Kisah gaun tambah pesak ini sebenarnya kisah Syawal. Sudah lama peram dalam draft. Ingat lagi tak tahun lepas saya ada kongsi tentang Rhea, kucing Cekengah dengan kebaya sendatnya? Boleh baca di sini.
Rhea dan gaun rayanya. 🤣 |
Tak pastilah sama ada Cekengah ni in denial tak mahu admit kucingnya membesar bagai juara ataupun memang sizing baju tu salah… gelak besar saya dibuatnya.
Dalam pada gelak-gelak, kasihan juga dekat adik saya tu. Punya excited nak sedondon dengan kucing kesayangan, alih-alih hasrat tidak kesampaian.
Kali ini, kita libatkan campur tangan Bott. Saya minta tolong dia alter baju tu bagi besar sikit. Belek punya belek, basi jahitannya tak ada lebihan sangat. Kalau nak tetas dan besarkan memang tak dapatlah.
Laju je mulut saya sarankan tambah pesak. Masa ini kami bertiga memang gelak besar. Saya dan pesak memang ada sejarah.
Viral Disebabkan Pesak
Sewaktu menjalani Taaruf Week di matrikulasi, baju orientasi yang saya dapat ketat tang perut, tang lengan. Kalau pakai memang sendat macam nangka kena balut.
Saya dah cuak. Dalam hati memang nekad je nak pakai baju sendat. Lagipun boleh cover dengan tudung.
Arwah Cekebon bimbang saya rasa tidak selesa. Arwah sanggup hubungi tukang jahit untuk minta jahitkan pesak pada baju orientasi saya (baju tu baju kurung moden).
Berkejar arwah Cekebon dan arwah baba pergi kedai cari kain yang lebih kurang sama tona, hantar pada tukang jahit tu. Siap belikan makan tengah hari untuk mereka sekeluarga supaya tukang jahit tu boleh fokus alter baju saya. Bayar upah lebih lagi.
Menjelang petang, saya sudah ada baju orientasi berpesak yang sangat selesa untuk dipakai. Faham-fahamlah, masa minggu orientasi kena berkejar, berlari ke sana-sini.
Yang kelakarnya, rakan sebilik saya masa tu musykil - “Eh, ada saiz yang kena dengan awak?” Dia keliru kenapa ada student yang saiz lebih kurang saya (malah ada yang lebih kecil daripada saya) terpaksa pakai baju kurung biasa dek kerana tiada saiz yang padan.
Saya pula jujur je jawab mak saya sempat pergi hantar tailor suruh tambah pesak.
Saya ingat habis di situ sahaja. Rupa-rupanya, isu tambah pesak tu boleh jadi benda besar. Kira kalau zaman sekarang, saya dah viral dah! 🤣
Kuasa words of mouth (zaman dulu pun ada netizen kaki gossip 🤣), hampir satu batch baru daftar tu… dengan senior yang jadi committee, dengan lecturer yang terlibat… kebanyakannya tahu baju saya tambah pesak.
Bayangkanlah, tengah dalam baris member sebelah tengok saya senyum-senyum. Tunjuk pesak baju saya.
Tengah berlari nak pergi hall, committee suruh berhenti kejap. Nak tengok baju saya. Nak tengok pesak.
Bila kenang-kenang balik, kelakar juga. Sayu pun ada. Apa sahaja yang Bon tidak buat untuk anaknya ni. Al-Fatihah untuk Cekebon, Rosnidar Ali.
Gaun Tambah Pesak
Setelah ditambah ‘pesak’. |
Gaun berpesak yang lebih selesa. |
Sudah ada ruang bernafas, Rhea pun tak rimas. Dapatlah si Ragdoll ni menggayakan gaun ni dalam tempoh yang agak lama semasa raya.
Eh, panjang pula entri pesak saya! Okey, jumpa lagi nanti. Terima kasih sebab sudi singgah tau. Insya-Allah, hujung minggu ni perlahan-lahan saya blogwalking blog kawan-kawan ya.
Barulah Rhea boleh baring2 rehatkan badan... Hihihi
BalasPadamYes, dia boleh beraksi tenang dah. Dah tak macam kucing pakai corsett 😆
PadamPesak boleh gone viral...ala comel Rhea..
BalasPadamTenkiu, Onty 😸
PadamBergaya... Dah boleh cari pakwe..
BalasPadamHahahah jangan kasi tahu dia 🤣
PadamBila kucing pun kena tambah pesak, sah raya kali ni memang ‘meriah rezeki’! Rhea pun tahu, gaya kena jaga, tapi nafas tetap nak ada! 🤭
BalasPadamHahahah itulah… bila kucing kena tambah pesak, tu dah kira nazak udara. Macam mana Rhea nak feeling-feeling pretty kan 😆
PadamComelnya.
BalasPadamThanks, aunty 😸
PadamSetiap tahun tragedi yang sama. Tahun depan harap tak berulang lagi. Kena buat saiz besar lagi nanti. Sedih bercampur lucu kisah tu kak. Usaha mereka untuk anak memang tak ada tandingannya. Demi anak, apapun sanggup kan.
BalasPadamTahun depan akak rasa akak nak volunteer tolong belikan baju raya dia… kalau tidak, mau cipta rekod hatric tragedi sendat 🤣
PadamItulah Phiza, bila teringat apa yang mak ayah kita sanggup buat untuk kita, memang terharu sangat. Tak terbalas pengorbanan mereka tu.
Bukan kurung je boleh ada pesak, gaun Rhea pun boleh...Barulah selesa dia pakai gaun tu.
BalasPadamYes, ini gaun another level… bukan kaleng-kaleng 😆
PadamComelnya.. Barulah selesa dipakai ya..
BalasPadamMujurlah masa zaman tu, viral viral ni belum ada.. Kalau tak mesti viral habis kisah pesak baju akak tu ya..
Kannn… tak memasal glamer sebab pesak 🤣
Padamewahhhh barulah bertambah comel selesa & Rhea nak baring hehehe
BalasPadamBarulah boleh raya dengan ada udara hahaha
PadamKakaaaaaak 🤣🤣🤣🤣🤣. Kenapalah tiap baca ttg rhea selalu saja lucu sangaaaat drama nya 😂😂😂.
BalasPadamSaya bayangkan si rhea yg tahan napas Krn bajunya kesempitan 🤣. Terpaksalah tuan dia alter size kan 😅.
Nasib baik pandai menjahit. Kalo tak, bisa merajuk mungkin Rhea 😂
Kucing saya memang tak ada yg nak dipakaikan baju. Langsung berubah jadi reog ponorogo bisa2 kalo saya paksa 😂
Entahlah, Fanny. Kucing yang seekor ini memang macam-macam dramanya 🤣 perihal baju raya saja boleh bikin drama bersiri 😆
PadamBetul. Mujur di rumah ini ada yang boleh diminta tolong untuk alter baju… Kalau tidak, nama je pakai gaun, tapi Rhea seolah-olah pakai korset dan baju kebaya 😸
Hahaha ok, saya jadi terbayang-bayang kucing Fanny transform jadi reog ponorogo gara-gara tidak mahu dipakaikan baju 😂
kalau rhea boleh komen tentu dia membebel kenapa guna benang pinkkkkkkkkkkk
BalasPadamha ha..comei je.. tak kisah plak dia pakai baju mcm tu yer...comei sgt!
BalasPadam