Assalamualaikum. Entri pertama saya untuk bulan lapan. Baru hari ini berpeluang intai tower setelah lima hari asingkan diri dari dunia. Sebenarnya, saya terima satu kerja terjemahan yang perlu disiapkan segera. Jadi, memang pagi petang siang malam translate … terjemah … translate … terjemah. Alhamdulillah, semalam dah selesai semuanya. Bolehlah berlapang dada nak menulis blog. 😊
Kalian suka makan lepat tak? Baru-baru ini, saya rasa teringin hendak makan lepat. Lepat pisang ke … lepat ubi … lepat labu.
Dapat pula tiba-tiba Bott cakap mahu keluar beli nasi lemak masjid. Gerai yang menjual hidangan sarapan di hadapan masjid kariah tempat tinggal kami ini memang biasanya ada orang letak aneka kuih lepat di situ. Terus kirim pada Bott. Mudah-mudahan adalah rezeki saya.
Alhamdulillah, Bott balik dengan ketiga-tiga lepat yang saya idamkan. Punyalah saya teruja, belum siap bancuh kopi, satu lepat ubi saya dah habis makan. Apabila hendak makan lepat labu, saya terkejut sendiri. Ini bukan lepat labu, ini lapek sagan!
Lapek Sagan dan Lepat Pisang |
Lapek Sagan atau lepat segan merupakan hidangan yang berasal dari Minangkabau, Indonesia. Lepat ini mendapat nama daripada frasa 'sagan karajo' (malas kerja) dek kerana cara pembuatannya yang sangat mudah dan memerlukan sedikit bahan yang biasanya ada di dapur rumah kita - pisang, beras pulut, gula merah dan kelapa parut. Kiranya, disebabkan penyediaannya yang ringkas, orang yang malas pun mampu buat lapek sagan ni.
Alhamdulillah, tiada rezeki lepat labu tetapi ada rezeki makan lapek sagan. Mungkin di gerai, lepat-lepat tu bercampur aduk. Yelah, dah semua balut pakai daun pisang, mana perasan kan kalau ada satu dua yang termasuk tempat lain.
Lama benar saya tidak makan lapek sagan. Tetapi, lama-lama pun, tidak cukup untuk saya kerah tenaga masak sendiri lepat ini.
Bagi yang hendak mencuba buat lapek sagan. Di bawah ini resepi yang biasa orang Minang di kejiranan saya gunakan. Nampak tak, saya ada usaha tanya resepi kat orang tua, selebihnya malas mendominasi. 😁
Resepi Lapek Sagan
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1/2 kg beras pulut, dicuci bersih, direndam kurang lebih selama setengah jam. Setelah itu, beras dikukus selama 15 minit.
- 1 sisir pisang kepok. Pisang kepok ni pisang nipah atau ada sesetengah tempat panggil pisang abu. Saya tidak pasti sangat kerana pernah dengar orang kata pisang abu dan pisang nipah ni dua jenis pisang yang berbeza. Ada yang kata sama. Itu kita kena tanya pada yang pakarlah ya. Kalau tak mahu pening kepala, gunalah pisang apa yang ada. Salah seorang teman saya yang pernah cuba resepi ini guna pisang berangan je.
- 1/2 butir kelapa parut
- 1/4 cawan penuh/padat gula merah (sekitar 50 - 60 gram). Tambah atau kurangkan sesuai cita rasa. Jika hendak guna gula Melaka asli tanpa sebarang gula tambahan, cari Cik Timm Nabila untuk dapatkan produk Gulaka.
- Garam secukup rasa
- Daun pisang untuk membungkus
Cara-cara Penyediaan:
- Gaul sekata pisang yang telah dilenyek dengan gula, kelapa parut dan beras pulut yang telah dikukus.
- Perasakan dengan garam dan gula (jika perlu ditambah lagi) untuk imbangkan rasa.
- Bungkus dalam daun pisang dan kukus selama 30 minit.
Alhamdulillah dapat makanan idaman. Sedapnya lepat pisang. Jarang jumpa orang jual lepat pisang. Kalau dapat balik kampung, syoklah boleh request. Makan panas panas fresh from kukus lagi sedap. Lapek Sagan tu first time dengar.
BalasPadamYa Allah, Fiza. Jadi terliur akak membayangkan makan lepat pisang panas-panas baru lepas keluar kukusan. Nikmatnya... 😊
PadamNampak macam ada potensi je kak Farrah nak melepat pisang tu nanti :)
PadamTak pernah makan Lapek Sagan dan hari ni baru dengar.
