Kerabu taugeh kacang botol ini sebenarnya dah lama saya buat. Terperuk dalam draf. Hari ini kemas-kemas apa yang patut baru perasan ada beberapa entri resepi yang belum saya terbitkan lagi. Bagi penggemar kerabu atau urap, kalian akan suka hidangan ini. Dapat lauk kerabu sebegini, makan ratah begitu sahaja pun sedap! Kerangupan kacang botol dan taugeh segar memang akan buat suapan kita berulang.
Untuk kerabu ini, saya tidak menggunakan kerisik atau kelapa parut sangai. Sebaliknya, ramuan asas yang digunakan ialah ramuan untuk buat Sambal Matah Bali.
Lihat juga: Kerabu Jambu Batu
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 3-5 biji bawang merah atau 1 labu bawang besar dihiris halus. Jika suka guna banyak bawang, boleh lebihkan sesuai selera.
- 5 ulas bawang putih dihiris halus.
- + 2.5 cm belacan.
- 2 batang serai dihiris halus.
- 5-7 helai daun limau, dibuang urat di tengah dan dihiris halus.
- Cili api segenggam kecil, dihiris halus.
- Segenggam taugeh
- Beberapa batang kacang botol, dihiris.
- 3-4 sudu besar minyak kelapa. Jika tiada, boleh sahaja digantikan dengan minyak canola, minyak bunga matahari atau minyak masak biasa.
- Garam secukup rasa jika perlu.
Langkah-langkah Penyediaan:
- Hiris semua bahan dan masukkan ke dalam mangkuk kecuali minyak kelapa dan belacan.
- Panaskan minyak kelapa. Tumis belacan hingga naik bau. Pecah-pecahkan belacan menjadi serbuk halus terlebih dahulu supaya tidak berketul di dalam sambal. Kalau guna serbuk belacan lebih mudah.
- Setelah itu, curahkan minyak ke dalam mangkuk berisi bahan-bahan tadi. Gaul sehingga semua sekata. Perasakan dengan garam jika perlu.
- Sedia untuk dihidangkan.
Nampak segar, ratah pun sedap.. Kalau ingat, InshaAllah nak beli minyak kelapa..
BalasPadamTaugeh dan kacang botol my favourite. Selaku pencinta sayur memang suka amat dengan kerabu taugeh kacang botol. Uishh kecur tengok kerabu ni. Terasa kerangupan dua dua bahan utama.
BalasPadamNampak sedap. Krup krap dan segar.
BalasPadamSuka makan taugeh kalau dibuat masak lemak putih.
BalasPadamOh boleh juga ya buat tanpa kerisik. Bagus juga ya sebab kerisik kelapa bukan selalu ada.
BalasPadamSedapppnya kerabu! Dah lama tak makan, tapi lupa la akak saya biasa buat kerabu apa hahaha. Yang pasti tak ada taugeh.
BalasPadamWow kacang botol. Da lama xmakan 😋
BalasPadamsedap kerabu taugeh ^_^ shida pernah buat resepi mak..hehee
BalasPadamSedapnya akak tambah2 letak kerisik. Memang kalau buat kerabu mesti letak kerisik baru sedap
BalasPadamSEDAP , FEVERET CCL JUGAK NI
BalasPadamsedapnyaaaaaa sy nakkkkkk
BalasPadam