Assalamu'alaikum.
Hari ini saya nak kongsi resepi mudah spageti goreng menggunakan perencah Mee Goreng Adabi. Perencah Mee Goreng Adabi memang antara produk Adabi yang saya suka. Didatangkan dalam pilihan dua pek 60g dan 120g, perencah ini kena dengan selera saya. Selalu kalau pergi shopping barang dapur dan jumpa perencah ini, memang saya beli dua tiga pek. Simpan buat stok. Lagi-lagi dalam fasa 'duduk rumah baik-baik' sepanjang PKP ini, perut kerap meronta lapar minta diisi. Perencah ini bakal memudahkan kerja. Tak perlu susah payah nak tumbuk bawang merah, bawang putih, cili bagai. Cepat sedikit makanan siap.
Hari ini saya nak kongsi resepi mudah spageti goreng menggunakan perencah Mee Goreng Adabi. Perencah Mee Goreng Adabi memang antara produk Adabi yang saya suka. Didatangkan dalam pilihan dua pek 60g dan 120g, perencah ini kena dengan selera saya. Selalu kalau pergi shopping barang dapur dan jumpa perencah ini, memang saya beli dua tiga pek. Simpan buat stok. Lagi-lagi dalam fasa 'duduk rumah baik-baik' sepanjang PKP ini, perut kerap meronta lapar minta diisi. Perencah ini bakal memudahkan kerja. Tak perlu susah payah nak tumbuk bawang merah, bawang putih, cili bagai. Cepat sedikit makanan siap.
Spageti goreng ini versi paling mudah. Saya guna telur. Jika kalian nak guna ayam, daging cincang, bebola ikan, fish cake atau seafood, silakan ikut selera masing-masing ye. Berlipat gandalah keenakannya nanti.
Resepi Spageti Goreng Mudah (Saiz Hidangan - 2 - 3 orang)
Bahan-bahan yang Diperlukan:
- 1/2 pek spageti. Hendak guna pasta lain seperti angelhair, fettuccine, macaroni atau fussili pun tidak jadi masalah. Rebus, tus dan ketepikan.
- 1 pek Perencah Mee Goreng Adabi 60g
- 2 tangkai cili hijau, dihiris. Kalau suka pedas boleh masukkan hirisan cili api juga.
- 1/2 batang lobak merah dihiris memanjang
- 2 biji telur
- 1 - 2 biji tomato, belah 6
- 1 sudu besar sos tiram/kicap manis (Pilihan untuk tambahkan rasa. Kadang-kadang saya letak, kadang-kadang tidak.)
- 1 sudu besar minyak masak untuk menumis.
- Secubit garam
- Sedikit chilli flakes
Untuk resepi ini, saya memang tidak gunakan sebarang bawang. Kalau kalian mahu, bolehlah tumis bawang merah dan bawang putih sebelum masukkan pes perencah atau masukkan hirisan bawang besar ketika menggoreng spageti nanti.
Langkah-langkah Penyediaan:
- Panaskan minyak. Masukkan pes Perencah Mee Goreng Adabi dan tumis seketika hingga naik bau. Tidak perlu guna minyak yang banyak kerana perencah ini sudah mengandungi minyak.
- Setelah itu masukkan sos tiram/kicap, diikuti dengan tomato dan lobak merah. Saya suka masukkan tomato pada awal proses masakan sebab saya suka teksturnya yang lembut dan mushy. Jika kalian tidak gemar tomato lembik, masukkan pada hujung-hujung ya.
- Ketepikan sedikit bahan-bahan tadi di dalam kuali. Buat ruang untuk kita masak telur sampai jadi scrambled egg barulah dimasukkan spageti yang telah direbus diikuti dengan hirisan cili hijau. Gaul dan goreng sampai semua ramuan tergaul sekata.
- Perasakan dengan garam jika perlu.
- Tabur sedikit chilli flakes sebelum dihidangkan. Siap untuk dimakan.
Mudah sahaja kan?
Jika hendak buat spageti goreng versi macam mee goreng mamak, tambah sedikit kicap pekat dan serbuk kari.
Selamat Mencuba!
Wah .boleh cuba resepi ni . CCL memang minat spaghetti .sekali sekala pelbagaikan menu sedap,jugak,ya
BalasPadamSelamat mencuba, CCL. Harap kena dengan cita rasa CCL 😊
PadamEsok kena beli pes mee goreng ni. PH tak pernah cuba tapi nampak sedap resepi Farrah ni. Must give a try :)
BalasPadamNanti kalau dah cuba jangan lupa kongsi ye, kena atau tidak dengan cita rasa sis 😊
PadamAssalamualaikum sis.
BalasPadamJalan-jalan cari resepi nie hahaha.. =P
Waalaikumussalam. Cari resepi menu PKP ye 😊
Padammasak spaghetti dengan perencah mee goreng adabi ye kak.. Menarik dan mudah nak dicuba..
BalasPadamKalau time penat malas masak tu, perencah ni memang ibarat ultraman yang menyelamatkan dunia 😆
Padamsimple.
BalasPadamguna perencah :)
tak terfikir idea ni.
Dah ada perencah, jimat beberapa steps 😊
Padamsaya suka makan spageti, tapi masalahnya anak anak dan suami tak layan sangat.
BalasPadamdan tak seronok makan sorang2 ... hurm.
Aisey, memang tak seronok makan seorang. Tak ada geng!
Padami bought macaroni masa first week MCO tapi nampaknya masih kekal dalam kabinet tu wakakaka.. memang niat nak goreng tapi itula tu.. krik krik..
BalasPadamJangan bimbang. Akan tiba masanya 😀
Padam