Nasi Dagang Grannies

Rabu, Disember 18, 2024

Nasi Dagang Grannies | Assalamualaikum. Biasanya, kalau hendak cari nasi dagang yang sedap, yang dapat dinikmati dengan puas hati, Nasi Dagang Grannies antara pilihan yang akan saya pertimbangkan.

Grannies | Nasi Dagang Terengganu Premium

Alhamdulillah. Setelah sekian lama tidak makan, baru-baru ini ada rezeki bersarapan dengan Nasi Dagang Grannies. Di Grannies ada tiga pilihan lauk untuk nasi dagang - ikan, ayam dan udang.

Saya punya di bawah ini yang biasa sahaja - nasi dan gulai ikan tongkol. Berbanding nasi kerabu (yang saya suka makan tukar-tukar pilihan lauk - ayam bakar, daging bakar, ayam percik, solok lada, telur masin, bawang putih jeruk… semua tulah), saya suka nasi dagang saya berlaukkan gulai atau kari ikan tongkol. Kalau lawan dengan lauk lain, saya rasa tak ngam. 😊

Nasi Dagang Ikan Grannies

Saya suka cara pembungkusan guna daun pisang begini. Buka je, semerbak aroma nasinya menerpa deria bau kita. Dari segi portion, just nice. Mengenyangkan, tetapi tidak terlalu banyak hingga boleh buat kita jelak. Yalah, nasi tekstur pulut begini andai makan banyak-banyak, boleh sebu perut dibuatnya. 

Nasinya lembut, wangi dan berasa. Kuah gulai pekat. Satu suapan lengkap dengan isi ikan, sedikit kuah dan hirisan acar, memang terangkat! Alhamdulillah, puas makan! Cuma saya tak puas makan acarnya. Tidak cukup untuk saya yang gemar ratah acar timun dan lobak. Dalam gambar tidak nampak kelibat hirisan lobak merah. Halus bebenor! Tersembunyi balik timun. 😊

Ada yang sudah pernah rasa Nasi Dagang Grannies? Sedap, kan? Atau kalian ada preference lain?

Selain nasi dagang,  Grannies turut terkenal dengan hidangan nasi minyak juga. Nasi minyak mereka saya belum pernah cuba lagi. Andai ada antara kalian yang teringin hendak nikmati nasi dagang autentik atau nasi minyak Grannies, dapatkan info lanjut di media sosial mereka.

Catat Ulasan

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.