Ahad, September 27, 2020

Buat Buku Nota Mini

Ini projek spontan selepas saya mengemas bilik kraf. Seperti biasa, saya akan jumpa banyak kertas. Disebabkan kebanyakan kertas-kertas ini telah digunakan sama ada sebahagian atau separuh, saya malas nak sort ke dalam fail-fail. Apa saya buat? Saya buat buku nota mini.

Ini bahan-bahan yang diperlukan:


Kertas bercorak atau kertas warna sebagai kulit (cover), kertas putih/kosong untuk bahagian dalam, pisau atau paper cutter, stapler, corner rounder dan seketul getah pemadam.

Mula-mula, potong kertas dan pastikan saiz setiap helaian sama. Seterusnya, lipat kertas-kertas putih kepada dua bahagian untuk buat bahagian dalam buku. Kemudian, letaklah kertas bercorak sebagai kulit di bahagian luar. Berapa banyak kertas nak guna bergantung kepada ketebalan yang kalian inginkan. 

Setelah itu, proses binding buku. Saya tidak jahit buku nota ini untuk bind. Kalau buat buku jurnal sendiri, rajin jugalah saya jahit. Itu pun guna simple stitch sahaja. 

Nak cepat siap, untuk buku-buku ini kita guna stapler sahaja. Jangan bimbang jika kalian tiada stapler jenis panjang. Guna stapler biasa sahaja pun boleh. Di sinilah peranan getah pemadam.

Caranya mudah sahaja. Buka lipatan buku dengan kulit buku menghadap ke arah kita (bukan isi buku ye). Pada bahagian yang kita dah lipat, pilih tempat yang sesuai untuk kita stapler. Ikutlah nak stapler sekali je ke ... dua atau tiga. Bergantung juga pada saiz buku nota yang dibuat.
Letak stapler pada tempat yang dikehendaki. Di bahagian bawah buku pula (bahagian yang dawai kokot akan tembus nanti, letaklah getah pemadam. Jadi, apabila kita tekan stapler tu, dawai kokot akan tembusi halaman-halaman buku termasuk getah pemadam sekali. Terbalikkan buku. Cabut pemadam. Dalam keadaan ini hujung dawai kokot akan terjulur. Bengkokkan dawai kokot yang terjulur tu kemas-kemas. Ulang proses yang sama sehingga selesai.

Di bawah ini buku nota mini yang sudah siap. 


Sebahagian daripadanya saya beri pada anak-anak murid. Ada juga diberi kepada beberapa pelanggan Carousell as free gifts dan dua tiga buah saya buat commonplace journal.



The kids love these!


Mudah, bukan? Jadi, kalau ada kertas-kertas lebih tu jangan buang ye. Boleh buat buku nota begini. Ajak anak-anak buat sekali pun seronok. Mereka boleh hias buku nota ikut kreativiti masing-masing.

10 ulasan:

  1. Ya pernah buat. Cuma tips guna getah pemadam letak bawah buku adalah perkara baru buat saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tips guna getah pemadam tu sangat handy. Tak payah penih kepala cari stapler panjang.

      Padam
  2. cantikkkk๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

    BalasPadam
  3. cantik! sukanyaaaaaa..comei sangat design die..mase belajar art dlu kat U final project kene buat notebook..igt zaman study dedulu hehehe

    BalasPadam
  4. Semua cantik. Takdelah membazir kertas2 tu semua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu yang penting! Akak takut kalau akak rimas, tiba2 akak humban je semua kertas tu sebab malas sort ๐Ÿ˜‚

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.