Resepi Sayur Campur Sos Tiram

Isnin, Januari 18, 2016

Assalamu'alaikum,
Selamat Pagi Isnin! Selamat Memulakan Minggu Baru.

Entri pertama pembuka minggu baru, entri resepi. Hidangan Sayur Campur Sos Tiram ini merupakan antara hidangan kegemaran saya dan keluarga. Nak sediakan pun tak remeh sangat. Boleh pilih untuk buat yang berkuah (kami suka kuah banyak) atau stir-fry je. Bahan-bahan terpulang ikut citarasa, macam dalam gambar di bawah, saya hanya gunakan kacang pea, lada benggala, bunga kubis dan lobak merah. Ada kalanya, saya letakkan hirisan cendawan butang/shitake dan jagung.


Sayur Campur Sos Tiram


Resepi Sayur Campur Sos Tiram

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Beberapa ulas bawang putih (hiris atau cincang halus)
  • 1/2 - 1 batang lobak merah (bergantung pada saiz)
  • 1/2 biji kubis bunga (bersaiz sederhana)
  • 1 pek kacang pea
  • 1/2 - 1 biji lada benggala (terpulang nak pakai warna apa)
  • beberapa sudu sos tiram (agak-agak kemasinannya dengan banyak mana kuah yang nak dibuat)
  • beberapa sudu kicap manis
  • sedikit air masak (untuk kuah)
  • 1 - 2 sudu teh tepung jagung (dicampurkan dengan sedikit air)
  • Minyak masak untuk menumis.

*Tak perlu terikat sangat dengan kuantiti bahan-bahan. Agak-agak jelah portionnya.

Langkah Penyediaan:
  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Tumis bawang putih hingga naik bau.
  2. Kemudian, masukkan lobak merah dan lada benggala. Biarkan seketika di atas dapur hingga lobak lembut sedikit.
  3. Masukkan sos tiram, kicap manis dan air masak secukupnya untuk kuah diikuti dengan kubis bunga dan bahan-bahan pilihan yang lain (jagung atau cendawan). Imbangkan rasa. Jangan guna terlalu banyak sos tiram. Nanti terlebih masin pula.
  4. Agak-agak sayur dah lembut dan kuahnya sudah menepati citarasa, masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah. 
  5. Sedia untuk dihidang.

 Selamat Mencuba!

58 ulasan

  1. Salam Isnin Farrah, dah nak tengahari, nampak sayur ni memang menyelerakan..:)

    BalasPadam
  2. Feveret lya ni sayur campur..baru jak smlm lya msk sayur ni hihi

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Tak mengapa, Lya. Terima kasih sudi ke mari :)

      Padam
  4. sedap kan. selalu klau xde benda nak masak, saya masak ni je hehe

    BalasPadam
  5. sayur campur mmg favourite..ratah saja pun sedap...

    BalasPadam
  6. feberet nie kak farah.. senang pulak tu nak buat. kalau jie pun jie suka yang berkuah.. mmg jilat jari ahahaa XD

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. Me too! I like mee tiram too,... Ehhh?! ;)

      Padam
  8. Lauk paling simple semudah kicap ABC... ehhhh... Semudah sos tiram... He He He...

    BalasPadam
  9. "Tumis bawang putih hingga naik bau"... Abislah kalu idung tak bau... hangus... he he he...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa kalau hidung tak bau, cuma ambl tumisan tu, lumur2 sikit kat idung! Cuba try test!

      Padam
  10. kacang pea... dah makan boleh peace yooo... he he he...

    BalasPadam
  11. Salam singgah petang Farah....sedapnya Farah....

    BalasPadam
  12. Rasa lama tak singgah sini lah Farah...kesibukkan melanda MD di awal tahun ini...

    BalasPadam
  13. saya suka sayur ni..tapi tak taruk lada benggala je.lain on!

    BalasPadam
  14. memula belajar masak, dah taruk sos tiram melimpah, taruk garam lagi..ha, amik kau!'ubat' darah tinggi namanya.haha

    BalasPadam
  15. Balasan
    1. Eh, apalah akak ni! Patut jawab salam dulu ;)
      W/salam, Yana Mai! Hikhikhik

      Padam
  16. Balasan
    1. Itu je ke? Makan yang lain jugakla, baru feel :)

      Padam
  17. ini makanan favourite saya hari-hari. hehe

    BalasPadam
  18. Balasan
    1. Kihkihkih ini portion utk tunjuk dalam blog je :)

      Padam
  19. sos tiram sedap ekin makan dia muka jadi teruk alahan dengan dia

    BalasPadam
  20. saya dan aisyah paling suka sayur campur camni
    kalau saya tambah cendawan tiram
    memang makan gitu aje! yum...yum =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seronoklah dua beranak ni meratah sayur ye :)

      Padam
  21. Saya pun suka gila masak sayur yang macam ni Kak Farrah! Tapi biasanya saya masak kubis and carrot hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak pun ikut apa ada kat dapur je, Dylla :)

      Padam
  22. alamakk
    sayur pon nampak menyelerakan la plak
    lapa plak tghari ni

    BalasPadam
  23. Mekja suka gunakan sos tiram bila memasak sebagai penambah perasa.

    BalasPadam
  24. saya baru belajar masak...saya fikir sayur campur ni susah nak buat...bila saya guna resepi akak saya punya sayur campur menjadi dan sedap menyelerakan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Tahniah berjaya masak satu resepi yang kena dengan citarasa Sabrina. Mesti seronok dan puas hati kan,..:)

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.