Memaparkan catatan dengan label Hidangan Cendawan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hidangan Cendawan. Papar semua catatan

Resepi Air Fryer - Cendawan Enoki Bakar yang Sedap dan Rendah Kalori

Isnin, Januari 23, 2023

Ini bukan resepi cendawan enoki mentega yang viral di TikTok tu ya. Ini resepi cendawan enoki bakar yang rendah kalori. Tetapi, apa yang pasti, sedapnya tidak kalah! Kalau makan sekali, mesti nak makan lagi.

Cendawan enoki antara makanan yang mempunyai nilai kalori yang rendah. Satu pek cendawan enoki 100g hanya mempuyai kalori sekitar 60g. Kaya dengan serat pula tu. Sesuai sangat untuk yang hendak berdiet. Kita boleh pelbagaikan hidangan dengan buat sup atau masak dengan sayur. 

Berbalik kepada resepi cendawan enoki versi lebih sihat, sebenarnya sudah banyak kali saya buat menu ini. Memang kena sangat dengan cita rasa. Lazimnya, saya jadikan sebagai snek ringan semasa minum petang atau sesuatu yang boleh dimakan sebagai alas perut sebelum waktu makan makanan berat. 

Proses penyediaan mudah. Boleh guna ketuhar pembakar (oven) biasa atau jika hendak lebih mudah, boleh guna air fryer. Saya telah cuba masak menggunakan kedua-duanya. Dua-dua menjadi. Dua-dua sedap! Rasa cendawan bakar lebih ketara dan berperisa. Ngam sangat dengan sos yang disediakan.

Cendawan Enoki Oven

Versi ketuhar pembakar (oven)

Sarapan Telur Hancur Cendawan Shitake Kering

Jumaat, Julai 30, 2021

Assalamualaikum. Salam Penghulu Hari.

Hidangan sarapan saya kelmarin. Telur hancur dengan sedikit kailan dan hirisan cendawan shitake. Cendawan shitake yang saya gunakan ini cendawan shitake kering yang saya beli ketika jualan 7.7 di Lazada awal bulan dahulu.

Telur Hancur Cendawan Shitake

Saya ada baucar Lazada yang hendak tamat tempoh. Stok cendawan kering di pantri tinggal dua tiga tongkol sahaja. Kebetulan, ada penurunan harga dan peroduk ini tergolong dalam item yang akan dapat cashback. Jadi, saya pun belilah satu pek.

Sandwic Cendawan Roti Parmesan Oregano

Isnin, Disember 14, 2020

Assalamualaikum. 

Hari ini entri resipi mudah tetapi miliki keenakan berganda! Sandwic Cendawan. Apa yang istimewanya hidangan sandwic saya kali ini ialah bahan tambahan yang digunakan seperti hirisan ayam dan hirisan saderi. Selalu jika buat sandwic cendawan, saya hanya guna cendawan shitake, bawang besar dan lada benggala sahaja. Kemudian, tambah perasa seperti sos tiram dan lada hitam. Boleh intai resepi di sini.


Selain daripada itu, pilihan roti saya juga berbeza. Kebiasaannya, saya akan guna roti fibre atau baguette yang dipotong serong memanjang. Tetapi, kali ini saya guna roti parmesan oregano yang dibeli di La Boheme Bakery. Memang jatuh cinta dengan roti ini. Dahlah lembut, wangi je bau parmesan dan oregano menyapa hidung 😉



Resepi Sandwic Cendawan yang Sedap dan Mudah Disediakan


Inti sandwic cendawan

Pasta Fusilli Cendawan Shimeji

Khamis, September 24, 2020

Assalamu'alaikum.
Saya muncul balik di sini! Hahaha asyik tenggelam timbul je kan? Maaflah, dua tiga menjak ni agak sibuk. Ditambah pula dengan tahap kesihatan yang agak kurang memuaskan. Jadi, bila dah lemau sepanjang hari tu, manalah ada masa nak berblogging.

Hari ini kita cerita pasal makan. Tentang pasta. Pasta merupakan antara bahan kering yang sentiasa saya pastikan ada dalam pantri saya. Kalau waktu ada promosi atau jualan murah, memang saya akan beli lebih buat stok. Tidak kiralah fusilli ke ... macaroni ke ... atau yang jenis  panjang (spaghetti atau fettuccine). Macam-macam resepi dan hidangan yang boleh diolah menggunakan pasta. Dari hidangan utama, buat salad hinggalah ke kudapan ringan untuk dikunyah-kunyah. 

