Pasta Fusilli Cendawan Shimeji

Khamis, September 24, 2020

Assalamu'alaikum.
Saya muncul balik di sini! Hahaha asyik tenggelam timbul je kan? Maaflah, dua tiga menjak ni agak sibuk. Ditambah pula dengan tahap kesihatan yang agak kurang memuaskan. Jadi, bila dah lemau sepanjang hari tu, manalah ada masa nak berblogging.

Hari ini kita cerita pasal makan. Tentang pasta. Pasta merupakan antara bahan kering yang sentiasa saya pastikan ada dalam pantri saya. Kalau waktu ada promosi atau jualan murah, memang saya akan beli lebih buat stok. Tidak kiralah fusilli ke ... macaroni ke ... atau yang jenis  panjang (spaghetti atau fettuccine). Macam-macam resepi dan hidangan yang boleh diolah menggunakan pasta. Dari hidangan utama, buat salad hinggalah ke kudapan ringan untuk dikunyah-kunyah. 

Di rumah ini, saya yang suka makan pasta ✋ (in fact saya suka makan semua benda) huhuhu.  Tetapi, yang suka masak pasta, si Bott. Mintalah nak pasta apa - nak bergoreng, berkuah soupy-soupy, nak yang creamy atau versi yang bakar ... pandailah Bott olah ikut bahan-bahan yang ada di dapur. Bab-bab pasta, saya memang tahu minta je. 

Hidangan di bawah ini Fusilli Cendawan Shimeji. Kuahnya ala-ala bolognese, isinya menggunakan cendawan shimeji yang berwarna putih dan hirisan sosej. Cendawan shimeji ada dua jenis. Putih dan coklat. Saya tak berapa pasti ada perbezaan ketara atau tidak antara kedua-duanya selain warnanya. Dari segi rasa, bagi saya dua-dua sedap! Jika beli, lazimnya saya main ambil sahaja apa yang ada. Tidak kiralah putih atau coklat.
 

Resepi Pasta Fusilli Cendawan

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 2 - 3 biji tomato dikisar atau cincang halus. Jika kalian ada tomato paste atau puree lagi mudah. Gunakan yang itu sahaja. Banyak mana? Part ni kena agak-agak ikut kesesuaian cita rasa ye.
  • 5 - 7 ulas bawang putih
  • Beberapa batang sosej dihiris
  • Cendawan shimeji (ikut cita rasa hendak letak banyak mana)
  • Sedikit sos tomato
  • Oregano, thymes dan parsley secukup rasa. Herba-herba ini terpulang nak guna banyak mana. Juga ikut cita rasa kalian herba mana yang nak rasa lebih menonjol, yang mana hendak dikurangkan. Nak mudah, beli je Spaghetti Bolognese Herb Blend jenama MasterFoods. Dah siap campur dah herba-herbanya.
  • Serbuk lada hitam secukup rasa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak zaitun atau minyak masak untuk menumis.
  • Sedikit air untuk kuah.


Langkah-langkah penyediaan:
  1. Mula-mula panaskan sedikit minyak zaitun atau minyak masak. Masukkan hirisan sosej dan goreng buat seketika. Angkat dan ketepikan.
  2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang putih hingga naik bau. Seterusnya masukkan tomato kisar dan sedikit air. Kepekatan dan banyak mana kuah bergantung kepada kalian. Saya suka kuah yang jenis pekat. Masak sehingga kuah tomato kita memekat sedikit.
  3. Setelah itu, masukkan hirisan sosej, cendawan, herba pilihan, lada hitam dan sesuaikan rasa dengan garam dan gula.
  4. Sedia untuk dihidangkan dengan pasta pilihan.

Selamat Mencuba! Fusilli yang saya gunakan di atas jenis whole wheat pasta, jadi warnya memang agak gelap sedikit berbanding pasta biasa.

12 ulasan

  1. Saya memang suka kyah bologbesr, tidak jemu makan.
    Macam-macam jenis cendawan boleh gunakan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang apa saja cendawan pun boleh guna. Rasa manis cendawan tu yang akan sedapkan hidangan pasta kita nanti.

      Padam
    2. Perasan ada typo. Maaf, kuah bolognese.

      Padam
    3. Tak mengapa. Masih bisa dimengerti 😊

      Padam
  2. pasta tak jemu makan..suka kuah bolognese sbb pedas...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, kak. Dengan pedasnya ... dengan gabungan herbanya.

      Padam
  3. Mmm yummy-licious. Licin tu sepinggan saya nikmati.
    Lama tak dengar cendawan shimeji.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeay, kita geng! Saya kalau makan pasta memang licin-licau heheeh

      Padam
  4. Balasan
    1. Meh datang sini meh. Pasta ni dah habis...kita makan benda lain eh.

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.