Assalamualaikum. Salam Israk Mikraj. Apa khabar semua? Bagi yang bercuti pada hari ini, selamat beristirahat ya. Bagi yang bekerja, selamat merampungkan tugasan kalian.
Hari ini kita cerita tentang tauhu. Hahaha! Tauhu pun boleh jadi cerita! Saya teruja sebenarnya sebab dapat tauhu besar-besar. Tidak pernah tengok tauhu besar begini di depan mata.
Tauhu besar! 😊 |
Berbalik kepada tauhu tadi, sudah alang-alang dapat tauhu segar, sihat dan semangat, mestilah digoreng segera. Test market goreng seketul dahulu, selebihnya boleh diolah untuk buat juadah minum petang.
Saya salut tauhu yang telah dipotong kepada empat bahagian dengan campuran tepung jagung dan sedikit tepung ubi kayu, kemudian goreng jeluk.
Siap!
Tauhu Semangat Goreng 😊 |
Satu ketul dah termakan sebelum sempat ambil gambar. 🤣 Saya makan dengan sambal pecal. Kebetulan, di dalam freezer memang ada stok sambal pecal. Tinggal tambah air panas, kacau sebati, sedia untuk dinikmati.
Alhamdulillah. Goreng begini pun dah cukup sedap!
Okey, itu sahaja untuk hari ini. Saya akan ambil masa sedikit untuk blogwalking dan balas kunjungan kalian. Tetapi, tunggu. Insya-Allah, saya akan sampai juga.
WOW...Nice =)
BalasPadamAlhamdulillah. Memang syok dapat tauhu gedabak fresh begitu heheheh
PadamSedapnya. Saya suka makan tauhu, goreng begitu sahaja pun sedap.
BalasPadamKita geng. Sep sikit! 😊
Padamdah potong 4 pun , masih nampak besar jugak...sedap nya makan tahu
BalasPadamMemang betul2 besar kan… 😊
PadamSalam Israk Mikraj! Tauhu goreng dengan sambal pecal tu nampak simple tapi mesti sedap.
BalasPadamAlhamdulillah. Memang dap dap dap! 😊
PadamSedap tu makan dengan kuah pecal.
BalasPadamDapat pula waktu tauhu tu masih hangat-hangat… yummehhh 🤤
PadamDapat bayangkan sedapnya tu makan panas² tauhu tu...
BalasPadamHomemade agaknya ye? Lain bentuknya...
Saya tak pasti, PH. Mungkinlah. Aunty D kata, tauhu tu jumpa kat satu kedai kat area rumah dia je.
Padamsedapnye sis, gemuk lak tu...
BalasPadamItu yang geram tu 😁
PadamMak oii.. Besaunya.. Puas makan.
BalasPadamBesau kan… memang puas dan mengenyangkan 😊
Padamperrhhhhh 1st time ni Ana tengok tauhu semangaaaat camni! mkn sebiji pun dah kenyang hehehe
BalasPadamBetul betul betul. Seketul tu cukuplah untuk cover lapar sehari 😁
Padamkalo di sini, tahu itu memang dijual besar2 kak. 😄. terlebih tahu cina kami sebutnya. besar2 sangat. bisa dipotong bagi2 lagi.
BalasPadamkalo baru jadi, rasanya lembuuuuut sangaaat, fresh. dimasak apapun sedap.
tp pernah juga saya terlupa, seminggu lebih dalam kulkas, jd agak masam hahahahah
Oh, memang tauhunya gede-gede… menariknya! Tauhu yang fresh memang enak, kan? Masak apa pun sedap!
Padambesar betul tu puas makan!
BalasPadamMemang puas makan!
PadamLama betul tak beli tauhu fresh.. Memang sedap digoreng macam tu ja.. Gebus betul tauhu nya..
BalasPadamGebu-gebas, kan? Tauhu kalau fresh, nikmatnya memang lain macam.
Padammummy_ayu
11 Mac 2025 pada 11:51 PGbesarnya..nampak fresh sgt
BalasPadamMemang besar, Ayu. Teruja saya tengok 😆
PadamGemoknya tauhu! Puas makan ni
BalasPadamSemestinya! Hahaha
Padam