Nutella Biscuits yang Dap Dap Dap

Selasa, Mac 07, 2023

Assalamualaikum. Selamat tengah hari. 

Hari ini entri selongkar pantri. Lebih kepada selongkar isi kotak sebenarnya sebab snek, jajan dan makanan untuk kunyah-kunyah kebanyakannya masih tersimpan di dalam kotak. Sejak berpindah, ada beberapa kotak di rumah ini yang statusnya tergantung sepi. Tak selesai lagi saya punggah. πŸ˜‚ 

Selongkar punya selongkar, jumpa barang rare. Rare bagi sayalah, mungkin tidak bagi kalian. Saya susah nak jumpa benda ni di sini. 


Nutella Biscuits

Nutella Biscuits

Sepek Nutella Biscuits ini menjadi kegemaran dan rebutan seisi keluarga. Dahulu susah juga nak cari sebab tiada di pasaran Malaysia. Kalau ada pun kena beli melalui personal shopper. Tetapi, sekarang dah boleh cari di Tiktok, Shopee dan Lazada. Siapkan RM jelah.

Dapatkan Nutella Biscuits yang yummy di Lazada 

Saya selalu ada rezeki merasa Nutella Biscuits ni waktu adik lelaki dan adik ipar saya balik Malaysia. Mereka akan borong Nutella Biscuits banyak-banyak bawa balik sini untuk diberikan kepada ahli keluarga dan kawan-kawan.

Intai sikit kat dalam 😁

Biskut bulat berbentuk hati besar dengan kandungan inti Nutella. Sedap sangat! Biskutnya rangup walaupun agak tebal. Inti Nutella mewah. Senang cerita, puas hatilah setiap gigitan dan suapan. Meh, saya kongsi 'keratan rentas' biskut ini.

Biskut Nutella yang yummeh!


Nampak tak inti Nutella yang banyak tu? Bagi saya, portion Nutella tu just nice. Tidak terlalu sedikit sampai kita rasa tak padan dengan biskutnya yang tebal. Tidak juga terlalu banyak sampai meleleh-leleh intinya keluar.

Bagi kalian yang sweet tooth atau memang penggemar Nutella, kalau jumpa biskut ni jangan lupa grab tau. Saya yakin kalian akan suka. 


6 ulasan

  1. Nutella tak pernah tak best. Tak cukup kalau makan.. hehehe

    BalasPadam
  2. cari kat jaya supermarket mesti ada... sbb kat situ byk coklat2 or biskut2 rare... lagi bsr jaya tu lg byk laa yg rare akn jumpa...tp tang harga tu x bestπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

    BalasPadam
  3. love sgt apa2 yg berkaitan nutella ni...yum yum

    BalasPadam
  4. Memang rare jugak ni sebab bagi ccl susah nak jumpa . Klw ada nuttella ni semua jadi sedap kan

    BalasPadam
  5. alaaa tak borong masa ke langkawi.. sedap rupanya

    BalasPadam
  6. Memang sedap kak.. Sha pun dah beli.. Puas hati tengok inti nutella dia..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.