakhir yang saya pesan untuk projek bar kopi. 

Ada apa dengan projek bar kopi? Sebenarnya, beberapa orang teman saya gunakan premis saya sebagai lokasi sementara untuk tugasan mereka. Adalah dalam dua tiga bulan. Memandangkan saya tidak dapat selalu ulang-alik menjengah mereka di sana, saya bercadang hendak sediakan hot drinks station, ala ala macam bar kopi.

Sambil-sambil brainstorming buat kerja, bolehlah mereka berehat sekejap minum kopi atau teh. Terubatlah sedikit rasa penat. Dapat recharge tenaga. 


L'Artiste de Monin ini untuk cantikkan kopi. Ala ala kita buat latte art. Tapi bukan goyang-goyang susu tu. Ini kita guna sos berperasa untuk hasilkan corak cantik di atas kopi.

Saya beli dua botol. Ini pautan Shopee untuk kedua-duanya.


Sebelum ini memang biasa beli jenama ni. MoDi rumah, saya hanya ada yang Cacao. Ingat lagi kopi labu saya? 

Kopi labu untuk cuaca dingin

Haa... kita nak conteng-conteng atas kopi macam nilah. Tetapi, contengan saya di atas tidak boleh ambil kira. Tiada nilai seni langsung! Masa buat kopi ni, belum sempat ambil gambar saya pergi jawab panggilan telefon pula. Itu yang tenggelam timbul jadi coraknya. 😂

Picit sos ke atas permukaan kopi, kemudian dengan menggunakan lidi, tarik garis sos yang dibuat untuk mendapatkan corak. 

Menarik tak? Jika berminat dengan L’ Artiste de Monin ini untuk conteng-conteng kopi kalian, boleh cuba dapatkan di kedai rasmi Monin di Shopee. Ada pelbagai produk untuk penggemar kopi nikmati kopi yang lebih berperisa. 

25 ulasan:

  1. Wah cantiknya, seronok kan minum kopi cantik, nak try la dengan sos hershey yang ada tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, guna sos Hershey tu pun boleh... selamat menconteng kopi!

      Padam
  2. tak pernah lagi minum kopi bercorak corak gini...lagipun jenis manusia yang tak minat seni... hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe saya pun tak rajin buat corak kopi, MY. Sekali-sekala je...

      Padam
  3. coffe lover jugak ya.. KA maintain dengan kopi biji dari Tukang Kopi dan hand grinder.. sesekali guna french press dan tak kurang juga guna mokapot. Bergantung kepada selera.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, geng coffee lover di sini! Saya prefer mokapot. Cuma sesekali apabila nak feeling lebih sedikit saya guna siphon, nak rasa old school guna phin :)

      Padam
  4. ada kosong lagi tak workstation tu? nak tumpang gak lah. cawan saya bawak sendiri. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe tak payah risau nak bawak cawan sendiri bagai ...meh datang sini akak belanja kopi! Tapi Sal kurang minum kopi kan... I belanja you hot chocolate atau tea lah.

      Padam
    2. minum juga kopi, cuma jangan strong sangat sampai bikin kepala pening. hehe

      Padam
  5. Kira kreatif juga lah tu boleh buat bentuk macam tu. Kalau saya mungkin buat bentu bulantan je kot haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau boleh buat bulatan dah half way dah tu, dik! Tinggal guna lidi untuk buat corak :)

      Padam
  6. cantik dah tu hehe. kita lagi lah, bukan berseni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahah setakat nak minum sendiri bolehlah, Nurin. Kalau akak jadi barista, mahu kena kecam :)

      Padam
  7. cantik jugak dh tu farah.. bestnya lepak bila tuan rumah serve mcm ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe tuan rumah berharap kopi dan teh dapat hilangkan lelah mereka yang bekerja :)

      Padam
  8. Menarik ni kak Farrah. Bersemangat nak minum kopi ada art cantik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap mereka nanti semangatlah buat kerja yang pening-pening kepala sambil minum kopi cantik :)

      Padam
  9. WOW Bestnya boleh conteng kopi sendiri. menarik ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekali sekala conteng kopi apa salahnya kan...

      Padam
  10. Kena belajar melukis dulu nampaknya ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita conteng-conteng aje, lepas tu kita lidi-lidikan :D

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.