Nasi Goreng Dabai Masin

Rabu, Mei 15, 2024

Assalamualaikum.

Kelmarin, saya dapat buah dabai frozen. Punyalah teruja. Cepat-cepat simpan di dalam peti dingin beku. Nanti apabila hendak makan, boleh rendam dalam air panas sekejap supaya lembut, kemudian cicah dengan kicap. Dap dap dap! 

Banyak juga buah dabai yang saya dapat. Mulalah otak ni merencana macam-macam. Nak buat dabai jeruk la… nak buat nasi aruk la… Insya-Allah, bakal diusahakan nanti. 

Baru rancang-rancang je pun, belum sempat sentuh dabai yang saya dapat, alhamdulillah hari ini saya terima rezeki tidak terduga. Saya dapat nasi goreng dabai masin untuk makan tengah hari. Susah nak jumpa ni!

Adik saya tapaukan makan tengah hari dan hantar pada kakaknya yang dah dua hari terperuk, tidak keluar rumah. 😂

Nasi Goreng Dabai Masin

Nasi goreng dabai masin

Mewah tak nasi goreng saya? Siap ada sup lagi. Lebih kurang macam nasi goreng kampung biasa, ada bawang, telur, hirisan ayam, sayur kacang panjang… Saya suka sebab bawang merah dan bawang putihnya banyak, jadi rasa dan wangi bawang tu lebih ketara. Apa yang penting, dabai jadi penyedapnya! Cebisan-cebisan hitam yang korang lihat pada nasi itulah dabai jeruk atau dabai masin.

Apabila dalam suapan tu ada dabai masin, memang syok! Extra kick gitu!

Okey, itu sahaja untuk hari ni. Sekarang saya tengah fikir nak makan apa pula untuk minum petang. 

Oh, tunggu tau! Saya sedang perlahan-lahan cuba balas kunjungan korang. Jumpa nanti!

11 ulasan

  1. Pernah dengar buah dabai. Gugel dulu tadi, macam buah zaitun atau kurma kecik ya, menarik betul. Mesti sedap nasi goreng dabai masin ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Bentuknya macam buah zaitun dan kurma, rasanha lemak-lemak. Nanti kalau ada rezeki jumpa buah dabai ni, boleh cuba 😊

      Padam
  2. uishhhhh sedapppppnyaaaa nasi goreng dabai masin mcm ni! boleh menambah makan ni hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pasti bertambah heheheeh lemak masin dabai tu buat syok makan 😂

      Padam
  3. ya Allah sedapnye.. rezeki tak disangka2 kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Memang sedap. Puas makan 😊

      Padam
  4. Selalu dengar pasal nasi goreng dabai dna buah dabai ni..x pernah rasa..teringin nak rasa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buah ni bermusim, SA. Tapi sekarang kira senang dapat juga sebab dah ada versi frozen. Kalau ada peluang, SA cuba tau! Tengok kena dengan selera atau tak.

      Padam
  5. tampak menyelerakan!
    kalau ada telur mata dgn timun ni fuhhh sedapnyaaaaa
    cara sy mkn nasi goreng harus ada telur mata dgn timun br berselera hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anies macam adik saya si Cekengah. Nasi goreng bukan nasi goreng kalau tak ada telur mata 😂

      Padam
  6. Mengancam dan meriah nasi gorengnya..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.