Resepi Berasaskan Pasta Bahagian 2

Sabtu, Januari 16, 2021

Assalamualaikum. Hari ini kita sambung entri resepi berasaskan pasta lagi. Seperti yang pernah saya nyatakan sebelum ini, pasta memang antara bahan kering yang sentiasa saya pastikan ada stok di rumah. Rasa-rasa malas hendak masak lauk dan makan nasi, kita beralih selera pada hidangan pasta. 

Jika dalam entri Bahagian 1, ada resepi penne bakar berempah, makaroni goreng mudah, makaroni Marmite dan spageti aglio olio, dalam entri kali ini ada tiga lagi resepi mudah menggunakan pasta. Kebanyakan bahan-bahan yang digunakan memang ada dalam dapur kita. Ini bukan pasta yang perlu tiga macam keju, krim pekat dan pelbagai jenis rempah dan herba.

Menu-menu di bawah merupakan juadah pasta yang diolah menggunakan bahan-bahan yang minimum.

Jom tengok! Mana tahu ada yang boleh kalian cuba.

   

Resepi Spageti Goreng Mudah 

Spageti Goreng Mudah


Resepi yang satu ini memang sangatlah mudah. Sebab saya guna perencah Mi Goreng Adabi. Bahan-bahan yang diperlukan pun tidak banyak. Protein saya cuma telur. Hirisan tomato, lobak merah dan cili hijau sebagai pelengkap rasa. Kalian boleh pelbagaikan hidangan ini dengan menggunakan makanan laut, ayam, bebola ikan atau hirisan tauhu. Sudahi dengan taburan chilli flakes

This is my go to recipe bilamana saya lapar, inginkan sesuatu yang mudah dan mengenyangkan. Adanya perencah ini, kira jimat langkah penyediaan. Saya tidak perlu tambah cili giling, kicap atau sos. bagi saya bahan perencah itu sudah memadai untuk selera saya. 



 Pasta Fusilli Cendawan Shimeji


Pasta cendawan yang menyelerakan.

Resepi kedua ini menggunakan cendawan sebagai rencahnya. Jika kalian biasa gunakan cendawan shitake, apa kata kali ini ubah cita rasa dengan memilih cendawan shimeji. Cendawan shimeji ada dua jenis; ada yang putih dan coklat. Dijual biasanya dalam bungkusan pek 100 - 125g. Rasanya yang manis-manis ini sesuai untuk melengkapkan rasa hidangan pasta berkuah tomato. Saya belum pernah cuba dalam hidangan pasta carbonara lagi. 



Resepi Spageti Ikan Bilis Cili Api


Spageti ikan bilis cili api


Spageti ikan bilis dan cili api ini memang kegemaran saya dan Bott. Keenakan spageti tu datangnya daripada minyak yang kita gunakan untuk goreng ikan bilis terlebih dahulu sehingga garing. Menggunakan minyak yang sama, kita akan tumis bawang putih dan cili api. Akhir sekali baru masukkan ikan bilis goreng. Memang terangkat! Lagi-lagi apabila masa makan tu tergigit cili api. Berair hidung! 

Bagi yang kurang gemar akan masakan pedas atau ada anak-anak kecil yang turut menikmati hidangan ini, tidak perlulah letak cili. Percayalah, ikan bilis dan bawang putih dah cukup awesome! Selain menggunakan ikan bilis, boleh juga tukar kepada ikan tuna atau sardin. Tuna atau sardin tu dilenyek-lenyek kemudian ditumis sekali dengan bawang putih. 


Selamat mencuba!



33 ulasan

  1. Kak Amie selalu gunakan cendawan shiitake. Boleh try nanti guna cendawan shimeji pula. Dua-duanya putih dan coklat Kak Amie suka. Terima kasih perkongsian resipi pasta yang sedap ini. Nanti boleh cadangkan kepada Abang Farid, sebab dia hantu pasta.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita, Kak Amie. Putih, coklat, dua-dua suka. Selamat mencuba, Kak Amie.

      Padam
  2. Saya memang hantu spageti. Bolehlah cuba lagi-lagi resipi terakhir guna ikan bilis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau NA penggemar spageti, yang terakhir tu memang patut cuba. Tak akan menyesal 😊

      Padam
  3. Yang last tu nampak best. East meet west. Fusion gitu. Boleh try ni. Musim pkp bermakna musim saya masuk dapur try resepi pelik2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, mari kita menempuh hari-hari PKP dengan bereksperimen di dapur 😊

      Padam
  4. xtau pulak pasta boleh dimasak gitu yg macam yg last sekali tu, selalu dgn nasik je buat cmtu..dgn spagetti pun in jugak yer..boleh try ni kalau rasa tak lalu atau xda bahan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh, Timm. Minyak gorengan ikan bilis tu yg akan beri rasa kaww pada spageti. Cubalah 😊

      Padam
  5. anak2 wak sukak makan pasta camni., ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak pula, kalau pasta-pasta begini kena dengan selera tak?

      Padam
  6. Spaghetti Ikan Bilis Cili Api tu belum pernah cuba lagi. Macam sedap pulak masak ala stail masakan melayu :)

    BalasPadam
  7. Nampaknya Eza boleh try la rezeki pasta yang dicadangkan. Selalu masak yang biasa je bolognese dan carbonara. Hihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa... lepas ni bolehlah cuba resepi pasta yg lain. Mana tahu kena dengan selera Eza. 😊

      Padam
  8. Rare tu farrah guna ikan bilis.. xtau lah tekak anak2 sy masuk ke x.. tp menarik sgt inovasinya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau untuk kids, maybe taste mereka lebih cenderung pada bolognaise atau cheese kan...

      Padam
  9. aah biasanya saya buat spegeti goreng..senang nak buat..jimat masa utk sediakan pepagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Memang jimat masa. Dengan bahan-bahan sedikit pun boleh ON 😊

      Padam
  10. Definitely I'll go for cili padi version :D

    BalasPadam
  11. spgahetti ikan bilis...hehe...biasa kalo pasta ni anakdara suka sgt especially carbonara or bolognese

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dua tu memang kids suka kan sebab kena dengan tastebuds mereka

      Padam
  12. spagetti dgn ikan bilis tu bolehlah cuba... sy betul2 dah kering idea nak masak apa hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silalah cuba. Nanti jangan lupa kongsi suka atau tidak dengan hasilnya ya 😊

      Padam
  13. betul stok pasta wajib ada kt rumah.. klau malas masak nasi memang masak pasta pun dh kenyang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan kan... senang kalau ada stok pasta kat rumah.

      Padam
  14. bab pasta ni, farrah, aida more to bolonis.
    sebab ikut selera anak2. karang buat lain skit, diorang terkulat-kulat nak menelannya.
    carbonara, diorang makan tapi tak bertambah :)
    hmmm kalau nasi, tak kisah pe lauk, ngap bertambah-tambah!
    tekak melayu sungguh lah kan... ha ha ha ha ha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe tekak melayu tu yang best, Aida. Tak susah nak beri makan. Bab-bab pasta ni kalau untuk kids memang sesuai bolognaise atau yang cheesy2 kan...

      Padam
  15. IKan bilis dengan cili api tu nampak menariklah kak.. Mesti terangkat..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.