Khamis, September 23, 2021

Kerepek Kulit Popia

Dua tiga hari ini, cuaca di kawasan saya punyalah terik. Lain macam bahangnya. Saya pula, apabila dah kepanasan, mula jadi serba tidak kena. Bila panas je, lapar. Bila panas je, tahu-tahu dah sampai dapur. Sedar-sedar dah selongkar peti ais. Mulut ni kan ...  rasa macam nak mengunyah je!

Dalam freezer ada kulit popia, makanya muncullah 'mentol kuning terang menyala di atas kepala'. Tengok barang kering dekat pantri, serbuk keju ada, Horlicks, serbuk Oreo dan Nestum pun ada. Boleh buat 'kekupo' (baca: kerepek kulit popia) beberapa perasa ni.

Proses pertama, keluarkan pek kulit popia dan biarkan berada pada suhu bilik sehinggalah kulit popia tidak lagi beku. Ini untuk memudahkan proses menggulung kulit popia.

Beginilah rupa kekupo keju saya. Ini perasa keju biasa (tak pedas.)
Proses kedua merupakan yang paling renyah buat saya. Bab menggulung! Rasa macam tak habis-habis pula kulit popia ni. Padahal sebungkus je pun. Sebungkus lagi Bott tak tahan dengar mulut saya dok zikir penat... sakit pinggang... apasal tak habis-habis kulit popia ni... dia sambung gulung. Sekejap je siap! πŸ˜‚Nak senang, gulung pakai penyedut minuman atau penyepit makanan (chopsticks) dan di hujung gulungan, letakkan sedikit sapuan air yang telah dibancuh dengan sedikit tepung. Kita nak kasi kulit popia tu melekat cantik. Tak adalah gulungannya terburai saat menggoreng.

Lagi satu, semasa proses menggulung, kulit popia yang belum diproses hendaklah sentiasa ditutup dengan kain lembap supaya tidak kering. Jika kering, dikhuatiri kulit popia mudah pecah dan sukar digulung.

Setelah siap digulung, potong serong kulit popia menjadi keratan-keratan kecil. Kemudian, goreng menggunakan kaedah goreng jeluk (deep fry) sehingga kulit popia bertukar warna kekuningan. Angkat dan tuskan minyak. Ulang proses menggoreng sehingga habis. Biarkan sehingga kulit popia sejuk.

Proses paling seronok - perasakan kulit popia. 

Perasa keju

Saya paling teringin buat perasa keju. Serbuk keju yang saya ada, tak pasti jenama apa tapi  jenis yang boleh dibancuh jadi sos keju tu. Guna jelah. Campurkan semua bahan dan gaul dengan kulit popia yang telah digoreng sehingga sekata.

Biasa

  • 8 sudu besar serbuk keju
  • 4 sudu besar gula halus


Pedas

  • 8 sudu besar serbuk keju
  • 1 - 2 sudu besar serbuk cili
  • 4 sudu besar gula halus


Ini anggaran kasar untuk 1 bungkus kulit popia. Sukatan serbuk keju, serbuk cili dan gula boleh diubah suai ikut cita rasa. Macam saya, saya kurangkan gula. Saya cuma guna 2 sudu besar sahaja. Biar masin keju tu lebih ketara.


Perasa Nestum

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 3/4 - 1 cawan Nestum
  • 1/2 cawan Horlicks. Jika tiada, boleh gantikan dengan susu tepung. Kalau rasa Horlicks mahal dibazirkan buat kekupo, boleh cuba minuman malt in-house brand Tesco (sekarang dah jadi Lotuss). Macam Horlicks juga rasanya dengan harga yang lebih murah. πŸ˜‰
  • 1/2 cawan gula halus


Kisar Nestum sehingga halus dan campurkan dengan bahan lain. Gaulkan dengan kulit popia yang telah digoreng. Saya suka lebihkan Nestum. Apa yang saya buat, saya akan kisar 3/4 cawan nestum dengan bahan-bahan lain. Kemudian, 1/4 lagi saya campurkan terus tanpa perlu kisar. Extra serpihan-serpihan Nestum tu yang buat lagi syiokkk!

