Resepi Mudah Kuih Getas

Khamis, Januari 14, 2021

Saya memang suka kuih-muih tradisional yang menggunakan kelapa seperti kuih dangai dan kuih getas. Disebabkan dah lama tidak makan, tiba-tiba tergerak hati pula hendak buat dua kuih ni. Malangnya, saya tiada acuan khas untuk bentuk kuih dangai tu. Mana nak cari time-time begini. Jadi, kita buatlah kuih getas sahaja. 

Sebelum ini, ada lalu lalang di timeline Facebook, orang kongsi resepi kuih getas kurang manis. Kiranya, setelah kuih getas digoreng, kuih berkenaan tidak disalut dengan sira gula. Sebaliknya hanya disalut manja-manja dengan gula pasir halus. Ala-ala macam kita golek-golek donut tuh. 

Menarik juga, kan? Memanglah orang kata kalau tak bersira gula (macam kuih keria tu) bukan kuih getas namanya. Tak autentik. Tapi, tekak kita yang nak makan. Saya lebih bimbangkan diri. Kalau dah buat sendiri, saya tak jamin saya akan makan hanya satu atau dua kuih getas sahaja. Confirm terlajak makan. Dah nama pun teringin. 🤤

Jadi, dekat mana boleh kurangkan kalori dan manis, saya kurangkanlah. Walaupun hakikatnya bila dah guna tepung pulut dan kelapa parut, kalorinya banyak nombor hehehe

Jom tengok kuih getas kurang manis versi saya:

Resepi Mudah Kuih Getas

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan kelapa parut
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 cawan air
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng
  • 1 1/2 - 2 sudu besar gula halus (Saya gunakan 1 1/2 sudu besar gula rendah glisemik CSR yang dikisar menjadi halus.)


Langkah-langkah penyediaan:

  1. Campurkan tepung pulut, tepung gandum, kelapa parut dan garam di dalam sebuah mangkuk sederhana besar.
  2. Masukkan air dan uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan. Anggaran air kurang lebih 1/2 cawan. Jangan letak semua sekaligus, bimbang terlembik pula. Jika rasa doh kering, tambahkan sedikit air. Yang penting, tekstur doh tidak melekat. Lihat gambar di bawah.

Kemudian, bolehlah dibentuk doh kita. Leper-leperkan doh hingga menjadi kepingan bujur. Untuk satu adunan ini, saya biasa dapat dalam 12 - 14 biji kuih getas. Setelah adunan kuih selesai dibentuk goreng adunan menggunakan api sederhana sehingga doh masak dan bertukar warna keperangan.

Angkat. Tuskan minyak. Salut nipis kuih getas dengan gula halus. Sedia untuk dihidangkan.


Percubaan untuk kurangkan penggunaan minyak.

Jika hendak kurangkan penggunaan minyak, kuih getas ini boleh dimasak di atas kuali leper dengan sedikit minyak sahaja. Saya sudah cuba. Alhamdulillah, menjadi. Guna api sederhana dan pastikan kedua-dua belahnya masak.

Guna air fryer pun boleh. Saya lapik sebahagian besar permukaan raga air fryer dengan kertas pembakar silikon (silicone baking paper) supaya kuih tidak melekat. Jangan ditutup kesemuanya. Nanti udara panas tidak boleh berputar dengan baik. Suhu memasak, kena cuba-cuba ikut ragam air fryer masing-masing. Tipsnya, jangan terlalu panas. Nanti kuih getas menggelembung, tak cantik rupa paras.

Selamat mencuba!


17 ulasan

  1. Sedapnya kuih getas!
    Kalau makan kuih ni tak sedar berkeping-keping masuk perut!
    Kuih kegemaran dari dulu, selalu beli di kantin sekolah rendah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita, kak. Saya setakat sekeping dua, memang tak cukup hehehe

      Padam
  2. Oh kurang makan dan jumpa. Hehe kalau teringin memang sanggup buat ikut cara sendiri. Pasti puas hati kalau jadi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang puas hati, NA. Lepaslah craving nak makan tu 😊

      Padam
  3. Saya pun suka, tapi suka makan jela, tak suka buat.hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha tak pe kalau tak suka buat, leh suka beli 😉

      Padam
    2. Betul2. Kita beli nak support pemulihan ekonomi. Hehe

      Padam
  4. Sedap kuih getas luar dia rangup dalam lembut. Jarang nampak orang jual. Tak perah lagi buat sendiri. Nampak mudah caranya tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap kan... Memang mudah, Fiza. Kira fail-proof gak lah kuih ni 😊

      Padam
  5. Kuih ni Eza tak pernah rasa lagi. Tengok rupa macam sedap je :)

    BalasPadam
  6. X penah mkn kuih ni tp nmpk mcm sedap.. xtaulah kt tmpt sy ada x kuih getas ni mcm x pnh jumpa tu yg x penah mkn.. hihi

    BalasPadam
  7. sy baca je laa...buat belum tentu hehehe

    BalasPadam
  8. tak familiar akak.. tak pernah tgk apatah lg makan. nampak sebiji mcm nugget pun ada. haha

    BalasPadam
  9. frankly speaking, aida x pernah makan kuih ni.
    dengar biasa dah. makan je lom.
    kalau jumpa memana, ntah kenal ntah tak, farrah :)
    teringin plak nak merasa...

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.