Makarun Kelapa Makan Ulang-ulang

Jumaat, Mac 25, 2022

Assalamualaikum.

Ada tidak dalam kalangan kalian yang suka makan makarun kelapa (coconut macaroons)? Dua bahan asas makarun kelapa ialah putih telur dan kelapa parut. Saya sebenarnya suka sangat rasa makarun ini berbanding makarun berwarna-warni yang ada inti manis di tengah-tengah tu. 

Hendak membuatnya pun tidaklah sesukar mana cuma setiap kali teringin hendak makan makarun kelapa, mesti stok kelapa kering tiada di rumah. Maka, kerap tertangguhlah hasrat itu.

Ini makarun kelapa saya.

Makarun kelapa

Bagi yang suka menikmati hidangan berasaskan kelapa, tidak kiralah kek, biskut atau coklat... makarun kelapa pasti akan jadi kegemaran kalian. Bahagian luar yang rangup dengan warna perang keemasan bergabung pula dengan tekstur lembut, kenyal-kenyal sedikit dengan rasa lemak manis di bahagian dalam, makarun ini sesuai dijadikan pencuci mulut atau snek ringan untuk dinikmati bersama secawan air panas.

Lazimnya apabila membakar makarun, saya memang sengaja lebihkan sedikit masa membakar biar tekstur luarnya jadi lebih garing.


Resepi Mudah Makarun Kelapa 

Makarun kelapa ini paling mudah disediakan kerana menggunakan hanya sedikit bahan. Jika sudah berjaya menghasilkan makarun menggunakan resepi asas ini, bolehlah kalian bereksperimen dengan menambah bahan-bahan lain.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 175 - 200 gm gula halus. Sesuaikan kemanisan ikut cita rasa kalian. Resepi asal guna 200 gm gula halus. Agak manis bagi saya.
  • 175 gm kelapa parut kering (dessicated coconut)
  • 25 gm tepung gandum
  • 4 biji putih telur

Biasanya saya memang hanya guna empat bahan di atas. Saya tidak letak sebarang perasa tambahan atau esen kerana bagi saya kelapa parut kering yang digunakan sudah cukup wangi.  Kelapa parut kering (dessicated coconut) ini boleh dibeli di kedai yang menjual bahan buat kek. Hendak guna kelapa parut segar pun boleh. Tiada masalah. Tetapi kelapanya perlu disangai sedikit supaya jadi kering. 

Bagi yang tidak tahan dengan bau hanyir telur, bolehlah masukkan 1 sudu teh esen vanila.


Langkah-langkah penyediaan:

  1. Pukul putih telur sehingga kembang. Pastikan telur putih tidak bercampur langsung walau sedikit dengan telur kuning. Bekas yang digunakan juga perlu betul-betul bersih. Jangan ada kesan minyak atau kotoran lain. Ini untuk memastikan adunan meringue kita dapat dihasilkan dengan jayanya.
  2. Kemudian, masukkan gula sedikit demi sedikit secara berperingkat, pukul lagi sehingga menjadi putih berkrim, tekturnya gebu, sedikit kental dan apabila kita cuit dengan jari, adunannya kelihatan bertanduk. Istilah yang biasa digunakan ialah 'soft peak'. 
  3. Masukkan tepung dan kelapa kering. Gaul sekata sehingga adunan sebati.
  4. Bentukkan adunan dan susun di atas dulang pembakar.
  5. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu sekitar 170 - 180'C selama 15-18 minit. Suhu ketuhar pembakar dan masa membakar bergantung kepada jenis ketuhar masing-masing. Apabila makarun berubah warna keperang-perangan, sudah boleh dikeluarkan. 

Resepi makarun kelapa di atas versi yang paling ringkas. Setelah keluar dari ketuhar pembakar, biarkan betul-betul sejuk di atas redai barulah boleh dinikmati. 

Selain itu, kita boleh tingkatkan lagi keenakannya dengan lelehan coklat gelap. Cairkan sedikit coklat gelap. Drizzle sedikit coklat gelap di atas makarun yang telah siap. Selain coklat gelap, boleh juga guna sos karamel atau kastard lemon.

Selamat mencuba!

Pstt! Minggu ini tidak sempat blogwalking. Insya-Allah, hujung minggu saya datang terjah ya. 😊



15 ulasan

  1. Serat kelapa lebih sedap tapi jarang ada di roti atau packed food, nak cuba jugala, geram baca garing tu hehe.. mesti sedap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat mencuba, babYpose. Garing-garing kelapa tu yang mahal... :)

      Padam
  2. Sedapnya. Tiba-tiba teringat biskut kelapa.

    BalasPadam
  3. Tak pernah dengan makarun kelapa. First time dengar. Tengok gambar macam ala ala ubi ketuk.hehe

    BalasPadam
  4. Bau lemak manis kelapa tu fuhhhh mesti mantap.

    BalasPadam
  5. saya tengok di channel TLC, macaroons ni macam susah je nak buat. saya tak pernah makan sebab kurang gemar makanan manis

    BalasPadam
  6. ooooo mcam menarik..tak pernah lagi makan

    BalasPadam
  7. makarun pun x mkn.. sbb manis.. hehehe
    tp makarun kelapa ni mmg rare
    mst wangi semerbak kn bila tgh dibakar

    BalasPadam
  8. p/s mana button new entry and older entry?

    BalasPadam
  9. Suka bau kelapa. Tak pernah makan macaroon sebab orang kata manis..

    BalasPadam
  10. Oh tak pernah dengar makarun kelapa. Boleh cuba nanti bila ada kesempatan

    BalasPadam
  11. Baru tahu ada makarun kelapa. Pertama kali tengok. Mesti sedap tekstur rangup diluar lembut didalam. Kalau ada depan mata boleh cuba. Nak cuba buat kena tunggu kerajinan sampai. hehehe..thanks share resipinya :)

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.