Phone Strap Manik Silikon

Jumaat, Mei 09, 2025

Kelmarin, semasa kemas barang-barang di bilik kraf, terpandanglah kotak berisi manik silikon. Lama dah saya tak buat kraf guna manik silikon. 

Belek-belek tengok baki manik yang ada, terus buat keputusan untuk duduk sekejap dan hasilkan phone strap.

Di bawah ini, phone strap yang berjaya disiapkan.

Silicone beads phone strap.

Cantik tak? Sweet je warna manik-manik silikon ni. Saya ikat manik kuat-kuat dengan tali nylon supaya tahan lebih lama dan tidak mudah putus. Dua gelang bawah sebelah kanan (kelabu putih dan hijau) ada beberapa manik yang glow in the dark tau.

Phone strap ini juga boleh dijadikan sebagai rantai kunci. Senang! Pakai je di pergelangan tangan. Tak hilang kunci-kunci kita. 😊 Kalau letak dalam beg pun, senang nak cari.



Dah boleh digayakan.

Bahagian bercangkuk tu, kita sangkutkan pada telefon bimbit yang sudah dilengkapi dengan phone patch. Bagi yang selalu bawa phone di tangan, strap ni memang bergunalah. Sekurang-kurangnya, kalau terlepas ke… tergelincir ke… phone tu masih selamat tergantung di pergelangan tangan.

Okey, selepas ini kena cari idea untuk packaging pula. Mana tahu nak buat hadiah. Tak pun, kalau nanti saya sertai  mana-mana craft fair, bolehlah jadikan bahan jualan.

Semoga hari kalian hari ini indah dan menyenangkan!



10 ulasan

  1. Comelnya! Paling menarik yang glow in the dark tu. Pakai phone strap ni bagus elakkan phone jatuh terus. Cantik hasil susunan warna pun.

    BalasPadam
  2. cantiknya....geram pula linda tengok...

    BalasPadam
  3. Cantik2 warna beads tu...like a candy...

    BalasPadam
  4. Cantiknya. Kalau glow in the dark lagi cantik kalau malam2 gelap.

    BalasPadam
  5. cantikkkkkk comelllnyaaa semua color! geramm tengokkk beads tambah2 yg glow in the dark! kak FF ada buat live kat tiktok tak? hehehe

    BalasPadam
  6. ooo baru tahu
    ada yg jenis glow in the dark ya...
    menarik sangat!

    BalasPadam
  7. Cantiknya, tapi itulah saya ni jenis letak phone kat dalam poket maunya penuh poket nanti

    BalasPadam
  8. Cantiklah kak.. Kalau ada glow in the dark tu, senang nak cari kalau dalam gelap..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.