Kopi kopi | Kurma | Kekupo

Selasa, Mac 29, 2022

Assalamualaikum.

Kita sudah berada dalam minggu terakhir Syaaban. Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita bersua dengan Ramadan. Tidak sabar hendak menyambut kedatangan tetamu istimewa ini.

Kopi dan Jurnal Tema Kopi

#coffeelove

Pagi Ahad, sesudah sarapan sempatlah saya mengemas rumah sedikit termasuk bilik kraf. Bahan-bahan untuk buat kad ucapan buatan tangan sudah mula sampai. Jadi, kenalah susun elok-elok supaya nanti tidak kelam-kabut apabila buat kad. Alhamdulillah, tahun ini saya banyak dapat tempahan kad hari raya handmade secara pukal. Beberapa orang kawan saya yang berniaga kuih raya dan hamper tempah kad raya untuk diletakkan pada produk mereka.

Selesai mengemas, luangkan masa sebentar untuk buat jurnal. Spread jurnal saya tema kopi. Kebetulan jumpa gambar kole kopi cantik dalam koleksi bahan junk journal saya. Makanya, buatlah tema kopi. Ada dapat bau sampai sana tak? 😂


Projek Kurma dan Kerepek Kulit Popia untuk Ramadan

Tahun ini saya dan Bott memang sudah niat dari awal hendak buat Pek Ramadan, small gifts untuk beri pada jiran terdekat sempena menyambut Ramadan. Meskipun dah jarang berjumpa atau terserempak sebab sekarang hanya tiga empat hari sahaja saya di rumah, mereka rajin tanya khabar. Bila tahu saya sibuk buat kerja terjemahan atau kejar deadline, diam-diam hantar makanan sangkut di pagar.

Rasa dah rancang sehabis baik … pesan kurma, buah-buahan kering, sambal, bekas dan balang kecil. Saya jangka, kalau barang yang dipesan lambat sampai sekali pun, masih sempat lagi kami bungkus elok-elok dan edarkan sebelum puasa.

Tetapi, saya terlepas pandang yang ada beberapa orang yang saya perlu beri Pek Ramadan tu selewat-lewatnya pada hari Ahad juga. For some reasons, saya memang tidak akan bersua dengan mereka lagi sehinggalah selepas raya nanti.

Semasa tengah-tengah buat jurnal tu baru tersedar  tentang hal ini. Mulalah gelabah. Barang tak cukup lagi! Mujur kurma ada yang dah sampai. Bott saran buat kerepek kulit popia (kekupo) sebab bahan-bahan semua ada. Bolehlah sebagai ganti sambal dan buah-buahan kering yang masih dalam perjalanan. 😅

Resepi Kekupo boleh lihat di sini.

Kurma, kurma dengan badam dan kekupo 😊

Alhamdulillah, berjaya juga siapkan beberapa Pek Ramadan segera kami. Tak sempat buat kad atau cetak pelekat cantik... semua main capai apa yang sempat je.

Baki kekupo untuk saya kunyah-kunyah.


Hari ni tengah tunggu dua penghantaran terakhir. Lepas ni bolehlah mula buat Pek Ramadan yang proper seperti dirancang. 😊

Bagaimanakah persiapan Ramadan kalian setakat ini? Harap semuanya berjalan lancar.



*Sedang blogwalking perlahan-lahan. Tungguuu… insya-Allah saya akan sampai juga ke rumah kalian.





8 ulasan

  1. Wah cantik jurnal tema kopi, suka pek ramadhan tu, tu ada bersticker salam ramadhan kata takda cetak pelekat cantik hehe saya buat persiapan sikit2, dekat nak siap .. rasa nak tambah salam ramadhan juga.. lariks.. hehe..

    BalasPadam
  2. Kurang seminggu dah nak puasa. MasyaAllah. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  3. Cantiknya jurnal kopi Farrah tu...
    Akk pun masih belum siapkan pek Ramadhan, sehari dua ni Insha Allah.
    Anyway, Ramadhan Kareem to you & your family, in advance :)

    BalasPadam
  4. Cantiknya jurnal kopi tu.. berapa hari je lagi nak puasa.. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan ..

    BalasPadam
  5. kekupo nampak sedap. kalau dapat kat saya, belum mula Ramadan dah habis.saya baca entry ni sambil minum kopi Hazelnut ais di petang yang panas membahang. tema kopi jugak kan

    BalasPadam
  6. Wah journal kopi tu cantikk!

    BalasPadam
  7. Cantik tema kopi...aroma tu sampai sini dah..hehehe...Nasib baik cepat bertindak berfikir apa yang boleh diberikan. Mesti cantik pek Ramadhannnya nanti :)

    Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa kak Farrah & family.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.