Di rumah ini, saya yang suka makan pasta ✋ (in fact saya suka makan semua benda) huhuhu.  Tetapi, yang suka masak pasta, si Bott. Mintalah nak pasta apa - nak bergoreng, berkuah soupy-soupy, nak yang creamy atau versi yang bakar ... pandailah Bott olah ikut bahan-bahan yang ada di dapur. Bab-bab pasta, saya memang tahu minta je. 

Hidangan di bawah ini Fusilli Cendawan Shimeji. Kuahnya ala-ala bolognese, isinya menggunakan cendawan shimeji yang berwarna putih dan hirisan sosej. Cendawan shimeji ada dua jenis. Putih dan coklat. Saya tak berapa pasti ada perbezaan ketara atau tidak antara kedua-duanya selain warnanya. Dari segi rasa, bagi saya dua-dua sedap! Jika beli, lazimnya saya main ambil sahaja apa yang ada. Tidak kiralah putih atau coklat.
 

Lontong Goreng Cendawan | Rendang Cendawan

Rabu, November 15, 2017

Saya memang gemar makan cendawan. Paling suka cendawan shitake dan cendawan tiram. Selalu memang akan pastikan ada cendawan dalam stok bahan masak. Senang nak dibuat lauk. Selain itu, kadang-kadang rajin juga beli enoki atau cendawan butang. Enoki selalunya saya masukkan dalam sayur campur atau buat sup. Cendawan butang pula lazimnya buat inti sandwic, filling pizza atau makaroni bakar.

Di bawah ini ada dua variasi hidangan cendawan tiram. Tidak kiralah cendawan tiram yang kelabu atau yang putih, kedua-duanya saya suka. Asal segar dan sedap dijadikan hidangan.

Antara resepi lain berasaskan cendawan:

Resepi Air Fryer - Cendawan Tiram Goreng

Selasa, Februari 07, 2017

Hari ini, satu lagi resepi mudah menggunakan airfryer - Cendawan Goreng. Saya tidak guna tepung Kentucky atau tepung sadur yang berada di pasaran. Saya suka buat tepung sadur sendiri. Kita boleh pelbagaikan rasa ikut selera. Nak letak serbuk paprika, chilli flakes, serbuk jintan, serbuk telur masin … terpulang. Macam saya, saya boleh kawal kandungan garam dan perasa lain supaya Cekebon dapat nikmati sekali hidangan yang saya sediakan. Something light in flavour for Cekebon, yang lain pandai-pandailah tambah seasoning sendiri.

Resepi Cendawan Goreng

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Cendawan tiram yang telah dibersihkan
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1/2 cawan tepung jagung* 
  • 1 sudu besar serbuk kari*
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah/lada hitam*
  • 1 - 2 biji telur (saya tambah beberapa sudu susu segar dan pukul telur hingga sekata)
  • garam secukup rasa*

Buat Sandwic Cendawan

Rabu, Disember 28, 2016

Siapa suka sandwic cendawan? Sedap kan? Saya paling suka letak inti penuh-penuh dan padat. Nak buat pun mudah sahaja. Ikut citarasa masing-masing. Tak ada sukatan yang spesifik. Untuk inti sandwic cendawan di bawah, saya gunakan cendawan shitake, lada benggala hijau dan bawang besar. Saya lebihkan portion cendawan shitake dan hirisan bawang. Seasoning saya guna sedikit garam, serbuk lada hitam dan sos tiram.


Bersedia untuk 'dikapit' dengan roti :)

Mula-mula, hiris semua bahan. Panaskan kuali dan letak sedikit minyak masak. Tumis bawang hingga naik bau dan caramelized. Masukkan pula cendawan dan lada benggala. Perasakan dengan sos tiram, garam dan serbuk lada hitam. Alternatively, jika tidak mahu menggunakan sos tiram, boleh letak sedikit kicap bersama lada hitam, letak Worcestershire sauce atau BBQ sauce.

Hidangkan dengan roti pilihan yang dibakar dengan sedikit sapuan mentega. Selalunya saya makan begitu sahaja. Dah sedap dah! Jika suka, bolehlah tambah sos cili, mustard dan mayones. 

Ingin cuba resepi sandwic yang lain?

Resepi Sayur Campur Sos Tiram

Isnin, Januari 18, 2016

Assalamu'alaikum,
Selamat Pagi Isnin! Selamat Memulakan Minggu Baru.

