Dua Kali Lontong Darat

Jumaat, Mei 17, 2024

Assalamualaikum. Salam Penghulu Hari. 

Rasa macam baru sahaja hari Isnin, tahu-tahu dah nak hujung minggu. Hari ini, bangun-bangun rasa teringin hendak makan lontong darat. Padahal petang Isnin sudah kenyang makan lontong darat sepinggan.

Makanya, marilah kita ke tempat makan demi menunaikan hasrat anak tekak! 😂

Lontong darat lauk rendang daging.

Ini sarapan saya. Lontong darat dengan pilihan lauk rendang daging. Dalam sepinggan tu, ada serba-serbi! 

Potongan lontong yang lembut, dinikmati dengan sambal goreng Jawa, telur rebus goreng, sambal tumis, kuah kacang dan serunding kelapa. Meriah, kan?

Selain rendang daging macam yang saya pilih, ada banyak lauk lain seperti rendang ayam, ayam masak merah, ayam masak kicap dan sambal sotong.

Sebenarnya, selama ini saya hanya pandai makan lontong berkuah tu je. Dah beripar dengan Dhila baru kenal lontong darat. 

Sejak tu, memang kalau jumpa lontong darat, saya akan beli. Kalau sedap, kena dengan selera, confirm repeat berulang kali.

Hehehe. Ini pula lontong darat saya hari Isnin. 

Lauk ayam masak merah.

Ahli keluarga yang lain kurang gemar lontong darat. Si Bott pun tak pandai makan. Dia dengan Cekengah sekepala. Kata mereka, ada banyak sangat benda di dalam satu pinggan. Diorang jadi berkonflik sendiri nak makan! 🤣

Tak jadi hal. Di restoran ni, banyak lagi makanan lazat yang boleh menambat selera. Lontong berkuah ada… soto, roti canai, kacang phol… macam-macamlah.

Alhamdulillah, dua kali saya makan lontong darat minggu ni. Pagi dah sarapan berat, tengah hari tak perlu risau cari makan.  Boleh sambung siapkan kerja-kerja yang tertunggak.

Korang dah ada plan hendak lunch di mana?


Tempat nak cari lontong darat sedap: 

Restoran Shahira, No 41, Lorong Rahim Kajai 13, Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur.


26 ulasan

  1. Linda pun tak pernah makan lontong darat.. Selalu yang berkuah je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti ada peluang kena cuba, Linda. Sedap tau!

      Padam
  2. Nampak sedap lontong darat tu. Baru balik brunch di Taman Melawati, saya makan lontong berkuah di kedai PakTam Laksa. Lain kali nak try lontong darat pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lontong Pak Tam Laksa memang popular, kan? Nanti boleh try lontong daratnya pula.

      Padam
  3. ada telur sebiji tu👍👍👍👍
    kalau tanpa kuah mcm ni, serunding mesti mantop. barulah berselera👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. Serunding kelapa kena jadi watak utama. 😊

      Padam
  4. Wak pun lebih suka lontong darat daripada lontong laut (berkuah)

    BalasPadam
  5. Antara lontong yang sedap saya pernah rasa ialah semasa berkunjung ke Daik. Beberapa hari di sana sarapan makan lontong..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mesti betul-betul sedap tu… masakan orang Daik/ Lingga banyak yang sedap. Johor banyak terima pengaruh dr sana.

      Padam
  6. First time dengar Lontong Darat nampak sedap sangat ni, kena try nanti.

    BalasPadam
  7. Tak pernah makan lagi lontong darat ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti kena cuba sekali. Tengok kena dengan taste Cie atau tidak.

      Padam
  8. saya belum pernah makan lontong dengan rendang,
    biasanya enak nasi dengan rendang

    BalasPadam
  9. lontong darat lontong laut semua sedap! hihi..

    BalasPadam
  10. Kalau Sha pun pening nak makan bila banyak sangat lauk.. kikiki.. Tapi teringin nak cuba.. Belum jumpa je lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe Sha boleh masuk geng Cekengah dan Bott. Tak reti makan campur2. Lepas ni kalau jumpa menu lontong darat, jangan lupa cuba tau.

      Padam
  11. Sedapnya...MA pun suka ni. Lama x makan

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.