Assalamualaikum. Hari ini cerita tentang kaserol susyi. Kemas pantri tempoh hari, saya jumpa lebihan beras susyi. Baiklah dimasak sebelum beras rosak. Saya pun intai-intai tengok bahan lain apa yang ada - tuna spread 1 tin, sepek kepingan seaweed, cuka susyi… wasabi dan mayones ada di dalam peti sejuk… okey boleh buat susyi! Lagipun mulut dan perut memang tengah ‘sunyi’. 😅
Disebabkan saya malas hendak gulung-gulung susyi, saya buat sushi casserole. Lebih mudah! Hendak panggil susyi himpit pun boleh. Nasi susyi yang telah dimasak, digaulkan rata dengan cuka susyi. Setelah itu, nasi tadi dimasukkan ke dalam bekas dalam keadaan panas-panas lalu dipadat-padatkan. Lebih kurang macam buat nasi himpit tu. 😊 Biarkan seketika sehingga nasi sejuk.
|
Lapisan mayones dan tuna spread. |
Proses seterusnya, saya ratakan sapuan mayones di atas permukaan susyi. Sapu rata-rata sesuai selera. Sesudah itu, letak lapisan tuna spread pula. Sedia untuk dimakan. 😊 Kalau rajin, potonglah kepada beberapa bahagian siap-siap. Macam saya, saya senduk pakai sudu je.
Selain tuna spread, macam-macam lagi toppings yang boleh diletakkan. Jagung, fillet ketam, hirisan sosej, seaweed yang telah diramas menjadi serpihan-serpihan kecil… semua terserah selera kita.
Kepingan Rumpai Laut Pelengkap Rasa
Sebenarnya, susyi himpit ini sedap sahaja dimakan tanpa kicap, wasabi dan seaweed. Sudah cukup rasa, cukup enak. Kebetulan, saya ada rumpai laut dalam pek yang siap dipotong kecil-kecil macam strips tu. Jadi, saya letakkan gumpalan kecil susyi ke atas kepingan rumpai laut, gulung sedikit, cicah dengan shoyu (kicap susyi yang telah dicampur dengan sedikit wasabi, suap masuk mulut! Nikmatnya!
|
Tidak sempat ambil gambar yang proper, selamat kena senduk! 😅 |
Alhamdulillah. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati. Hidangan susyi ni boleh jadi menu utama waktu perut tengah lapar. Selain itu, andai hendak dijadikan hidangan ringan buat dimakan sambil menonton televisyen pun boleh. Makan ramai-ramai satu famili, sekejap je boleh habis satu bekas tanpa sedar.
uish sedapnya..bole buat ni
BalasPadamSelamat mencuba, AD! ☺️
PadamTeringat dulu pernah kerja sushi king Masa lepas graduasi. Tapi saya tak makan sushi. Hehe
BalasPadamOh, En. Fairus tak makan susyi… saya ni pula, tahu makan susyi yang simple2 sahaja. Yang nampak pelik atau terlalu fancy, saya tak pandai makan 😅
PadamYa Allah kenapa tak terpikirkan oleh saya buat sushi dalam bentuk begini 🤣🤣🤣. Selama ini sibuk menggulung2, meratakan nasi, lalu taro filling 😂. Padahal kalo dimakan yg penting semua bisa dalam 1 suapan. 🤣
BalasPadamHahaha lebih mudah, kan… yang penting, semua ada dalam satu suapan! Nanti dalam perut semua sebati, tidak kisah susyinya bergulung atau tidak 🤣😆
PadamWahhh bagus cara ni, thanks for sharing. Tak susah nak menggulung2.
BalasPadamSenang prepare, senang makan 😊
Padamsenang tak payah gulung-gulung atau bentukkan sushi tu. humban je semua bahan dalam caserole xD puas makan
BalasPadamSenang kan… memanglah tak berseni macam susyi original…tapi kira lepaslah utk makan ☺️
PadamOhh lagi senang mcm ni. Saya ni fikir bab gulung tu yg leceh haha baik saya start kereta pergi makan nippon sushi whahahah
BalasPadamTak pernah makan sushi..
BalasPadamthanks bg idea camni...kenapalah tak pernah terfikir
BalasPadamkelihatan sedap ni... mesti anak2 suka makan...
BalasPadam