Entri pertama pembuka minggu baru, entri resepi. Hidangan Sayur Campur Sos Tiram ini merupakan antara hidangan kegemaran saya dan keluarga. Nak sediakan pun tak remeh sangat. Boleh pilih untuk buat yang berkuah (kami suka kuah banyak) atau stir-fry je. Bahan-bahan terpulang ikut citarasa, macam dalam gambar di bawah, saya hanya gunakan kacang pea, lada benggala, bunga kubis dan lobak merah. Ada kalanya, saya letakkan hirisan cendawan butang/shitake dan jagung.


Sayur Campur Sos Tiram

Cendawan Shitake

Jumaat, April 03, 2015

Assalamu'alaikum. Salam Jumaat semua! Malam tadi tiba-tiba rajin nak check akaun Nuffnang. Intai keywords sekali. As usual, ada carian kord gitar, origami (kraf) dan resepi. Selain daripada lontong goreng, cendawan shitake pun 'masuk carta'. Lihatlah paparan keywords blog saya yang sempat saya screen shot.

Keywords 020415

Secara peribadi, cendawan shitake memang kegemaran saya. Rasa dan baunya  yang significant boleh buat sesuatu hidangan tu lebih menyelerakan. Gabungan terbaik adalah dengan ayam. Cendawan shitake + ayam memang tidak pernah mengecewakan. Lagi satu, cendawan shitake dan keju. Fuhhhhh! Jika teringin hidangan ala ala restoran Cina Muslim, jangan lupa tambah sedikit minyak bijan. Memang terangkat!

Jadi, hari ini kita tengok resepi-resepi dari dapur FAMF Tower yang berasakan cendawan shitake ye.  Langkah penyediaan setiap resepi di bawah mudah sahaja. Tidak terlalu rumit atau mengambil masa yang lama. Klik pada gambar untuk ke entri yang berkaitan.

Resepi Mudah - Sengkuang dan Cendawan Masak Tumis

Isnin, September 29, 2014

First time saya cuba resepi sengkuang dan cendawan shitake masak tumis. Selama ni tak terfikir langsung untuk pelbagaikan menu harian guna sengkuang :)

Sengkuang & Cendawan Shitake Tumis


Resepi Sengkuang dan Cendawan Shitake Masak Tumis

Bahan-bahan:
  • 1/2 biji sengkuang bersaiz sederhana (hiris memanjang)
  • 1/2 batang lobak merah (hiris memanjang)
  • 50g cendawan shitake (hiris nipis)
  • 3 siung bawang putih (cincang halus)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar daun sup
  • sedikit air
  • minyak untuk menumis

Cara-cara penyediaan:
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau.
  2. Letak sedikit air. Masukkan sos tiram.
  3. Kemudian, masukkan sengkuang dan lobak merah.
  4. Masukkan cendawan shitake. Kacau hingga semuanya sekata.
  5. Biarkan seketika di atas dapur. Jangan terlalu lama, nanti overcooked pula.
  6. Tabur daun sup. Sedia untuk dihidang.

Selamat Mencuba! Kalau ada lebih lauk ni jangan buang tau. Nanti saya beritahu nak buat apa :)

Nota Senyum: Tolong abaikan rupa daun bawang yang 'tercedera' tu. Saya guna pisau tumpul hihihi

Ayam Masak Cendawan ala Cina

Rabu, Februari 26, 2014

Ok. Hari ni kita masak ala-ala Chinese food. Bahan-bahan yang diperlukan untuk hidangan ini ialah:
  • 300g ayam (potong kecil)
  • 1 pek cendawan shitake atau cendawan butang (belah dua)
  • 5 batang cili kering 
  • 5 butir bawang putih (hiris nipis)
  • halia lebih kurang sebesar ibu jari (hiris nipis)
  • 1 labu bawang besar (potong bulat)
  • 3 sudu sos tiram
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar kicap cair
  • lada putih secukup rasa
  • 1-2 cawan air
  • sedikit minyak untuk menumis

Langkah-langkah Penyediaan:
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, halia dan cili kering sehingga naik bau.
  2. Masukkan sos tiram dan ayam. Masukkan air (ikut citarasa nak kuah banyak ke sikit) supaya ayam lebih cepat masak.
  3. Tunggu hingga ayam empuk dan kuahnya mendidih.
  4. Masukkan cendawan, kicap pekat, kicap cair dan bawang yang dipotong bulat. 
  5. Kemudian, masukkan lada putih dan minyak bijan. Gaul hidangan agar sekata. Sedia untuk dihidang.
Ayam masak cendawan ni saya tak letak garam sebab dah pakai sos tiram dan kicap. Hidangan saya kali ni warnanya gelap sikit sebab terlebih kicap pekat. Cili kering pula semua terbenam kat dasar mangkuk. Selamat mencuba!