Sudah agak lama saya tidak bakar pastri atau biskut. Jadi, apabila ada kelapangan, terus masuk ke dapur lihat bahan-bahan apa yang ada. Saya putuskan untuk buat skon kacang walnat (walnut scones) sebab ada sepek kacang walnat yang lama tersimpan di dalam peti ais.
Saya hanya menggunakan resepi asas skon Inggeris dalam simpanan saya dan tambahkan walnat ke dalam adunan.
Resepi Skon Kacang Walnat
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 450g tepung gandum
- 5 sudu teh serbuk penaik. (Saya gunakan tepung gandum biasa, bukan tepung naik sendiri jadi memang agak banyak guna serbuk penaik.)
- 50g gula halus
- secubit garam
- 125g mentega sejuk yang dipotong kepada kiub kecil
- 1 biji telur Gred A
- 250g susu
- 100g kacang walnat yang telah dibakar selama 6-8 minit, disejukkan dan dicincang kasar. Jika mahu, tambah 20-30g kacang walnat lagi untuk diletakkan di atas permukaan skon.
Untuk sapuan di atas skon:
Telur yang dipukul sedikit dan dicampur dengan sedikit susu. Guna susu sahaja untuk glaze permukaan atas skon pun boleh kalau nak jimat telur. 😊
Langkah-langkah penyediaan:
- Masukkan tepung, serbuk penaik, gula halus, garam dan mentega sejuk ke dalam sebuah mangkuk.
- Dengan menggunakan hujung jari, ramas-ramaskan ketulan mentega dengan tepung sehingga menjadi serbuk kasar seakan-akan serbuk roti. Teknik ini dipanggil rubbing. Tidak perlu terlalu halus dan jika masih ada sedikit bahagian mentega yang berketul kecil juga tidak mengapa.
- Masakkan kacang walnat yang telah dicincang. Gaul sekata.
- Seterusnya, buat lubang di tengah-tengah campuran tepung dan mentega. Pukul telur dengan susu dan tuangkan ke dalam campuran tepung.
- Kaup balikkan adunan, uli sehingga membentuk doh yang tidak melekat di tangan atau jari. Tidak perlu uli terlalu lama. Cukyp sampai doh tidak melekat di jari. Jika melekat, tambahkan sedikit tepung lagi.
- Canai doh sehingga mendapat ketebalan kurang lebih 2.5 cm. Terap menggunakan acuan biskut berbentuk bulat. Jika tiada, boleh guna gelas.
- Susun di atas dulang pembakar. Sapukan sapuan telur dan susu untuk dapatkan warna coklat keemasan pada permukaan atas skon setelah dibakar. Letak sebiji kacang walnat di atas permukaan skon.
- Bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 15 - 20 minit. Pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu.
Selamat mencuba!
First time tahu scones ni masa tengok drama kampung people tu. kalau tak, tak tahu pun kewujudan scones ni Kak Farrah. Tak pernah makan. Mungkin boleh cuba buat nanti. Nampak sedap tu ada kekacang walnut.
BalasPadamRajinnya kak Farrah. teringat makan scones di Cameron Highland disapu jem strawberry. Nyumm..nak seketul
BalasPadamNampak sedap dan sudah tentu sedap..
BalasPadamResipi baru...tengok bahan2 dulu..mana tahu nak cuba
BalasPadamsedapnyaa :)
BalasPadamsedapnya scone! teringat cite kmpung people..
BalasPadamnsb baik kat tmpt sy ade jual scone.
dpt jgk merasa.. haha
sedap menu minum petang tu
BalasPadamsedapnya kak farrah..tq share resepinya :)
BalasPadampatut laa ada bau sedapppp lalu kt tingkap opis sy ni ;-)
BalasPadam