Penggemar-penggemar kopi, mari merapat! Ada Spanish Latte ni! Spanish Caffe Latte dari HWC Coffee. Tak mahu kopi beli? Nak bancuh kopi sendiri di rumah? Jangan risau, ada resepi Spanish Latte saya sertakan di hujung entri ini.
Jom cerita tentang kopi HWC Coffee ni dahulu!
Satu botol Spanish Caffe Latte |
Sebenarnya, saya belum pernah pergi ke mana-mana cawangan HWC Coffee. Tetapi, sudah beberapa kali berpeluang merasa kopi kedai ni. Tidak ingat pula kopi apa. Si Cekengah yang rajin tapaukan untuk saya. Dia tahu kakaknya hantu kopi. 🤣
Kali ini dia hantar sebotol terus! Spanish Caffe Latte a.k.a. Spanish Latte. Sedap membelai tunas rasa. Kopinya cukup pekat, manis just nice.
Sesuai untuk penggemar kopi manis. Yang suka kopi pahit seperti saya pun boleh enjoy. Yang tidak biasa minum kopi juga boleh turut sama nikmati kerana kopi ini tidak ‘keras’ sangat. 😊
Tiga elemen dalam Spanish Latte - susu pekat, susu dan espresso. Itu yang kopi ini lebih manis berbanding cappuccino atau caffe latte sebab guna susu pekat sekali.
Spanish Latte HWC Coffee, Zus Coffee dan San Francisco Coffee
Biarpun Spanish Latte jarang menjadi pilihan utama saya ketika membeli kopi di luar, sudah beberapa kali jugalah saya minum sebelum ini.
Saya pernah rasa Spanish Latte Zus Coffee, San Francisco Coffee dan kali ini HWC Coffee. Antara ketiga-ketiganya, saya suka HWC Coffee dan San Francisco Coffee.
Spanish Latte Zus Coffee bukan tak sedap… sedap… tetapi agak terlalu manis buat saya. Mungkin sukatan susu pekat yang digunakan lebih banyak berbanding kopi HWC dan San Francisco.
Resepi Spanish Latte
Ingin buat sendiri Spanish Latte di rumah? Jom! Saya kongsikan 2 versi resepi Spanish Latte di sini. Satu menggunakan espresso shot, buat yang ada mesin kopi/espresso. Satu lagi, guna serbuk kopi segera (instant coffee powder).
Resepi Spanish Latte Menggunakan Espresso
- 4 sudu teh (20ml) susu pekat
- 140ml susu segar/susu krim penuh
- Satu espresso shot
Resepi Spanish Latte Menggunakan Instant Coffee Powder
Hot Spanish Latte
- 1 sudu teh serbuk kopi segera + 2 sudu besar air panas
- 2 sudu teh (10ml) susu pekat
- 90ml susu segar atau susu krim penuh
Iced Spanish Latte
- 120ml susu segar atau susu krim penuh
- 2 sudu besar (30ml) susu pekat
- 2 sudu teh serbuk kopi segera
- 60ml air panas
Teringin pula saya nak mencuba!
BalasPadamSelamat mencuba, Syazni 😊
Padamkena try ni
BalasPadamsy penah rasa yg zus punya
nnt boleh buat perbandingan ikut tekak sendiri
hahaha
Yes, mari kita main banding2 ikut tekak sendiri. Kena cuba rasa HWC punya pula.
Padamorait. nnt bleh cari kt aeon maluri. ada kiosk hwc kat sana
PadamMA kureng plak spanish latte ni....maybe sbb susu pekat tu la kot
BalasPadamBetul. Saya pun kurang sikit kalau kopi saya ada susu pekat 😊
Padamwaahhh sedapnya ice latte!
BalasPadamMemang dap dap dappp
PadamSha minat spanish latte ini.. Nak kena cari juga..
BalasPadamtak pernah try lagi spanish latte hwc
BalasPadam