Ketam Bercili dan Mantou Goreng

Rabu, Mei 21, 2025

Baru-baru ini, saya menginap di luar kerana ada urusan yang perlu dilunaskan.

Kepenatan, sebelah malamnya saya tidak ke mana-mana. Sekadar menghabiskan masa di bilik. 

Ketika sedang leka menonton televisyen, ada Grab rider hubungi saya. Rupa-rupanya, seorang teman saya belanja saya makan malam. Petang itu kami berbual-bual melalui telefon. Tahu-tahu, dia buat kejutan hantar dinner kepada saya. Tengoklah apa yang saya terima.


Ketam bercili, mantou goreng dan nasi goreng

Dua bekas besar juadah ketam bercili (satu kuah manis, satu kuah pedas), 20 biji mantou goreng dan satu bekas nasi goreng.

Hampir terjojol biji mata saya melihat saiz hidangan yang dihantar. Saya seorang je. Makanannya macam untuk enam ke lapan orang.

Semua masih panas. Saya yang pada awalnya tidak berniat untuk makan malam kerana masih berasa kenyang terus terpancing selera!


Yummeh ☺️

Inilah makan malam saya. Sayur tu lebihan lauk tengah hari. Alhamdulillah, betul-betul seronok saya menikmati ketam bercili cecah dengan mantou goreng. Mantou goreng yang gebu berongga kita dip dalam kuah ketam sampai separuh soggy. Kuah yang separa pekat tu meresap pada mantou, masuk mulut memang wowww! 

Saya bukan penggemar makanan laut. Jadi, memang jarang makan juadah sebegini. Sekali-sekala berpeluang makan… eh sedapnya! Tiba-tiba jatuh cinta pada ketam. 😆

Dua jenis ketam bercili, dua-dua enak. Cuma saya lebih suka kuah pedas berbanding yang manis. Yang kononnya tidak mahu makan malam, sampai dua tiga biji juga mantou tu saya makan. Selebihnya, masuk peti sejuk mini, nanti dibawa pulang. Boleh dua tiga kali makan lagi ni.

Ada tak dalam kalangan teman-teman yang suka makan ketam bercili? Andai ada saranan tempat di mana boleh beli juadah ketam bercili yang best, kongsi-kongsilah dengan saya.


16 ulasan

  1. Kawan hantar dinner, tapi portion macam nak buka majlis kenduri! Ketam bercili + mantou tu confirm buat diet terus lupa jalan balik 😂🦀🍞

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang! Dia jadi macam… diet? Apa tu? 🤣

      Padam
  2. Ammi segala jenis masakan ketam ammi suka tp tulah mahal nau harga ketam skrg.

    Semoga Allah limpahkan rezeki melimpah ruah buat kawan tu ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, ammi suka ketam ya. Saya ni punya jarang makan ketam, tak familiar pun harganya 🤣 Aamiin. Aamiin. Terima kasih atas doanya.

      Padam
  3. Wah untung sangat tu. Rezeki jangan ditolak. Ketam bercili saya tak pastilah dimana sedap sebab tak pernah makan ketam bercili di luar. Terasa kesedapan mantou goreng cicah kuah ketam tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mantou goreng dip dip ketam bercili… yummehhhhh

      Padam
  4. Mantou goreng cicah apa2 pun sedap je.

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. Memang best. Nanti kalau ada kesempatan, En. Fairus kena cuba

      Padam
  6. Lumayan betul kirimannya... Ini mmg nak menjamu kawan betul ni, terbaiklah 👍🏻

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam menjamu satu kampung… betul-betul lumayan 😊

      Padam
  7. wahhh sedapnya mkn mantou cicah ketam bercili!

    BalasPadam
  8. Saya dah lama tak makan ketam.. Makan ketam ini perlukan kerajinan yang luar biasa.. kikiki.. Menarik pula bila tengok gandingan mantou dan kuah ketam yang pekat tu..

    BalasPadam
  9. Sayaaaaa😍😍😍 sukaaaaaa sangat kepiting atau ketam ini. Untungnya di JKT ada beberapa restoran seafood yg menjual menu ketam sedap. Ada juga seller rumahan yg jual dari rumah. JD hrg tak semahal restoran.

    Cuma memang harga kepiting tetap saja mahal kan. Di antara banyak seafood, dialah yg termahal 😄

    BalasPadam
  10. waduhhh terus lapar tgk mantou goreng...
    makananas2 mmg layannnn
    sedap tuuu ketam bercili.... sy suka!

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.