Tapau Masakan Padang dari Restoran Sederhana

Jumaat, Mei 31, 2024

Assalamualaikum. Salam Jumaat. Semoga kalian baik-baik sahaja hari ini. 

Siapa yang suka masakan Padang? Kita geng. Selalunya, kalau pergi restoran Sambal Hijau di Sungai Penchala tu, sayalah yang paling lewat sampai ke meja sebab pusing kepala tak tahu mahu pilih lauk apa. 😅 Rasa macam nak makan semua.

Kali ini saya berpeluang merasa juadah masakan Padang dari Restoran Sederhana. Plan untuk pergi makan di Restoran Sederhana yang terletak di Seksyen 8 Petaling Jaya ini sudah lama. Dari waktu adik saya yang bongsu balik bercuti sempena raya sehinggalah dia hendak berangkat pulang ke Dubai semula. 

Asyik-asyik tukar rancangan, tangguh, tukar ke hari lain… dan akhirnya, hari terakhir mereka di sini, dapat juga kumpul keluarga dan lunch beramai-ramai di sana. 


Ini alamat lokasi restorannya.

Malangnya, saya tidak dapat turut serta kerana tidak berapa sihat. Jadi, Uje tapaukan lauk-pauk untuk saya. Banyak jugalah yang dibeli. Boleh buat 3 - 4 kali makan.

Saya pun apa lagi… pilih lauk yang teringin makan untuk hari tersebut, selebihnya masuk peti dingin beku. Nanti waktu tak larat masak, kita import sahaja makanan dari freezer.

Jom tengok hidangan apa yang ada.

Terliur tak?

Ada lauk kentang telur puyuh, gulai lemak pucuk paku, paru goreng dan sambal hijau.

Selain itu, ada ayam goreng (tak pastilah ayam biasa ke ayam kampung), ayam POP,  teri tempe kacang, gulai daging dan beberapa lauk lagi. 

Alhamdulillah, semua sedap. Semua berasa. Lagi-lagi kentang telur puyuh. Lepaslah craving saya yang sudah sekian lama tak makan telur puyuh. Memang enjoy habis!

Kuah gulai lemak pucuk pakunya pekat berlemak, paru goreng pun rangup. Cuma secara peribadi, saya lebih gemar paru goreng berempah restoran Sambal Hijau. 

Paling win dan buat bertambah-tambah nasi ialah sambal hijau atau sambal ijo. Ini sambal ijo yang betul-betul autentik. Yang siap ada ikan bilis tu. Terangkat!

Puas hati apabila berpeluang menikmati masakan padang yang kena dengan selera. Insya-Allah, nanti ada rezeki hendak pergi makan di restorannya pula. Boleh feel pilih macam-macam lauk. 😂

Kawan-kawan yang tinggal berhampiran atau ada urusan di kawasan sekitar, bolehlah singgah Restoran Sederhana dan nikmati makanan-makanan lazat di sana.

7 ulasan

  1. feveret ni...bestnya sambal ijo...selalu gi cawangan di Jalan TAR..

    BalasPadam
  2. alhamdulillah semua nampak sedap tu..lemak pucuk paku, paru goreng..yum yum...

    BalasPadam
  3. pernah mkn yg dkt bandung indonesia..yg kt PJ ni tk pernh smp lg..mmg suka masakan padang especially gulai tunjang

    BalasPadam
  4. Kakak mesti datang langsung Padang 😄. Dulu saya tak suka makanan Padang yg ada di jakarta. Bagi saya terlalu asin. Lalu outing kantor ke Padang, saya mau tak mau makan makanan mereka. Ternyata di kota asalnya jauuuh lebih enak memang 😄👍. Tak terlalu asin, bumbu pas, dan pedas. Beda dengan yg di jakarta.

    BalasPadam
  5. Besar-besar potongan paru dia.. First time tengok telur puyuh masak dengan kentang macam tu.. Nice..

    BalasPadam
  6. ohhh resto sederhana ni dah ada caw kat sini ya? baru tauuu
    ms g jakarta 10 thn lps kami ada mkn kat resto ni...kat resto masakan padang ni sy suka menu goreng2... ckp daa mkn dgn nasi putih panas2

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.