Assalamualaikum. Salam Penghulu Hari.
Hidangan sarapan saya kelmarin. Telur hancur dengan sedikit kailan dan hirisan cendawan shitake. Cendawan shitake yang saya gunakan ini cendawan shitake kering yang saya beli ketika jualan 7.7 di Lazada awal bulan dahulu.
Telur Hancur Cendawan Shitake |
Saya ada baucar Lazada yang hendak tamat tempoh. Stok cendawan kering di pantri tinggal dua tiga tongkol sahaja. Kebetulan, ada penurunan harga dan peroduk ini tergolong dalam item yang akan dapat cashback. Jadi, saya pun belilah satu pek.
Berat 100g. Saiz setiap cendawan agak besar. Dalam 4 - 5 cm. Saya teruja kalau dapat cendawan besar-besar begini. Memang puas hati. Kualiti baik. Setiap cendawan dalam keadaan bersih, masih cantik dan in tact. Jika cendawan kering itu dah lama, tak nampak macam bentuk cendawan sangat dah sebab sebahagian daripada isinya akan pecah dan berderai. Selain daripada shitake, saya juga suka beli yang jenis black fungus.
Beza Cendawan Segar Vs Cendawan Kering
Secara peribadi, saya akan pilih cendawan segar. Dari segi rasa, tekstur dan kesegaran memang cendawan segarlah yang menang.
Tetapi, saya akan sentiasa pastikan saya ada stok cendawan kering di rumah. Lagi-lagi dengan situasi sekarang yang tidak memungkinkan kita keluar ke pasar untuk beli barang dengan kerap. Ada cendawan kering, bertambahlah pilihan untuk pelbagaikan rencah masakan. Bagi saya, tiada beza yang ketara sangat antara kedua-duanya dari segi rasa. Dari segi tekstur, cendawan kering yang telah direndam sehingga kembang semula agak kenyal sedikit. Kita tidak akan dapat tekstur yang lembut seperti cendawan segar.
Biasanya saya guna cendawan shitake apabila menyediakan mi claypot, buat inti sandwic cendawan, epok-epok atau sekadar dijadikan bahan tambahan untuk cucur dan telur hancur.
Apa yang penting, dalam keadaan kering begini cendawannya tahan lama. Jika beli cendawan segar, saya kena pastikan saya guna kesemua cendawan sebelum rosak. Kadang-kadang, apabila menyediakan hidangan tertentu, saya hanya guna beberapa tongkol cendawan sahaja. Nanti, terpaksa pula masak hidangan cendawan lain semata-mata untuk guna baki cendawan yang ada.
Versi kering begini, simpan sahaja dalam balang. Nak guna? Kita rendam dalam air panas buat seketika, ala-ala hidratkan kembali cendawan tu sehingga kembang.
Cara Simpan Cendawan Agar Tahan Lama
Untuk yang beli cendawan segar dan ingin cendawan tahan lebih lama, di bawah ini ada beberapa cara yang boleh dipraktikkan.
Pembungkusan Vakum - Sekarang ini mesin pembungkusan vakum pun dah ada banyak pilihan, kan? Berbaloi dapatkan satu.
- Bersihkan cendawan menggunakan tisu atau tuala dapur. Jangan basuh cendawan kerana ini akan membuatkan cendawan berair.
- Setelah dibersihkan, potong tangkai cendawan. Kemudian, hiris cendawan kepada beberapa bahagian. Terpulang pada kalian ketebalan hirisannya bagaimana.
- Seterusnya, susun hirisan cendawan di atas dulang pembakar atau pinggan besar. Masukkan ke dalam peti dingin beku selama beberapa jam. Proses ini dilakukan supaya kita dapat dinginbekukan setiap hirisan cendawan secara berasingan.
- Sesudah cendawan beku, keluarkan dari peti dingin beku dan pindahkan ke dalam plastik Ziploc atau plastik pembungkusan makanan. Simpan kembali di dalam peti dingin beku.
Selain itu, kita juga boleh masak terlebih dahulu cendawan berkenaan. Perasakan dengan garam dan lada hitam, tumis dengan sedikit mentega atau minyak masak. Setelah sejuk, barulah masuk peti dingin beku. Apabila hendak menggunakan cendawan, biarkan sekejap pada suhu bilik sebelum diolah menjadi hidangan.
Insya-Allah, dengan cara-cara ini cendawan masih lembut, juicy dan kemanisannya dapat dikekalkan.
Masuk dlm mee hoon goreng putih pn sedap ni farrah.. terasa aroma cendawannya
BalasPadamWah, dengar saranan Kakmim pun dah terliur! Nanti nak buatlah. Saya belum pernah cuba lagi dengan bihun lagi-lagi bihun putih. Thank yoouuuuu! 😊
PadamSelalu beli cendawan shitake buat stok sbb suka buat mushroom soup!
