SOCIAL MEDIA

Salam Lebaran | Beraya Tanpa Yuri | Tragedi Sendat Berulang

Khamis, April 03, 2025

Assalamualaikum. Salam Syawal ke - 4.
Kawan-kawan semua masih berhari raya atau sudah kembali bekerja?

Apapun, semoga kalian semua terus semangat meraikan lebaran dengan meriah. 

Tahun ni tiada kad raya. Saya belanja figurin raya je ya. 

It’s me! In doll edition 🤣

Orang sibuk buat efek Ghibli, kita buat toy box/figurine edition. Boleh bawa bincang juga si ChatGPT ni. Semua yang saya nak, dia ikut. Baju raya, tudung raya pun lebih kurang. Cuma tang muka tersasar sikit. Bukan main lagi ditebalkan kening saya. 

Saya ingin ambil peluang yang ada untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Mudah-mudahan Ramadhan dan Syawal kali ini berjaya membentuk kita menjadi insan yang lebih baik. Moga sambutan lebaran tahun ini lebih indah dan bermakna berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Beraya Tanpa Yuri

Tahun ini tahun pertama saya beraya tanpa Yuri. Sayu juga hati ni. Tiga belas tahun rutin harian saya bersama Yuri, ada Yuri di sana… ada kelibatnya di sini… walaupun dah dua bulan Yuri pergi, saya masih tak dapat biasakan diri. Sampai sekarang masih tersasul-sasul panggil nama dia.

Yuri dalam kenangan 😓



Ini tahun ke-2 beraya tanpa Cekebon. Berganda-ganda pilunya. Mujurlah Uje, si adik bongsu dan isterinya dapat cuti agak lama untuk pulang beraya di Malaysia. Merasalah kami tiga beradik berkumpul. 

Penyeri di hari raya 

Tragedi Sendat Berulang

Masih ingat lagi kisah Rhea semlohai yang jadi sado sebab baju rayanya ketat? Nampaknya, Cekengah tak serik-serik. Tak pun dia rasa kucing 5.5 kilo dia tu kecil. Yakin je beli saiz L. Bila saya tanya tak sendat ke? Happy je dia jawab alaaa kalau sendat, sikit je kot…

Sekali bila baju sampai…



Rhea dengan gaun biru bertutu sendat ketat melekat 😆

Ini bukan sendat sikit! Ini dah macam pakai bengkung! Sampai nak hilang warna hidung si Rhea dibuatnya. Mujurlah tak semput pakai baju ketat. Bahagian baju putih tu nampak macam t-shirt kan… tapi fabriknya tak memeri.


Kali ini Bott kena campur tangan. Dapat agak tak apa yang Bott buat supaya Rhea boleh pakai baju ni pada raya pertama? Haa… nanti saya cerita next entry.

Selamat sambung raya!

11 ulasan

  1. Memang limited edition. Salam Lebaran 2025.

    BalasPadam
  2. hahaha sendatnya! opsss maaf TERRrrgelak pulak hehehe comel!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha tak apa. Lebih meriah kalau kita dapat gelak berjemaah. 😆

      Padam
  3. memang sakit sedih kucing sy kita syg dah tak ada. salam lebaran 2025. sy raya tahun ni tanpa umi. \umi masuk wad . tak raya sy thun ni x pergi mana mana. tp raya pertama sy gmbr dgn kucing sy sekadar buat kenangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga umi Rabia dikurniakan kesembuhan sepenuhnya. Tak apa… tangguh raya dahulu ya sementara umi kurang sihat tu.

      Padam
  4. مِنَ الْعَائِدِيْن وَالْفَائِزِيْن

    BalasPadam
  5. walaupun hanya seekor kucing, sedih tu mmg tak dpat nak elak...
    mudah2an asbab farrah jaga yuri dgn baik selama ni, dipermudahkan laluan ke syurga nanti...
    aminnn

    BalasPadam
  6. Hahahahahahahaha ya Allah Rhea 😂😂😂😂. Sabar saja laaah, demi menyenangkan hati mommy kan 🤣. Memang next nya minta baju size XXL nampaknya kak 😂. Tp bagus juga yg begini, ada macam skirt, JD tak nampak sendat sangat. Lebih feminim gitchuuu 🤣

    Btw minal aidzin walfaizin kak. Mohon maaf lahir bathin. Maaf jika ada komentar saya yg mungkin tak berkenan yaa 🙏

    BalasPadam
  7. Halah.. Halah.. Comelnya Rhea.. hahaha..
    Baru lagikan pemergiannya memang akan teringat ingatlah.. Semoga akak okay.. Hugs n kisses..

    BalasPadam
  8. salam aidilfitri..ramai buat figurin raya tu

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.