Memaparkan catatan dengan label Selongkar Pantri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Selongkar Pantri. Papar semua catatan

Coklat Pistachio Royce

Isnin, Julai 08, 2024

ROYCE Pistache Chocolat | Minggu lepas, tengah bosan di rumah, tiba-tiba mulut terasa sunyi. 🤣 Apa lagi, selongkar pantrilah jawabnya. Tengok apa yang ada, buat teman mulut sunyi. Nampak kotak hijau, terus saya senyum lebar. 

Coklat pistachio ROYCE ini coklat bermusim. Tidak silap saya bulan enam sahaja coklat ni buat kemunculan istimewa. Sempena keraian hari bapa. Semasa pertama kali rasa coklat ni tahun lepas, saya terus jatuh cinta. 

Saya bukan penggemar tegar pistachio. Senang cakap, pistachio bukan perasa pilihan utama saya kalau beli aiskrim, coklat atau pencuci mulut. Ada, saya makan. Tiada, saya tidak cari. 

Tetapi, kalau coklat pistachio ROYCE ni memang saya tidak akan tolak! Suka sangat. Dalam banyak-banyak produk pistachio, inilah yang paling saya suka… yang akan saya grab kalau lalu depan mata.

Beginilah rupa coklatnya. Kecil sahaja. Dalam bentuk bar memanjang. Bahagian luar ialah salutan coklat susu, coklat pistachionya di tengah.

Pistache Chocolat

Nutella Biscuits yang Dap Dap Dap

Selasa, Mac 07, 2023

Assalamualaikum. Selamat tengah hari. 

Hari ini entri selongkar pantri. Lebih kepada selongkar isi kotak sebenarnya sebab snek, jajan dan makanan untuk kunyah-kunyah kebanyakannya masih tersimpan di dalam kotak. Sejak berpindah, ada beberapa kotak di rumah ini yang statusnya tergantung sepi. Tak selesai lagi saya punggah. 😂 

Selongkar punya selongkar, jumpa barang rare. Rare bagi sayalah, mungkin tidak bagi kalian. Saya susah nak jumpa benda ni di sini. 


Nutella Biscuits

Nutella Biscuits

Sepek Nutella Biscuits ini menjadi kegemaran dan rebutan seisi keluarga. Dahulu susah juga nak cari sebab tiada di pasaran Malaysia. Kalau ada pun kena beli melalui personal shopper. Tetapi, sekarang dah boleh cari di Tiktok, Shopee dan Lazada. Siapkan RM jelah.

Dapatkan Nutella Biscuits yang yummy di Lazada 

Saya selalu ada rezeki merasa Nutella Biscuits ni waktu adik lelaki dan adik ipar saya balik Malaysia. Mereka akan borong Nutella Biscuits banyak-banyak bawa balik sini untuk diberikan kepada ahli keluarga dan kawan-kawan.

Tim Hortons French Vanilla Cappuccino

Jumaat, September 30, 2022

Entri selongkar pantri lagi. 😊 Kali ini, cari-cari barang untuk dimakan, saya terjumpa Tim Hortons French Vanilla Cappucino. Tidak silap, kopi ini pemberian adik saya. Saya jarang-jarang beli minuman pracampur atau kopi sedia dibancuh.

Tim Hortons merupakan jenama dari Kanada. Saya belum pernah cuba mana-mana produk kopi Tim Hortons. Terujalah juga ingin tahu bagaimana rasanya. Okey, jom kita bancuh secawan!


Tim Hortons French Vanilla Cappuccino

Turk Lokumu | Turkish Delight

Jumaat, Ogos 12, 2022

Edisi Selongkar Pantri lagi. Kali ini kita makan lokum atau Turkish delight. Manisan dari Turki ini diperbuat daripada some kind of kanji, gula dan pelbagai jenis kacang (seperti kacang hazel, pistachio, kacang pine dan walnut) dan bahan-bahan lain yang lazat berperisa seperti lemon, oren dan hirisan kurma. 

Lazimnya, jika ingin cari pencuci mulut, manisan atau snek kunyah-kunyah, lokum tidak menjadi manisan pilihan saya. Sebelum ini, beberapa kali makan Turkish Delight saya  asyik terkena 🥴 Rezeku dapat yang rasanya terlalu manis buat saya.


Turk Lokumu

Nissin Ramen Tokyo Shoyu

Jumaat, Oktober 08, 2021

Ini entri selongkar pantri. Biasalah apabila cuaca bertukar-tukar, sekejap panas sekejap sejuk ... yang malar tidak bertukar cuma selera dan hala langkah saya sahaja. Laju menapak pergi dapur selongkar pantri tengok apa yang boleh dimakan atau dibuat kunyah-kunyah.

Penemuan saya untuk kali ini - Sepek Nissin Ramen Tokyo Shoyu. Interesting! Ada yang pernah makan tak?

Nissin Ramen Tokyo Shoyu

Mi Goreng Spicylicious Mi Sedaap

Isnin, September 06, 2021

Sudah rasa Mi Goreng Spicy’licious dengan Sambal Hijau Mi Sedaap yang baharu? Baru tak baru, sudah sebulan lebih rasanya produk ni berada di pasaran. 

Saya sebenarnya tidak perasan pun yang di rumah ni ada Mi Sedaap Spicy’licious. 

Cuma baru-baru ini apabila lapar dan teringin hendak makan mi segera jenis goreng, selongkar pantri jumpa satu pek. Tak pasti dari mana dapat. Mungkin masa beli barang dapur di Econsave dapat hadiah percuma. Tak pun Cekengah yang bagi. Adik saya ni ada kecenderungan suka cuba produk baharu yang dia nampak sedap. Apabila dah makan, tak kena selera atau telinga berasap sebab tak tahan pedas, semua dihantar ke rumah saya. 

Inilah rupanya Mi Goreng Spicy’licious dengan Sambal Hijau.