BalasPadamMushroom soup! Yummehhh! Ini antara benda yang akak suka tapi malas buat sebab selalu lupa beli krim 😂
PadamCendawan dalam claypot sedapnyaaa... kenyal2 gitu rasa dia ishhhh taktau la nak explain haha
BalasPadamKalau ain pula kami prefer cendawan apa ya yang halus2 panjang dlm tomyam atu steamboat tu, Wajib ada stok
Hahah jangan risau, akak faham apa yang Ain maksudkan tu. 😂 Yes, kenyal-kenyal cendawan tu memang umphhhh la!
PadamYang putih-putih panjang tu, kan? Enoki rasanya. Itu goreng pun sodap!
Haah betul itu, cendewan segar kena guna segera.
BalasPadamSaya pun memang ada stok cendawan kering, tidak payah fikir untuk segera habiskan. Saya beli yang timbang sahaja.
Kan... kalau yang segar ni kena habis-habiskan, kalau tidak tahu-tahu dah tak elok dalam peti ais tu 😅 Saya pun biasanya beli timbang kat Econsave, NA. Tapi ni dah tak keluar, tekan-tekan kat Lazada je lah 😁
Padamnampak sedap . menyelerakan dan berkhasiat sangat
BalasPadamI 💖 cendawan! Eh, tiber ... 🤣
PadamSedapnya masuk dalam claypot atau mushroom soup..
BalasPadamIni bintang utama untuk hidangan-hidanga tu 😊
PadamMenarik juga campurkan cendawan shitake dalam telur hancur. Saya pun ada stok cendawan shitake ni untuk campurkan dalam sizzling ye mee. Selain tu campurkan dalam sup dengan suhun. kering atau segar, dua dua saya suka :)
BalasPadamYummeh! Akak suka rasa cendawan dalam sup. Sizzling mee kan... kalau tak letak shitake macam ada yang tak kena. Itu ramuan wajib baru kawww hahahaha
Padamsemlm baru beli cendawan shitake.. blh try buat ni
BalasPadamSelamat mencuba, Ezy 😊
PadamMemang suka beli cendawan shitake macam ni,,,x kisah mahal sebab sedap kan...nanti nak cuba la buat macam ni...
BalasPadamBetul tu, kak. Mahal sikit tak apa... berbaloi sebab sedap dan tahan lama hehehe
PadamSaya suka makan telur hancur letak sambal.. makan dengan roti atau roti canai..
BalasPadamGabungan terbaik tu!! 👍
PadamKak Amie pun suka cendawan shiitake. Kalau ada yang segar Kak Amie beli. Simpanan shiitake kering memang tak putus. Shiitake kering tu Kak Amie sukakan aromanya.
BalasPadamBetul, Kak Amie. Aromanya memang fuhhh! Kalau di rumah hendak masak yang simple-simple saya rencahkan dengan shitake je :)
PadamMenyelerakan telur dengan shitake, suka cara penyimpanannya, tercetus nak makan, senang, terima kasih atas perkongsian..
BalasPadamSelamat mencuba, babYpose. Selepas ni boleh mengolah pelbagai menu menggunakan shitake pula :)
Padamsedapnya tngok.. boleh makan dngan roti ptg2..
BalasPadamAlhamdulillah, ringkas dan menyelerakan.
PadamSedapnyaaa
BalasPadamAlhamdulillah, memang macam ni je pun dah dap dap!
Padammenarik tips nak kekalkan kesegaran Shiitake. Boleh try nanti sebab Shiitake selalu jual pek besar. Gunanya sikit
BalasPadamHa, boleh cuba cara ni. Kadang-kadang bila guna sikit tu jenuh nak simpan. Nak beli dua tiga biji je tak jual pulak :)
PadamWah.. tips yang ohsem.. Sha pun suka cendawan tapi jarang beli sebab tak tahan lama.. TQ share tips nie kak farah.. Lepas ini boleh spare cendawan kering lah kat rumah..
BalasPadamMoga bermanfaat, Sha. Lepas ni boleh simpan stok cendawan kering di rumah :)
PadamJarang ada cendawan sebab saya tak berapa gemar cendawan ni.
BalasPadamOh, tak gemar cendawan. Mushroom soup suka tak?
PadamKalau telur hancur ni biasa saya makan dengan roti, tak letak cendawan or sayur sebab tak makan hehehehe. Letak sos cili, memang sedap! Bagi saya lah hehehe :D
BalasPadamkalau yg kering cm ni sy x reti msk. kalau dah jd mknn sy on je telan hahaha
BalasPadam