Assalamualaikum. Salam Maal Hijrah 1446!
Selamat tahun baharu ya. Mudah-mudahan, 1446 ini bakal menjadi tahun yang baik buat kita semua.
Alhamdulillah, rezeki bercuti panjang hujung minggu ini buat kita semua. Ada yang pergi jalan-jalan ke? Healing dengan keluarga atau peruntukkan masa untuk ME-time? Apapun, selamat beristirahat! Have fun!
Hari ini saya tiada sebarang plan. Mahu keluar rumah, tengok cuaca macam tak cantik. Jadi, santai-santai sahaja, binge-watch TV shows sambil buat jurnal.
Yuri tengah bobok. |
Shakshuka | Menu Sarapan Maal Hijrah
Lazimnya, hujung minggu atau waktu cuti, andai Cekengah tiada urusan, dapatlah kami berkumpul dan bersarapan bersama.
Awal-awal pagi lagi saya sudah selongkar peti sejuk. Ada lebihan daging kebab (malam sebelumnya makan nasi Arab). Tomato ada, telur pun banyak… buat shakshuka-lah.
Saya tumis hirisan bawang, tomato yang dipotong dadu, dan ketulan daging kebab yang dihiris nipis. Kemudian, masukkan sedikit tomato puri, sedikit air, mix herbs dan garam. Rasa dah okey, baru masukkan telur, tabur sedikit hirisan cili padi dan serbuk lada hitam.
Biar seketika di atas dapur sehingga telur masak.
Siap!
Shakshuka | Sarapan kami pagi tadi 😊 |
Alhamdulillah. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati.
Sedapnya makan dengan roti!
BalasPadamAlhamdulillah. Sedaplah untuk selera saya, kak 😊
PadamSelamat menjamu selera
BalasPadamTerima kasih, wak 😊
Padamsedapnyaaaaa!
BalasPadamSimple tadi memang dap dap dap 😊
PadamAlhamdulillah sedap tu makan dgn Roti Arab.. Btw salam kenal ya.. Done follow blog awesome ni :D - Follower ke 709
BalasPadamSalam kenal, TT. Terima kasih sudi berkunjung ke mari.
Padamyuri tgh sejuk ehhh sbb tu jd warna cekelat😁
BalasPadamHaah. Yuri kalau sejuk, kaler dia memekat 😂
Padamkalau tgh panas dia x jadi oyen kan?🤣🤣🤣
PadamYg ini suami saya suka, tp saya tak bisa kak 😅..Krn kuning telur masih cair. Memang lah kalo kuning telur masih cair, saya tak bisa telan langsung 🤣
BalasPadamMakan pula dengan roti.. memang bergembiralah perut..
BalasPadam