Coklat Pistachio Royce

Isnin, Julai 08, 2024

ROYCE Pistache Chocolat | Minggu lepas, tengah bosan di rumah, tiba-tiba mulut terasa sunyi. 🤣 Apa lagi, selongkar pantrilah jawabnya. Tengok apa yang ada, buat teman mulut sunyi. Nampak kotak hijau, terus saya senyum lebar. 

Coklat pistachio ROYCE ini coklat bermusim. Tidak silap saya bulan enam sahaja coklat ni buat kemunculan istimewa. Sempena keraian hari bapa. Semasa pertama kali rasa coklat ni tahun lepas, saya terus jatuh cinta. 

Saya bukan penggemar tegar pistachio. Senang cakap, pistachio bukan perasa pilihan utama saya kalau beli aiskrim, coklat atau pencuci mulut. Ada, saya makan. Tiada, saya tidak cari. 

Tetapi, kalau coklat pistachio ROYCE ni memang saya tidak akan tolak! Suka sangat. Dalam banyak-banyak produk pistachio, inilah yang paling saya suka… yang akan saya grab kalau lalu depan mata.

Beginilah rupa coklatnya. Kecil sahaja. Dalam bentuk bar memanjang. Bahagian luar ialah salutan coklat susu, coklat pistachionya di tengah.

Pistache Chocolat

Ini pula keratan rentasnya.

Bahagian dalam coklat pistachio Royce.


Dari segi rasa, kena dengan selera saya. Coklat bahagian dalam tu bukan sekadar coklat kosong berperasa pistachio, tetapi mewah dengan kacang pistachio juga. Jadi, apabila kita makan, tidaklah rasa bland. Ada elemen lembut dan rangup yang bergabung. Ada texture gitu. 

Coklatnya juga tidak terlalu manis. Ada sesetengah coklat pistachio yang pernah saya rasa sebelum ini terlalu manis untuk saya. This one, just nice! Kemanisan dan lemak berkrimnya ngam. Memang betul-betul enjoy saya makan.

Sekali-sekala bolehlah manjakan diri dengan coklat ROYCE ini. Tak boleh selalu. Tak elok untuk kesihatan badan dan kesejahteraan poket. Hahaha!


Kalian pula bagaimana? Ada sebarang produk berasaskan pistachio yang kalian suka? Kongsilah dengan saya.

8 ulasan

  1. Saya pun suka kacang ni. Beli sekilo masa jalan-jalan ke Turkiye. Puas makan.

    BalasPadam
  2. eh baru tau perisa pistachio ni dia ada musim rupanya... ok harap dpat rasa tahun depan la jawab nya :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Begitulah nampak gayanya, Kak Ret. Saya pun tak perasan coklat pistachio ni keluar ikut musim. Kebetulan, time teringin coklat Royce memang bulan 6 gitu hahaha

      Padam
  3. Aduhaiii bila tgk potong dalam coklat tu.. kaya sungguh isi nya.. coklatttttt hahahah

    BalasPadam
  4. baru smlm sy terbaca kat X. antara benda murah kat jepun tp mahal kat🇲🇾. coklat royce ni salah satunya...
    sy x penah try mana2 lg coklat royce ni

    BalasPadam
  5. Ya Allah, langsung nak carilah kalo ke Malaysia lagi 😍😍😍😍. Lihat dalamnya saja dah confirm suka. Pistachio memang sedaaap kalo jadi topping coklat

    BalasPadam
  6. hahaha.. tergelak sha baca kesejahteraan poket tu.. Sha tak pernah rasa lagi coklat bergabung dengan pistachio ini.. nantilah sha cari dan cuba.. macam tergoda pula tengok keratan rentas coklat tu..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.