Maaf, gambar kekupo Nestum saya dah ambil, tapi cari punya cari tak jumpa. Mana entah hilangnya!


Perasa Oreo 

Ini paling mudah. Gunakan serbuk Oreo kisar secukupnya mengikut cita rasa. Serbuk Oreo kisar ni boleh cari di kedai yang menjual peralatan bakeri dan kek. Budak-budak sukalah manis-manis berkrim begini. Saya kurang gemar perasa ni. Jika diberi pilihan, saya lebih suka keju dan Nestum.


Macam-macam perasa lagi boleh kita buat untuk kerepek kulit popia ni. Boleh buat salted egg, kari, sira pedas dan BBQ. Nanti ada kesempatan saya hendak cuba buat kerepek kulit popia bersira pedas. Ala-ala macam kerepek ubi pedas tu. 

Ada sesetengah orang akan sangai dahulu serbuk keju, Nestum dan susu tepung untuk dapatkan hasil yang lebih cantik. Saya tak buat. Terus gaul sahaja. Dah siap, nikmatilah kekupo dengan segirang-girangnya!


Pstt! Dua tiga minggu ni saya sibuk uruskan kelas online untuk anak-anak didik saya. Bersilat dah macam-macam gaya ni. Nanti, dah lega sedikit, saya blogwalking ke blog kalian ya. 😘


28 ulasan:

  1. Balasan
    1. Kalau Atie penggemar Oreo, mungkin akan suka perasa ini 😊

      Padam
  2. Oh saya kalau panas duduk dalam bilik tidur lepas itu sedar-sedar tidur :)
    Oh nama kekupo.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bestnya! Saya kalau panas tak boleh tidur. Jadi rengsa hahahah
      Kekupo tu kita pendekkan πŸ˜‚

      Padam
  3. Kenapalah takde kulit popia dlm peti ais akk :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana tahu dua tiga hari lagi tiba2 ada 😊

      Padam
  4. selamat hari raya...tggu sy dtg ya nak ngap kuih ni hahahhaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Raya kena buat batch baru. Sekarang dah tinggal balang kosong je...

      Padam
    2. sampai ati.... x jd laa dtg raya ;-)

      Padam
  5. sedap..pernah makan yg perisa nestum..yg keju & oreo tk pernah rasa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti boleh cuba keju dan oreo pula kak 😊

      Padam
  6. eh eh eh sedap jugak nama dia kekupo! hok pedas ke hok manis ke memang sekejap je boleh habis hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang tak sempat survive lama kekupo ni hahahah

      Padam
  7. oh wow! used to made this when i was a kid! we just pour icing sugar over it. time to try with nestum! thanks for sharing!

    BalasPadam
    Balasan
    1. I hope you’ll enjoy the Nestum version 😊

      Padam
  8. biasa guna nestum je..nak cuba la pulak perisa keju..thanks! yeayyy project weekend

    BalasPadam
  9. musim raya mesti nampak org jual. nanti nk beli

    BalasPadam
    Balasan
    1. raya tak boleh makan akak tgh pantang. hehe
      sementara ni nk rasmikan dulu

      Padam
  10. next , nak buat cmniii laaa. selalu buat popia sayur jaa.. balance kulit tuu nak buat ni pulak.hehe

    BalasPadam
  11. Kudapan orang rajin ni. Saya pun suka perasa Nestum. Makan sorang-sorang pun boleh habis sebalang.

    BalasPadam
  12. Cuaca sekarang panas betul kan. Lain pulak dengan saya, kalau panas saya malas nak masuk dapur berpanasan. Hihi..sedapnya popia buat kudapan.

    BalasPadam
  13. Macam mana la rasa yang orea tu. Naniey beli kulit popia dah lama tapi tak terbuat lagi. Kononnya nak buat popia seaweed..

    BalasPadam
  14. kalo kunyah2 ni..mmg ralit..lama tk mkn

    BalasPadam
  15. Adoi hai.. dalam sebok-sebok tu sempat lagi akak mengerjakan kulit popia.. ohsem..
    Nak membuatnya bercinta, sekali hadap hilang dia.. kan kak..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.