Nasi Kerabu Stesen Nasi Kerabu

Jumaat, Mei 16, 2025

Hari ini untuk makan tengah hari, saya beli nasi kerabu. Sewaktu sedang leka buat kerja tadi, tiba-tiba rasa lapar datang menyerang! Dah tak boleh fikir apa dah…Nak masak, tak ada mood. Nak keluar, malas pula. Jadi, saya Grab sahaja 😁.

Nasi kerabu dari Stesen Nasi Kerabu. Ini antara nasi kerabu kegemaran saya. Kedainya terletak di Kota Damansara. Memang selalu ramai orang.


Alhamdulillah, makanan dah sampai!

Comel je logonya macam London Underground (Red Roundel). Saya beli Nasi Kerabu Ayam untuk Bott manakala Nasi Kerabu Daging untuk saya. Add-on jeruk bawang putih.


Nasi Kerabu Ayam Bakar

Nasi kerabunya kena dengan cita rasa saya. Dari nasi, tumis, sambal kelapa, ulam, hinggalah ke budu… semua ngam! Portion nasi banyak. Mengenyangkan. Memang puas makan.

Cuma ada satu dua kekurangan. Pertama, nasi tiada keropok. Macam kurang feel pula makan nasi kerabu tanpa keropok ikan. Andai ingin keropok, kita kena add-on. Kedua, kalau kita pilih lauk ayam bakar, kadang-kadang ayamnya macam terlebih bakar. Dah beberapa kali juga kena macam ni. 😂 Tengok ayam Bott di atas tu.  Mujurlah yang rentung bahagian kulitnya sahaja.


Nasi Kerabu Daging Bakar


Dari segi harga, lauk ayam RM9. Lauk daging RM11. Tetapi, itu harga di kedailah. Kalau pesan melalui Grab, tambah lima ringgit untuk setiap bungkus. Faham-faham jelah rate Grab macam mana. Kita bayar untuk makanan sampai ke depan mata, kan…. Alhamdulillah, kenyang nasi kerabu hari ini. Barulah ada tenaga nak sambung kerja.

Kawan-kawan lunch apa? Selamat menghabiskan baki hari. 😊


12 ulasan

  1. SA makan nasi kukus Masjid negara tapi dijual di flea market MIDA....sampai la ni bau sambal belacan dia

    BalasPadam
  2. waduhhhh-waduhhhh sedapnyaaa nasi kerabuuu!

    BalasPadam
  3. Cie kalau makan nasi kerabu mesti mintak tanpa sambal kelapa. Tak pernah makan bawang jeruk tu.

    BalasPadam
  4. Nampak sedap nasi kerabu tu. Lunch, baru siap makan nasi dagang frozen, leftovers 2 minggu dulu. Alhamdulillah masih sedap.

    BalasPadam
  5. Pernah beberapa kali makan nasi kerabu, boleh makan tapi tak berapa gemar.

    BalasPadam
  6. peliknyaaa keropok kena add on?
    bkn dah mmg termasuk dalam nasi kerabu ke?

    BalasPadam
  7. sedapnya nasi kerabu. lama tak makan, susah nak jumpa yang kena dengan selera

    BalasPadam
  8. Sedapnya nasi kerabu, lama tak makan. Susah nak jumpa nasi kerabu yang kena dengan tekak

    BalasPadam
  9. Exclusive packaging dia siap ada cop logo. Nasi kerabu sekarang tak banyak dijual lengkap. Nak itu ini kena add on. Tak pernah lagi beli nasi kerabu ada bawang begitu. Nikmat betul sarapan nasi kerabu. Boleh bawa kenyang sampai petang. Cuma saya biasanya tolak budu, makan dengan sambal geprek kat rumah. hihi...

    BalasPadam
  10. Rentung sangat ayamnya tu.. mujurlah kulitnya sahaja..

    BalasPadam
  11. Ammi tak pernah lagi cuba makan jeruk bawang putih tu tp percaya tak my 11 years old son suka sgt dgn garlic. Kalau dalam sayur or kari mmg dia kuis2 nak cari potongan garlic

    BalasPadam
  12. Aiiiish rindunya makan nasi kerabu 🤤🤤🤤😍. Tak sabar lah ini nak ke KL, saya memang mau wisata kuliner selama di sana nanti 😄. Mau cari juga nasi kerabu

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.