Minggu lepas, saya buat karipap air fryer. Tiba-tiba teringin hendak makan karipap. Dah teringin tu kenalah usaha untuk buat, kan? Alhamdulillah, bahan-bahan asas semua ada.
Projek buat karipap pun bermula. Tetapi, jangan salah faham ya. Bukan semua proses pembuatannya menggunakan air fryer. Inti karipap saya buat seperti biasa dalam kuali. Cuma bab goreng karipap tu sahaja guna air fryer.
Untuk inti karipap, saya buat main agak-agak sahaja. Kentangnya saya rebus dan lenyek terlebih dahulu sebelum dimasak dengan rempah kari dan bahan-bahan lain. Dahulu, di kawasan perumahan kami, ada orang jual karipap inti lenyek ni. Saya dan adik-beradik memang suka sangat beli dan makan panas-panas.
Kulit karipap pula saya guna resepi di bawah. Tetapi, saya buat setengah adunan sahaja. Dapatlah dalam 24 - 26 biji.
Resepi Kulit Karipap
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 500g tepung gandum
- 2 sudu makan mentega
- 1/4 sudu teh garam
- 1/2 cawan minyak masak
- 1 cawan air dingin
Langkah penyediaan:
- Mula-mula, satukan tepung gandum dan garam. Gaul sekata.
- Panaskan minyak masak. Setelah panas, masukkan mentega supaya turut cair bersama minyak masak.
- Tuangkan minyak dan mentaga cair ke dalam tepung dan gaul dengan garpu sehingga tekstur menjadi seperti serbuk roti.
- Sesudah itu, masukkan air dingin (air sejuk dari peti sejuk) sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan. Saya akan biarkan doh rehat dalam lebih kurang satu jam. Sementara itu saya siapkan intinya. 😊
Proses mengelim karipap |
Karipap air fryer frozen 😊 |
Siap digoreng sepenuhnya. |
Secara peribadi, saya suka karipap versi air fryer ini. Satu, saya dapat kurangkan penggunaan minyak. Rasa kurang bersalah sedikitlah nak makan lebih hahaha. Kedua, apabila karipap dibakar di dalam air fryer, tekstur kulitnya akan jadi lebih rapuh dan sedap dimakan.
Insya-Allah, lepas ni hendak cuba buat karipap sardin dan epok-epok pula.
Psstt! See you when I see you. Chewahh! Pukul 2 nanti saya ada appointment jumpa doktor. Tolong doakan semuanya baik-baik sahaja ya 😊
betul senang ada air fryer ni..senang nak memasak & sihatlah sikit tak guna minyak :)
BalasPadamBetul. Ada air fryer ni, mana yang boleh masak tanpa minyak, kita masuk air fryer 😊
PadamJimat minyak kalau goreng pakai air fryer kan kak farrah. Nak makan punnn tak rasa bersalah sangat HAHAHAHA sebab tak ada minyak. Apa apa pun, semoga urusan kak farrah dipermudahkan nanti :) Semoga baik baik sahaja.
BalasPadamBetul. Hahaha kurang sikitlah rasa bersalah makan banyak kan… 😂 Alhamdulillah, by the time akak tulis ni semua dah settled. Thanks for the doa, dik.
PadamBila dah teringin memang rajin nak membuat. cantik hasil kelim karipap Kak Farrah. mudah je masak guna air fryer. Terlebih gendut janji sedap isi banyak bukan inti oksigen :)
BalasPadamSemoga semuanya baik baik je dan dipermudahkan urusan appointment doktor akak. Aaminnn
Yes, yang penting bukan karipap inti oksigen. Buat sendiri kita buat karipap gendut.
PadamThanks, Fiza. Alhamdulillah, semua berjalan lancar 😘
Semoga yg baik2 je jumpa doktor tu ye
BalasPadamAlhamdulillah, so far semua OK, Kak Ret. Makasih atas doanya 😘
PadamPuashati kalau buat sendiri kan...
BalasPadamHopefully everything goes well with you Farrah 🌹
Harum jew kan sewaktu karipap goreng dalam air fryer.
BalasPadamMasa zaman sekolah dulu, emak saya jual kuih.. Mak saya dulu buat karipap pusing..
BalasPadamsedapnyaa karipap, cantik je kak kelim karipap, kemass..
BalasPadamsemoga dipermudahkn urusan..
24 biji tu dah banyak bagi standard saya. Tak pernah buat sendiri. Selalu goreng frozen or beli kat gerai. Bukan malas, support peniaga kecil. Haha
BalasPadam