Hidangan Sarapan Mudah Ala Shakshuka

Isnin, Januari 18, 2021

Assalamualaikum semua. Apa khabar? 

Hari ini saya ingin kongsi hidangan sarapan ala shakshuka saya. Apakah itu shakshuka? Shakshuka yang bermaksud 'campuran' merupakan hidangan telur dalam kuah tomato dari timur tengah.Campuran pelbagai ramuan seperti hirisan bawang, tomato, lada benggala, kombinasi rempah seperti paprika dan jintan yang dimasak dalam skillet bukan sahaja sesuai dinikmati semasa sarapan, malah untuk makan tengah hari atau makan malam.

Saya biasa buat untuk sarapan. Breakfast skillet-lah konon-kononnya. Jika resepi shakshuka asal mewah dibanjiri kuah tomato, versi shakshuka saya cuma menggunakan buah tomato yang dipotong dadu dan ditumis hingga layu, lembut serta mengeluarkan air.

Ini hidangan sarapan saya semalam. Saya letak hirisan lapisan ayam belanda yang saya goreng dengan sedikit mentega terlebih dahulu. Lebihan minyak gorengan tu akan memberikan lebih rasa kepada telur. 😊

Ini pula versi yang lebih ringkas. Tiada extra toppings. Pun tidak kalah keenakannya. Mari kita tengok resepi.


Resepi Telur Tomato ala Shakshuka (Portion untuk 2 orang)

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 3 - 4 biji telur
  • 1 biji bawang besar dihiris halus
  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • 1 - 2 biji tomato dipotong dadu
  • hirisan cili api, cili merah atau cili hijau jika ingin pedas. Tidak letak pun tidak mengapa (optional).
  • sedikit herba oregano kering. Rempah yang biasa digunakan untuk shakshuka biasanya serbuk cili, paprika dan jintan putih. Saya suka guna oregano dan lada hitam. Kira kita lencong ke Itali sikit hehehe
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak atau mentega untuk menumis

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Panaskan minyak. Tumis hirisan bawang besar, bawang putih dan tomato yang didadu sehingga naik bau dan tomato lembik. 
  2. Kemudian, buat lubang kecil dan pecahkan telur. 
  3. Taburkan oregano, serbuk lada hitam, garam dan untuk saya, hirisan cili api 😊
  4. Tutup kuali. Biarkan sehingga telur masak sekitar  5 - 8 minit. Tempoh masa berbeza bergantung pada sejauh mana kalian ingin telur tu masak. Nak betul-betul firm, biarkan lama sedikit. Jika ingin telur kuningnya masih cair, singkatkan masa di atas dapur. Macam saya, Bott tak suka makan telur tak cukup masak ni. Makanya, semua kena well done!
  5. Sedia untuk dihidangkan.

Andai mahu hidangan lebih beraroma, bolehlah taburkan hirisan daun sup dan daun bawang sebelum dihidangkan. 

Selain itu, kita boleh pelbagaikan ramuan yang hendak dimasukkan ke dalam telur tomato ini. Hirisan sosej, hirisan lobak merah, parutan keju, kobis, lada benggala ... apa sahaja. 

Jika ingin hidangan berkuah betul-betul macam shakshuka tu, instead of guna buah tomato segar, gunakan tomato dalam tin. Masukkan selepas bawang dan bahan-bahan lain ditumis, biar kuah masak seketika sebelum masukkan telur. Nak shortcut lagi? Guna kuah pasta bolognaise dalam botol tu pun sedap!


Juadah telur tomato ini sesuai dinikmati dengan roti bakar atau baguette. Selamat mencuba!

21 ulasan

  1. pernah tgk juga menu ni tp tk pernh try..nmpk sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti boleh cuba, mama tisya. Musim pkp ni kan musim mencuba pelbagai resepi hehehe

      Padam
  2. alaaa bahan kt dapur x ckp laa pulaaa... kalu x tgh hari ni boleh mkn pedulik apa makanan utk sarapan kan time pkp ni hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha betul. Siapa cakap tak boleh sarapan masa makan malam? 😂

      Padam
  3. Saya suka kuah bolognese, tomato. Boleh cuba buat.

    BalasPadam
  4. sedap lah akak tp hirisan ayam belanda tu susah nk dpt stok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Nina. Kat tempat akak ni pun, once in a blue moon jelah baru jumpa.

      Padam
  5. Sedap dan berkhasiat nampaknya 👍

    BalasPadam
  6. Sedap hidangan macam ni. Ala ala pizza boleh letak any topping yang disukai :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, ikut selera kita. Guna apa bahan yang kita ada 😊

      Padam
  7. Selalu juga nampak resipi ini, tapi belum pernah cuba.
    Bubuh oregano tu tentu harum arom shakshuka tu.

    BalasPadam
  8. nice ni, farrah.
    aida x pernah buat.
    tq for the idea.
    PKP ni elok sgt la aida cuba.
    tapi tu la. anak2 ntah makan ntah tidak.
    rasa2nya mcm makan. just Ijat, kena buat menu lain.
    Ijat x makan telur sgt.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, si bongsu tu tak makan telur sangat ye. Bolehlah kot kalau Aida nak buat, umpan selera dengan toppings toppings yang Ijat suka.

      Padam
  9. Saya pernah buat. Tambah baked beans dalam tin sekali. Saya suka telur tu agak cair. Tapi selalu terlambat angkat, telur dah masak habis. Makan ni memang lama kenyang kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, ada baked beans memang berganda-ganda kesedapannya. Betul tu, Sal. Menu ni mengenyangkan. Jadi tahan lamalah sikit sebelum perut mula nyanyi lagu lapar 😊

      Padam
  10. menarik juga resepi ni. selalu goreng telur kosong je, ni boleh tambah topping sedap pula tengok :)

    BalasPadam
  11. Adoi.. meleleh air liur saya tengok resepi ini.. Saya hold dulu sebab bahan tak berapa ada.. hehehe

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.