Assalamualaaikum.
Sekarang ini, kami di rumah kerap beli buah tembikai. Maklum sahajalah, musim cuaca panas membahang, memang ideal sangat kalau potongan buah tembikai dingin masuk ke tekak. Menyegarkan!
Sudah ada tembikai tu, mestilah ada kulitnya, kan? Alang-alang, saya simpan sedikit untuk dibuat lauk. Jika sebelum ini saya pernah kongsi resepi Kerabu Kulit Tembikai dan Gulai Lemak Tempe Kulit Tembikai, hari ini saya kongsikan pula resepi masakan taucu ikan bilis dengan kulit tembikai.
Inilah lauk taucu ikan bilis saya.
Taucu Ikan Bilis dengan Kulit Tembikai |
Taucu Bilal
Taucu Bilal |
Resepi Taucu Ikan Bilis dengan Kulit Tembikai
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Kulit tembikai. Kulit luar dikupas, kemudian dipotong memanjang. Agak-agak sahaja mahu diguna banyak mana.
- Ikan bilis lebih kurang segenggam. Hendak dilebihkan atau dikurangkan terserah selera.
- 1 - 2 biji bawang besar, dimayang atau dipotong bulat.
- 2 - 3 butir bawang putih, dihiris.
- Beberapa tangkai cili api (jika suka pedas). Tukar dengan potongan cili hijau pun boleh.
- 2 - 3 sudu besar kacang taucu + sedikit air taucu.
- 1 keping asam keping.
- Sedikit air untuk kuah.
- Sedikit minyak untuk menumis.
- Gula untuk imbangkan rasa.
Langkah-langkah penyediaan:
- Panaskan minyak masak. Tumis hirisan bawang besar sehingga layu diikuti dengan hirisan bawang putih.
- Setelah naik bau, masukkan ikan bilis, cili api dan taucu (tanpa air taucunya). Selalunya saya biarkan bahan-bahan ini bertumis lama sedikit. Agak-agak ikan bilis dah masak, bau taucu dah naik, masukkan asam keping, air dan sedikit air taucu. Usah banyak sangat air taucunya. Nanti terlebih masin pula.
- Masak sehingga kuah mendidih. Akhirnya, masukkan kulit tembikai. Andai mahu kulit tembikainya lembut dan empuk, biarkan lama sedikit di atas api. Tetapi, kalau suka kulit tembikai tu rangup, sudah boleh padam api.
- Perasakan dengan sedikit gula jika perlu untuk imbangkan rasa masin dan masam. Sedia untuk dihidangkan.
Pernah nampak ramai yang share pasal kulit tembikai...SA x pernah cuba lagi...tapi rasa nak cuba
BalasPadamKulit tembikai ni rasanya macam timun yang dah dibuang empulur tu, SA. Nanti cubalah…
Padamsedapnyaaaaa masak taucu! Abah Ana pun kerap beli tembikai musim cuaca panas membahang skrg ni hehe
BalasPadamTembikai dapat buat tekak nyaman time2 panas begini 😊
PadamKreatifnya kak Farrah. Orang dekat rumah saya memang akan buang je kulit tembikai kalau beli tembikai
BalasPadamOrang dulu2 yang kreatif dan bijak. Pandai fikir apa benda boleh buat lauk 😁
Padamdiam tak diam dah lama juga ya jenama bilal ni wujud kat pasaran malaysia...
BalasPadamBetul betul betul. Satu lagi Yakin. Lama gak… produknya pun banyak 😊
Padamkalau di trg.. (zaman nenek2 dlu).. kulit tembikai ni kami buat sayur putih.. macam sayur taugeh tu.. sedap juga tpo skrg bila ldy dah tua ni xpernah buat.. nanti boleh dicuba kembalikan nostalgia masakan nenek2 dlu..
BalasPadamMasak sayur putih… uishhhh sedap tu… datuk nenek kita zaman dulu memang pandai pelbagaikan ramuan masakan.
Padamx pandai makan or masak kulit tembikai tu..selalu dgr org cerita je
BalasPadamKalau first time nak mencuba, rasanya Ayu patut try kerabu kulit tembikai dahulu 😊
Padamselalu tengok kat tiktok video masak kulit tembikai.. nampak sedap!
BalasPadamtak pernah rasa lagi.. hihi..
tapi kalo tembikai tu fuhhh sedap makan sejuk2 musim panas ni..
Nanti lain kali beli tembikai, jangan lupa simpan sikit kulitnya. Boleh cuba resepi2 kulit tembikai 😊
PadamSamalah dengan Sha.. masak taucu kena kuah lebih baru puas.. kikiki..
BalasPadam