Kelmarin, saya perlu ke klinik kesihatan buat ujian darah untuk periksa tahap hormon tiroid. Dalam perjalanan balik, Bott berhenti di bahu jalan. Terdapat banyak gerai orang berjaja di situ. Saya ingat dia hendak beli goreng-gorengan. Ada jugalah makanan untuk dikunyah-kunyah petang nanti.
Terpinga-pinga saya apabila dia masuk semula ke kereta dengan hanya satu plastik kecil di tangan. Saya ulang, satu plastik kecil di tangan. Di dalam plastik tu, ada beberapa ketul jeruk kundang kecut dan selebihnya air rendaman jeruk.
Itu sahaja? Alahai ... Bott ... Bott. Tetapi, bagus juga. Kalau dapat saya yang turun kereta, mahu penuh tempat duduk belakang dengan makanan-makanan belian gerak hati (impulse purchase) saya.
Lagipun, dah tua-tua ni, tak boleh sembarangan beli jeruk. Tekak dia sensitif. Kalau nak puas makan jeruk, kena cari Jeruk Pak Ali atau yang segar 'diimport' dari Pasar Chowrasta. Kalau tak, tak perlulah pertaruhkan keadaan tekak main redah je. Kita tak pasti dah berapa lama jeruk tu dalam stok penjual. Tak pasal-pasal batuk kong kong kong nanti.
Tahu tak Bott hendak buat apa? Dia nak lepas gian.
Dahulu masa kecil-kecil, setiap kali balik sekolah dia akan beli jeruk. Penjual jeruk tu masukkan sedikit ais dan air jeruk sekali. Siap letak straw. Tinggal srotttt minum dan menapaklah dia pulang ke rumah dengan gembira.
Jadi, itulah justifikasi Bott untuk beli hanya sejemput kecil jeruk dan dua tiga sudu airnya. Dia nak feeling-feeling gamit memori lama.
Gelas comel di atas itulah jeruk yang dibeli setelah ditambah sedikit ais dan air sejuk. Saya tumpang sekaki. Selalu kalau makan jeruk, air jeruknya saya tidak minum apatah lagi hendak letak dalam cawan dan tambah ais begini. Sedap! Tetapi, sekadar untuk lepas rasa teringin tu bolehlah. Tak boleh minum selalu. Tinggi kandungan gula dan garamnya tu.
Ada tak dalam kalangan kalian yang suka buat begini juga?
Rindu dia zaman dulu tu, menarik dan segar pula nampak. Air limau asam ko pernah :)
BalasPadammenarik..tak pernah minum..
BalasPadamKalau makan isinya sahaja ada tapi kalau diminum dengan ais air jeruk tu tak pernah lagi.
BalasPadamautomatik rs nk terbatuk.. bila sebut air jeruk.. haha
BalasPadamxpernah plak sy buat camni..
kalo mkn jeruk mmg jeruk je semata mata sy mkn.. hihi
Mengamit kenangan lama kan .pernah makan air jeruk ni , tapi lepas minum tekak tak selesa
BalasPadamMujarab, tekak sakit terus reda sembuh minum ni...
BalasPadamkecur liur saya tengok air ni. lama giler tak minum...
BalasPadamtak pernah buat begini lagi. unik juga. mesti rasa macam air asam boi
BalasPadamair jeruk
BalasPadamtak penah minum ni
jeruk mangga suka
Fuhh..jeruk kundang kecur air liur. Dulu zaman kecik ada gak makan jeruk kundang. Sekarang ni memang rasa sensitif sikit kalau jenis jeruk ada air ni. Tak mampu rasanya nak tambah air jeruk dalam air. Dapat bayangkan rasa masam tu. Lelaki, kalau beli tak macam kita. Hehe..kita kalau nampak macam macam itu nak ini nak.
BalasPadamdulu2 memang suka sangat makan jeruk tapi sekarang gigi sensitif betul dengan benda masam. tapi kalau musim buah mangga kat rumah habis petik buat jeruk..hehe
BalasPadamuitttt menggamit memori betulllll
BalasPadamdulu mmg suka air jeruk anggur hijau. perghhh masa tu x kenal lg hakikat potong kaki hahahaha