Lagi satu, semasa proses menggulung, kulit popia yang belum diproses hendaklah sentiasa ditutup dengan kain lembap supaya tidak kering. Jika kering, dikhuatiri kulit popia mudah pecah dan sukar digulung.
Setelah siap digulung, potong serong kulit popia menjadi keratan-keratan kecil. Kemudian, goreng menggunakan kaedah goreng jeluk (deep fry) sehingga kulit popia bertukar warna kekuningan. Angkat dan tuskan minyak. Ulang proses menggoreng sehingga habis. Biarkan sehingga kulit popia sejuk.
Proses paling seronok - perasakan kulit popia.
Perasa keju
Saya paling teringin buat perasa keju. Serbuk keju yang saya ada, tak pasti jenama apa tapi jenis yang boleh dibancuh jadi sos keju tu. Guna jelah. Campurkan semua bahan dan gaul dengan kulit popia yang telah digoreng sehingga sekata.
Biasa
- 8 sudu besar serbuk keju
- 4 sudu besar gula halus
Pedas
- 8 sudu besar serbuk keju
- 1 - 2 sudu besar serbuk cili
- 4 sudu besar gula halus
Ini anggaran kasar untuk 1 bungkus kulit popia. Sukatan serbuk keju, serbuk cili dan gula boleh diubah suai ikut cita rasa. Macam saya, saya kurangkan gula. Saya cuma guna 2 sudu besar sahaja. Biar masin keju tu lebih ketara.
Perasa Nestum
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 3/4 - 1 cawan Nestum
- 1/2 cawan Horlicks. Jika tiada, boleh gantikan dengan susu tepung. Kalau rasa Horlicks mahal dibazirkan buat kekupo, boleh cuba minuman malt in-house brand Tesco (sekarang dah jadi Lotuss). Macam Horlicks juga rasanya dengan harga yang lebih murah. 😉
- 1/2 cawan gula halus
Kisar Nestum sehingga halus dan campurkan dengan bahan lain. Gaulkan dengan kulit popia yang telah digoreng. Saya suka lebihkan Nestum. Apa yang saya buat, saya akan kisar 3/4 cawan nestum dengan bahan-bahan lain. Kemudian, 1/4 lagi saya campurkan terus tanpa perlu kisar. Extra serpihan-serpihan Nestum tu yang buat lagi syiokkk!
Maaf, gambar kekupo Nestum saya dah ambil, tapi cari punya cari tak jumpa. Mana entah hilangnya!
Perasa Oreo
Ini paling mudah. Gunakan serbuk Oreo kisar secukupnya mengikut cita rasa. Serbuk Oreo kisar ni boleh cari di kedai yang menjual peralatan bakeri dan kek. Budak-budak sukalah manis-manis berkrim begini. Saya kurang gemar perasa ni. Jika diberi pilihan, saya lebih suka keju dan Nestum.
Macam-macam perasa lagi boleh kita buat untuk kerepek kulit popia ni. Boleh buat salted egg, kari, sira pedas dan BBQ. Nanti ada kesempatan saya hendak cuba buat kerepek kulit popia bersira pedas. Ala-ala macam kerepek ubi pedas tu.
Ada sesetengah orang akan sangai dahulu serbuk keju, Nestum dan susu tepung untuk dapatkan hasil yang lebih cantik. Saya tak buat. Terus gaul sahaja. Dah siap, nikmatilah kekupo dengan segirang-girangnya!
Pstt! Dua tiga minggu ni saya sibuk uruskan kelas online untuk anak-anak didik saya. Bersilat dah macam-macam gaya ni. Nanti, dah lega sedikit, saya blogwalking ke blog kalian ya. 😘
tak pernah lagi rasa oreo punya
BalasPadamKalau Atie penggemar Oreo, mungkin akan suka perasa ini 😊
PadamOh saya kalau panas duduk dalam bilik tidur lepas itu sedar-sedar tidur :)
BalasPadamOh nama kekupo.
Bestnya! Saya kalau panas tak boleh tidur. Jadi rengsa hahahah
PadamKekupo tu kita pendekkan 😂
Kenapalah takde kulit popia dlm peti ais akk :p
BalasPadamMana tahu dua tiga hari lagi tiba2 ada 😊
Padamselamat hari raya...tggu sy dtg ya nak ngap kuih ni hahahhaa
BalasPadamRaya kena buat batch baru. Sekarang dah tinggal balang kosong je...
Padamsampai ati.... x jd laa dtg raya ;-)
Padamsedap..pernah makan yg perisa nestum..yg keju & oreo tk pernah rasa..
BalasPadamNanti boleh cuba keju dan oreo pula kak 😊
Padameh eh eh sedap jugak nama dia kekupo! hok pedas ke hok manis ke memang sekejap je boleh habis hehehe
BalasPadamMemang tak sempat survive lama kekupo ni hahahah
Padamkekupo eh.. comel la hehehe
BalasPadamHahaha boleh buat nama glamour 😊
Padamoh wow! used to made this when i was a kid! we just pour icing sugar over it. time to try with nestum! thanks for sharing!
BalasPadamI hope you’ll enjoy the Nestum version 😊
Padambiasa guna nestum je..nak cuba la pulak perisa keju..thanks! yeayyy project weekend
BalasPadamYeayyy! Mari berkekupo hujung minggu ni!
Padammusim raya mesti nampak org jual. nanti nk beli
BalasPadamMasuk list siap2 ye 😊
Padamraya tak boleh makan akak tgh pantang. hehe
Padamsementara ni nk rasmikan dulu
next , nak buat cmniii laaa. selalu buat popia sayur jaa.. balance kulit tuu nak buat ni pulak.hehe
BalasPadamKudapan orang rajin ni. Saya pun suka perasa Nestum. Makan sorang-sorang pun boleh habis sebalang.
BalasPadamCuaca sekarang panas betul kan. Lain pulak dengan saya, kalau panas saya malas nak masuk dapur berpanasan. Hihi..sedapnya popia buat kudapan.
BalasPadamMacam mana la rasa yang orea tu. Naniey beli kulit popia dah lama tapi tak terbuat lagi. Kononnya nak buat popia seaweed..
BalasPadamkalo kunyah2 ni..mmg ralit..lama tk mkn
BalasPadamAdoi hai.. dalam sebok-sebok tu sempat lagi akak mengerjakan kulit popia.. ohsem..
BalasPadamNak membuatnya bercinta, sekali hadap hilang dia.. kan kak..