Speculoos Spread dan Roti Sourdough

Jumaat, Mac 06, 2026

Assalamualaikum. Salam pertengahan Ramadan. Mudah-mudahan kita semua terus diberi kekuatan, kesihatan yang baik dan kelapangan masa untuk terus melaksanakan ibadah-ibadah di bulan mulia ini.

Tadi, waktu sahur rasa macam nak makan sesuatu yang simple je. Malas nak panaskan lauk. Dalam situasi beginilah saya selongkar pantri. 😊

Jumpa sapuan Speculoos. Adik ipar saya beri. Roti sourdough pun ada. Inilah hidangan sahur saya.


Apa Itu Speculoos? 

Speculoos Spread

Speculoos ni sebenarnya sejenis biskut berempah Belgium yang ada gabungan rasa kayu manis, cengkih, buah pala dan halia.

Speculoos spread pula biskut yang dihancurkan (lebih kepada dikisar sampai halus dan creamy) jadi sapuan untuk roti, waffle atau lempeng. Kalian familiar dengan Lotus Biscoff, kan? Yang orang selalu guna untuk buat desserts tu. Haa… Biscoff salah satu jenis Speculoos. 

Dapat bayangkan tak rasanya?


Roti sourdough dan sapuan Speculoos

Tekstur dan warna Speculoos lebih kurang macam lepa kacang biasa. Jika dibandingkan dari segi rasa, saya lebih gemar Speculoos. Speculoos lebih ketara rempahnya. Biscoff pula lebih manis dan berkaramel. 

Setakat ini, kalau cari secara online, saya tidak jumpa jenama ini. Tetapi, ada jenama lain - Biskit Butter. Ada di jual di sesetengah pasar raya dan kedai menjual barang buat kek.

Andai kalian berminat hendak rasa, boleh cuba intai-intai di Shopee. Ini salah satu kedai yang jual Biskit Butter.

Catat Ulasan

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.