Braised Lamb Shank di Alwi’s Food | Cerita makan lamb shank sedap ini sudah agak lama. Waktu itu saya teman Cekengah bawa anak kucingnya, Rhea pergi vet di Pusat Komersial TSB, Sungai Buloh. Alang-alang sudah berada di sana, Cekengah ajak makan di Alwi’s Food.
Restoran ini milik Chef Alwi. Pernah jugalah saya tengok Chef Alwi dalam salah satu rancangan di televisyen. Kali ini dapat jumpa chef in person dan nikmati masakannya.
Kami pelanggan pertama untuk pagi itu. Memang sampai ngam-ngam time mereka baru buka kedai. Kami disambut mesra oleh Chef Alwi sendiri dan pekerja-pekerjanya. Cekengah pernah datang makan tengah hari di restoran ini bersama rakan-rakan sejawatnya. Rezeki Cekengah dapat complimentary drink of her own choice. Kira minuman pilihan Cekengah hari itu percumalah. Alhamdulillah.
Tidak silap saya, Cekengah pesan Cream Custard Strawberry Frappe Zass. Ini pula minuman saya, Iced Hazelnut Latte.
My hazelnut latte |
Seleksi makanan barat memang semua nampak tempting. Juadah tempatan pun ada. Asam pedas, ayam percik, mi bandung, nasi goreng daging merah… macam-macam lagilah! Mata mengantuk ni terus jadi rambang mata. 😅
Sebab dah keliru tidak tahu hendak makan apa, Cekengah pilihkan Braised Lamb Shank untuk saya. Special treat sebagai ‘upah’ sebab ngantuk-ngantuk pun sanggup heret diri teman dia menguruskan si Rhea.
Braised Lamb Shank
Braised Lamb Shank |
Maaf gambar saya tidak sempurna. Teruja tengok lamb shank yang nampak amat menyelerakan, hanya selepas suapan pertama baru saya teringat hendak ambil gambar.
Cekengah ordered pasta. Saya terlalu excited dengan makanan yang terhidang di depan mata, sampai lupa nak ambil gambar pastanya. Dapat sipi-sipi je tu.
OK, back to my lamb shank. Alhamdulillah, enak sangat! Menurut description pada menu, lamb shank ini ditumis-reneh (braised) dengan lemon dan oren.
Yummehhh 🤤 |
Tengok gambar yang sungguh menggamit selera, serasa ada bersama ketika menikmatinya!
BalasPadamMemang menggamit selera, Kak Amie. Alangkah baiknya kalau Kak Amie dan semua teman yang baca entri ini dapat rasa sekali 😊
PadamAduh tergoda iman tgk gambar lamb shank tu hahahaha...
BalasPadamHahaha portion dan plating sebegitu memang menggoncang iman dibuatnya 😂
Padambaru je tgk video chef alwi kt fb 😁😁
BalasPadamChef Alwi aktip di social media 😁
PadamHaisssssh kaaaaaak, terliuuur saya lihat nyaaaa 😍😍😍. Lamb itu fav saya ... Kalo dibuat lamb chop, lamb shank memanglah saya akan pilih itu 👍. Apalagi kalo juicy dan lembuuut seperti ini.
BalasPadamSalad dia pun menggoda. Duluuu sebelum coba dressing balsamic dan vinaigrette, saya selalu pakai dressing thousand island. Tapi saya paham tak sehat 🤣🤣. Lalu coba balsamic dan vinaigrette, sejak itu memang tak nak lagi dressing lain apalagi yg creamy. Dah paling sedap dan segar balsamic atau vinaigrette. Di combine keduanya, saya yakin sedaaap 😍
Sedapnyaaa
BalasPadam