Turk Lokumu | Turkish Delight

Jumaat, Ogos 12, 2022

Edisi Selongkar Pantri lagi. Kali ini kita makan lokum atau Turkish delight. Manisan dari Turki ini diperbuat daripada some kind of kanji, gula dan pelbagai jenis kacang (seperti kacang hazel, pistachio, kacang pine dan walnut) dan bahan-bahan lain yang lazat berperisa seperti lemon, oren dan hirisan kurma. 

Lazimnya, jika ingin cari pencuci mulut, manisan atau snek kunyah-kunyah, lokum tidak menjadi manisan pilihan saya. Sebelum ini, beberapa kali makan Turkish Delight saya  asyik terkena 🥴 Rezeku dapat yang rasanya terlalu manis buat saya.


Turk Lokumu

Hacı İsmail Hakkızade Hafız Mustafa 1864 Turk Lokumu

Semasa terima Turkish Delight Hacı İsmail Hakkızade Hafız Mustafa 1864 ini minggu lepas, baik saya mahupun Bott belum ada mood nak makan. Pandang-pandang begitu sahajalah sebelum disusun di dalam pantri. Dari luar nampak pilihan yang ada, tergoda juga selera. Dalam kepala saya aim nak rasa yang putih (nougat) tu sahaja. Yang lain kena fikir banyak-banyak kali sebab bimbang terlalu manis. 

Semalam, balik dari buat urusan di luar, saya bukalah kotak lokum. Konon-konon nak recharge tenaga sementara menunggu waktu makan. Nyata tanggapan saya salah. Sedaplah! Sesuai pula dengan cita rasa. Ke tunas rasa saya sudah berubah? Ada lima jenis lokum. Kelima-limanya tidak manis meleleh berlebih-lebihan. Sedang-sedang aja.

Lima jenis Turkish Delight

Close up lokum. Gambar ditangkap setelah saya dan Bott makan sikit-sikit sorang dan bungkus beberapa ketul untuk adik rider yang datang hantar barang. Kotak comot dengan serbuk gula bersepai sana-sini kerana saya dengan cemerkapnya jatuhkan kotak ini dua kali.

Lokumnya mewah dan padat dengan kekacang. Ada pistachio, ada kacang hazel. Puaslah setiap gigitan. Bagi yang belum pernah cuba, teksturnya kenyal-kenyal. Macam gabungan jeli dan marshmellow gitu. Rasa karamelnya pula datang dari gula. Selain nougat pistachio, saya suka yang perasa oren. Salah satu daripada lima jenis lokum di atas berperasa bunga mawar. Saya difahamkan perasa bunga mawar ini antara lokum yang popular dan asli. Rasanya? Not bad at all! Tekak boleh terima.

Ada sesiapa di sini yang gemar nikmati lokum tak? Kalian suka perasa apa?

6 ulasan

  1. kurang gemar manisan Turki sebab memang tak makan manis. mungkin boleh cuba lokum ni nanti kalau betul tak manis sangat

    BalasPadam
  2. tak pernah makan, tapi nmpak mcm menarik utk dicuba

    BalasPadam
  3. Sha suka yang warna putih tu.. Tak manis.. memang puaslah makan kalau yang itu.. Yang lain-lain tu ada cuba tapi tak berapa kena dengan tekak.. hehehe

    BalasPadam
  4. Tengok manisan timur tengah ni tak berani nak cuba sebab nampak manis sangat. hehe.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.