Tim Hortons French Vanilla Cappuccino

Jumaat, September 30, 2022

Entri selongkar pantri lagi. 😊 Kali ini, cari-cari barang untuk dimakan, saya terjumpa Tim Hortons French Vanilla Cappucino. Tidak silap, kopi ini pemberian adik saya. Saya jarang-jarang beli minuman pracampur atau kopi sedia dibancuh.

Tim Hortons merupakan jenama dari Kanada. Saya belum pernah cuba mana-mana produk kopi Tim Hortons. Terujalah juga ingin tahu bagaimana rasanya. Okey, jom kita bancuh secawan!


Tim Hortons French Vanilla Cappuccino

Cara penyediaan sangat mudah. Dua sudu besar serbuk Tim Hortons French Vanilla Cappucino dibancuh dengan 175 - 200 ml air panas. Cappuccino enak berkrim sedia untuk dinikmati. 

Setelah dibancuh, warna kopinya light brown. Tidak terlalu pekat. Wangi beraroma. Dari segi rasa pula, untuk lidah kopi saya ... it's more to latte instead of cappuccinoA bit too sweet for me. Saya akan lebih hargai dan nikmati minuman ini andai kandungan kopinya lebih sedikit. Bagi saya, kopinya mild sahaja. Rasa vanila yang lebih ketara berbanding kopi. Tetapi, ini cuma pendapat peribadi saya. 

Bagi yang kurang gemar kopi pahit, pasti kalian akan enjoy minum Tim Horton French Vanilla Cappuccino. Ni kalau buat iced cappuccino pun sedap! 

Geng-geng kopi, jika teringin hendak minum, cuba cari di Shopee atau Lazada ya.

15 ulasan

  1. terbau coffee plak baca entry...emmm....coffee lover je yg memahami nya kan...
    MA pun suka extra coffee tu..pahit2..dappp

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha entri ini memang wajib ada bau-bau kopi :D

      Padam
  2. wah..teringin nak rasa...baca naka aje dah terliur..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti boleh cuba, MY. Mana tahu kena dengan selera.

      Padam
  3. menarik. packaging pun cantik. saya lah tu yang kurang suka kopi pahit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti ada rezeki jumpa, akak jamu Sal kopi manja. Confirm tak pahit punya :)

      Padam
  4. Coffee memang kesukaan
    skrg je kena kurangkan. Baunya tu menggoda

    BalasPadam
  5. Terus Sha cari kak.. Menarik untuk dicuba ini.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat mencuba, Sha. Kalau tak jumpa yang ini, boleh cuba produk Tim Hortons yang lain juga.

      Padam
  6. ammi pun kalau minum kopi...mesti nak ada pahitnya

    BalasPadam
  7. Hi kak Farrah. Lama saya tak datang sini. Tiba-tiba masuk nampak Tim Hortons. Hehehe. Rindu Timmies tiba-tiba.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.