BalasPadamLama tak makan lepat labu dan lepat pisang..
Lapek sagan ni kalau di tempat saya memang orang Minang yang buat dan jual. Memang susah sikit nak jumpa sebab biasanya mereka buat lepat ni utk makan-makan di rumah je 😊
PadamSukaaaaaaaaaa! Lepat labu paling suka. Lepat labu, lepat pisang, lepat liat. lepat ( orang ) Ehh. ingat kelakar ke Ain? Lahh amrah diri sendiri dekat komen blog orang hahaha Okay2 serius tapi lepat labu lah paling pujaan hati dinda. Tapi susah ye nak dapat, nak keluar beli malas
BalasPadamHahaha tak pe, Ain. Akak terhibur baca komen Ain. Eh, kita geng lepat labu la! 😊
Padammacam orang utara pulak, segan=malas. tak pernah makan Lapek Sagan. Rasanya kalau orang tu tak tau pasal kewujudan ni mesti dia ingat tu lepat tak jadi. rupanya pelik dari lepat biasa
BalasPadamMemang pelik. Akak masa mula-mula jumpa rasa ragu nak makan sebab tekstur lepat tu melekit. Ingat dah rosak hahaha.
PadamHaah betullah. Sal cakap baru akak perasan, orang utara pun cakap segan merujuk pada malas, kan? Akak ingat lagi kawan akak masa kat kampus dulu tegur akak cakap hang janganlah segan lagu ni... Akak confident je balas aku tak segan, aku malas 😆
samalah pengalaman kita. saya ajak roomate saya gi makan, dia cakap segan. Pelik betul saya, apa yang nak dimalukan. makan je pun. haha
PadamHahaha inilah keunikan bahasa 😆
PadamSaya baru sahaja makan lepat ubi. Ingat lepat pisang.
BalasPadamPertama kali dengar nama lepat segan.
Yang bawah tu lepat pisang. Yang sticky pulut tu lepat segan.
PadamLepat ubi sedap kan, NA?
Dah lama tak makan lepat pisang!!!!!!!! sekarang ni susah betul nak jumpa mana mana kedai buat lepat pisang. Tengok gambar awak memang terliurr nak kan lepat pisang ni
BalasPadamAkak doakan moga ada rezeki Nadia makan lepat pisang dalam masa terdekat ni 😊
PadamUnik pulak nama lapek sagan ni farrah.. kakmim teringin nagasari ni lama dh x mkn.. lebih kurang pulak entri kita hari ni rupanya
BalasPadamUnik kan, Kakmim 😊 Lepat malas tapi kena rajin juga nak membuatnya.
PadamYa Allah, saya pun jadi teringin sama makan nagasari. Sama wave fikiran kita ye hehehe
Begitulah kita di Nusantara ni, lebih-lebih lagi di tanah semenanjung dan Sumatera, banyak persamaan budaya, warisan termauklah makanan. jadi, adalah tidak masuk akal jika antara kita saling nak claim, makanan itu dari sini atau situ.. Kita serumpun..
BalasPadamSetuju. Saya memang tak faham mengapa kita mesti sibuk hendak claim makanan tertentu milik siapa. Entah apa yang dapat entah. Bukankah lebih baik semua hargai dan nikmati makanan tu sama-sama 😊
PadamLapek sagan, pertama kali dgr nma kue ni, ala, tengkiu promote gulaka kite kak farrah!
BalasPadamDon't mention it, Cik Timm. Jaga diri baik-baik ya.
Padamlepat pisang kuih favourite rabia tu
BalasPadamLepat legend kegemaran ramai 😊
PadamSedap
BalasPadamMemang dap dap dap 😊
Padamfirstt ime tahu pasal lapek sagan ni. Tak tahu la rajin ke tak sebab dekat dapur saya takde beras pulut. Pisang kepok apatah lagi haha
BalasPadamHahaha itulah... Ikutkan lepat ni orang malas pun rajin buat... Akak tengok steps kena rendam, kukus bla bla bla terus bertambah-tambah malas 😆
PadamPernah makan rasanya lepat ubi, tapi sadly tak kena dengan selera saya :(
BalasPadamsedapnya lepat pisangggg... kat rumah ni ada pisang. bolehlah kot nak buat nnt ;-)
BalasPadamDapat tambah info tentang lapek sagan.
BalasPadamBagus perkongsian ceritanya. Dapatlah generasi kita faham asal-usul setiap jenis makanan. Itulah budaya warisan yang sangat berharga.