Baju Raya Disabot Yuri

Rabu, April 17, 2024

Assalamualaikum. Salam Syawal ke - 8. Dah mula sibuk dengan kerja atau masih sambung raya? Apa-apapun, jangan lupa jaga diri. 😊

Saya masih belum sempat buat entri-entri raya. Tak mengapalah, raya kan sebulan… perlahan-lahan kayuh. 


Baju Raya Disabot Yuri

Hari ini hendak cerita tentang baju hari raya saya yang disabot (disabotaj) oleh Yuri. Sebenarnya, tahun ini tak beli baju raya sebab ada beberapa pasang baju pemberian orang yang saya tak pakai-pakai lagi. Baju yang masih belum dipakai itulah yang akan dijadikan baju raya. 

Tema hari raya pertama shades of brown. Okey, tak ada masalah. Saya pun siaplah keluarkan baju, tinggal gosok sahaja keesokan hari.

Malangnya…

Lenyaknya 😅


Pagi raya apabila hendak gosok baju, saya jadi speechless. Yuri pilih baju raya coklat saya untuk jadi tilam dia. Puas saya kejutkan suruh berkalih. Dia makin syok, makin betulkan kedudukan. Sayang punya pasal, reda saya biarkan dia tidur di atas tu.

Dipendekkan cerita, dek kerana kesuntukan masa dan baju tu masih lagi tilam favourite Yuri, saya terpaksa cari baju coklat lain. Mujurlah, ada baju kurung Kedah lama Syomirizwa Gupta yang kena dengan tema. Malangnya, tak jumpa kain pula! Waktu-waktu begini hendak selongkar almari, mana sempat.

Sayang Yuri punya pasal, berayalah saya dengan baju mix and match saat akhir. Tak sampai hati pagi-pagi raya nak ‘calarkan’ hati my 13-year-old cat. Shian, Yuri. Tidurlah… I is redhooo 🤣
 
Baju lain, kain lain, kita tetap raya!

Memang sampai ke petang raya, Yuri selesa mengiktiraf baju tu sebagai tempat lepak baharu dia.



Baju Raya Tidak Muat

Satu lagi episod baju raya, baju raya tak muat. Tetapi bukan saya, kucing Cekengah yang saya jaga - Rhea. Baju raya Rhea ni Cekengah beli semasa bulan puasa. Tak sangka pula menjelang raya badannya naik macam dipam-pam.

Rhea Cruzee

Dari hadapan nampak just nice. Cantiklah siap baju tu ada dokoh bagai.

Tetapi apabila dari belakang …

Apasal sado berketul-ketul? 😆

Ini kucing ke Zul Arifin? Terus Rhea tak jadi pakai baju raya hahaha! Sendat semacam. Saya yang tukang tengok ni pula rasa sesak nafas melihatnya 🤣.

12 ulasan

  1. apa laa yg yuri dendam ms bulan puasa hari tu? mungkin sbb x ajak g bazar kibble. tu yg dia sabotaj baju farrah hahahahaahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya memang kena kaji balik ni, Anies… Apa saya hutang dengan dia. Mana aci balas dendam pagi raya 😂

      Padam
  2. salam aidilfitri utk farrah sekeluarga
    maaf zahir dan batin

    p/s esok lusa sy dtg beraya tau
    hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam lebaran, Anies. Maaf zahir dan batin. Mehla datang beraya! Yuri dan Rhea tunggu ni nak duit raya 😂

      Padam
  3. Alahai! sayang punya pasal sanggup ya mujur ada baju lain untuk color tema.
    Dah cantik dah comel dah Rhea Cruzee tu dengan baju rayanya sayang ketat pulak, next time kena suruh diaekor jangan ponteng puasa heheheee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah Mrs. A. Nasib baik ada jugak bajunya… Si Rhea ni dah tersado, bujan setakat tak leh ponteng puasa, kena bawa gi gym juga gamaknya 😆

      Padam
  4. Sayang Yuri punya pasal kan. Gigih cari baju lain. Mujur match gitu. hihi...Aduhaii Rhea tak puasa ke haritu? Ambil gambar je lah mampu. Nak pakai seharian mau sesak nafas dia.

    BalasPadam
  5. amboii Yuri sedap buat alas tido ye? hehehe
    ehhh kenapa bdn saod sgt tu ketul ketul? hehe

    selamat hari raya aidilfitri buat akak farah sekeluarga eheee~

    BalasPadam
  6. ala...kita masa buka puasa lupa dirilah..kita makan tak henti2. jangan nak samakan kita ddengan zul ripin ye...itu bopren kita. Kalaulah Rhea ni boleh berkata2.

    BalasPadam
  7. kalau lady, ldy angkat shj kucing tu.. hihihi..

    comelnye baju kucing tu...

    BalasPadam
  8. ala2 boleh plan dia tido lena yer..nasib matching ye mix & match tu
    and baju raya Rhea tu..sado sungguh yer.. ha ha ha..
    selamat hari raya dear, maaf zahir batin

    BalasPadam
  9. Hahahahahahah kakaaaaaaak, ya Allah gelak saya melihatnya. Ini pasti Rhea tak puasa kan, jadi menggendats badan dia pas hari raya 🤣🤣

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.