Assalamualaikum. Salam Syawal ke - 4.
Kawan-kawan semua masih berhari raya atau sudah kembali bekerja?
Apapun, semoga kalian semua terus semangat meraikan lebaran dengan meriah.
Tahun ni tiada kad raya. Saya belanja figurin raya je ya.
It’s me! In doll edition 🤣 |
Orang sibuk buat efek Ghibli, kita buat toy box/figurine edition. Boleh bawa bincang juga si ChatGPT ni. Semua yang saya nak, dia ikut. Baju raya, tudung raya pun lebih kurang. Cuma tang muka tersasar sikit. Bukan main lagi ditebalkan kening saya.
Saya ingin ambil peluang yang ada untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Mudah-mudahan Ramadhan dan Syawal kali ini berjaya membentuk kita menjadi insan yang lebih baik. Moga sambutan lebaran tahun ini lebih indah dan bermakna berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Beraya Tanpa Yuri
Tahun ini tahun pertama saya beraya tanpa Yuri. Sayu juga hati ni. Tiga belas tahun rutin harian saya bersama Yuri, ada Yuri di sana… ada kelibatnya di sini… walaupun dah dua bulan Yuri pergi, saya masih tak dapat biasakan diri. Sampai sekarang masih tersasul-sasul panggil nama dia.
Yuri dalam kenangan 😓 |
Ini tahun ke-2 beraya tanpa Cekebon. Berganda-ganda pilunya. Mujurlah Uje, si adik bongsu dan isterinya dapat cuti agak lama untuk pulang beraya di Malaysia. Merasalah kami tiga beradik berkumpul.
Penyeri di hari raya |
Tragedi Sendat Berulang
Masih ingat lagi kisah Rhea semlohai yang jadi sado sebab baju rayanya ketat? Nampaknya, Cekengah tak serik-serik. Tak pun dia rasa kucing 5.5 kilo dia tu kecil. Yakin je beli saiz L. Bila saya tanya tak sendat ke? Happy je dia jawab alaaa kalau sendat, sikit je kot…
Sekali bila baju sampai…
Rhea dengan gaun biru bertutu sendat ketat melekat 😆 |
Ini bukan sendat sikit! Ini dah macam pakai bengkung! Sampai nak hilang warna hidung si Rhea dibuatnya. Mujurlah tak semput pakai baju ketat. Bahagian baju putih tu nampak macam t-shirt kan… tapi fabriknya tak memeri.
Kali ini Bott kena campur tangan. Dapat agak tak apa yang Bott buat supaya Rhea boleh pakai baju ni pada raya pertama? Haa… nanti saya cerita next entry.
Selamat sambung raya!
Memang limited edition. Salam Lebaran 2025.
BalasPadamhahaha sendatnya! opsss maaf TERRrrgelak pulak hehehe comel!
BalasPadammemang sakit sedih kucing sy kita syg dah tak ada. salam lebaran 2025. sy raya tahun ni tanpa umi. \umi masuk wad . tak raya sy thun ni x pergi mana mana. tp raya pertama sy gmbr dgn kucing sy sekadar buat kenangan.
BalasPadamمِنَ الْعَائِدِيْن وَالْفَائِزِيْن
BalasPadamwalaupun hanya seekor kucing, sedih tu mmg tak dpat nak elak...
BalasPadammudah2an asbab farrah jaga yuri dgn baik selama ni, dipermudahkan laluan ke syurga nanti...
aminnn